CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7849|Reply: 94

[Tempatan] Bertaubatlah Wahai ‘Sister-Sister’

[Copy link]
Post time 3-7-2015 10:03 PM | Show all posts |Read mode
Bertaubatlah wahai ‘sister-sister’

PERTUBUHAN yang diharamkan dan dikategorikan sesat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) – Sisters In Islam atau SIS – terus mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan pegangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah di negara ini, apabila kali ini  mengatakan al-Quran tidak menetapkan rambut sebagai aurat.

Demikianlah SIS yang kerap kali hanya mampu bercakap dan menghebahkah kenyataan songsang mereka di dalam dan kepada media yang fahamannya sealiran dengan mereka, yang sesungguhnya berusaha menghapuskan pandangan hadis, ulama, ijmak dan qiyas.

Namun, apabila diajak berdebat mereka terketar-ketar dan akhirnya menarik diri.

Anggota kumpulan ini yang masih tidak bertaubat setelah Jawatankuasa Fatwa Selangor memutuskan fahaman yang SIS amalkan iaitu liberalisme dan pluralisme agama adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.

Bagi mengingatkan SIS dan umat Islam keseluruhannya pembaca boleh melayari laman sesawang keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor berhubung fahaman itu yang dikeluarkan pada 17 Julai 2014. DI SINI.

Begitu juga dengan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-74 yang bersidang pada 25 hingga 27 Julai 2006 telah membincangkan Aliran Pemikiran Liberal: Hukum dan Implikasinya Kepada Islam Di Malaysia.

Muzakarah berkenaan memutuskan bahawa gerakan pemikiran liberal mengandungi fahaman-fahaman yang didapati menyeleweng dari aspek akidah dan syariah.

Dalam aspek akidah, pemikiran golongan ini berkonsepkan pluralisme iaitu berpendirian bahawa setiap agama mempunyai konsep, persepsi dan respon yang tersendiri terhadap Realiti Yang Agung (ultimate reality). Semua agama adalah sama tarafnya merujuk kepada Realiti Yang Agung.

Golongan ini juga membahagi wahyu kepada dua kategori iaitu wahyu yang bertulis dan wahyu yang tidak bertulis. Wahyu bertulis adalah al-Quran dan ia adalah teks semata-mata. Wahyu tidak bertulis adalah akal manusia dan akallah yang sebenarnya menghidupkan teks al-Quran berdasarkan tujuan, konteks suasana zaman.

Selain itu aliran pemikiran ini mendakwa al-Quran diresapi dengan budaya Arab kerana orang Arab menjadi pemilik bahasa itu, tambahan pula katanya Nabi Muhammad yang menjadi pembawa risalah juga terdiri dari orang Arab. Mereka menyatakan bahawa kesahihan risalah tersebut tidak ada lagi kerana sebenarnya yang ada hanyalah ‘message’ budaya Arab.

Banyak lagi keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung aliran pemikiran liberal dan pluralisme seperti yang diamalkan oleh SIS. Berdasarkan kepada ciri-ciri penyelewengan tersebut, muzakarah memutuskan bahawa aliran pemikiran liberal adalah ajaran sesat dan menyeleweng daripada syariat Islam.

Siapalah SIS untuk mempertikaikan pandangan dan keputusan anggota Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan Jawatankuasa Fatwa Selangor yang terdiri daripada ulama.

SIS perlu ingat bahawa Ahlul Sunnah Wal Jamaah di Malaysia berpegang kepada al-Quran, hadis, ijmak ulama dan qias dalam menetapkan sesuatu keputusan.

Dalam hal rambut yang dikatakan oleh SIS tidak dimaklumkan dalam al-Quran sebagai aurat wanita, saya tidak mahu menyangkalnya di sini kerana mereka yang lebih arif seperti Ketua Penerangan Wanita ISMA, Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar dan Pegawai Penyelidik Majlis Ulama ISMA (MUIS), Ustaz Muhammad Firdaus Zalani, sudah membidas kenyataan itu. DI SINI dan DI SINI.

Malah, saya yakin jika ditanya kepada mana-mana ulama pun mereka tetap akan mengatakan rambut adalah aurat wanita yang haram ditunjukkan kepada khalayak, kecuali orang tertentu, berdasarkan pandangan hadis. Malah, di antara sesama wanita juga mereka mempunyai syarat menutup aurat.

Mudahnya buat SIS mengeluarkan suatu kenyataan, terutama apabila sesuatu hukum itu tiada dalam al-Quran. Saya yakin, mereka mempunyai ahli yang kerjanya mengkaji al-Quran bagi menafikan perintah dalam hadis, ijmak ulama dan qiyas.

Saya pernah menulis artikel mengkritik kenyataan Latheefa Koya seorang peguam, aktivis sosial dan pemimpin PKR juga dalam portal liberal yang mengatakan hukuman rejam tiada dalam al-Quran. DI SINI

Kenyataan beliau bahawa hukum rejam tiada dalam al-Quran saya kaitkan dengan cara-cara kita bersolat yang mempunyai 13 rukun, seperti mengangkat takbiratul ihram, membaca doa iftitah, taawudz, membaca al-Fatihah, rukuk, i’tidal, sujud pertama, duduk antara dua sujud, sujud kedua dan lain-lain lagi.

Semua cara ini tidak dinyatakan dalam al-Quran! Atau mungkin ahli kumpulan SIS ini hanya pada namanya saja ‘Islam’ tetapi tidak solat?

Apapun, saya percaya jika ditanya kepada orang kampung apakah SIS mereka pasti menggelengkan kepala. Namun, ajaran liberalisme dan sekularisme yang menjadi amalan kumpulan ini harus ditolak dan dijauhi.

Kepada ‘sister-sister’ dalam SIS… BERTAUBATLAH!

P/S: Kita ingin tahu bagaimana ahli SIS solat kerana cara-cara solat tidak ditunjukkan atau diajarkan dalam al-Quran? Mungkin SIS boleh mengajak kumpulan G25, menunjukkan cara-caranya!

Razali bin Zakaria
Pengarang Kanan Ismaweb.net

Penafian: Artikel ini adalah pendapat penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Isma, sebuah pertubuhan Islam sederhana.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-7-2015 10:10 PM | Show all posts
Solat tanpa hadis memang boleh & sepatutnya jadi amalan supaya hidup mudah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Sisters in Forum ni bila nak bertaubat
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak ai tolong tepek fatwa pocit kassim selamat kat sini ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2015 11:16 PM | Show all posts
jengkoil replied at 3-7-2015 10:46 PM
Nak ai tolong tepek fatwa pocit kassim selamat kat sini ke?

Boleh la. Boleh kita semua baca.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Tetiba trpdg plak akak SIS dulu selalu dpt jemputan rancangan tv..kalau berckp gigi mcm nk tercabut..apa dia ckp pun aku x faham ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-7-2015 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Alion replied at 3-7-2015 11:16 PM
Boleh la. Boleh kita semua baca.

As per requested..

31 Disember. 2014.

YAB Tan Sri Muhiyuddin Yassin,
Blok Utama, Bangunan Perdana Putera,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62502, Putrajaya, Malaysia.

Pakaian Tudung oleh Wanita



Saya menulis surat ini untuk menarik perhatian Tuan kepada pakaian tudung oleh kebanyakan kaum wanita kita sekarang. Quran memberitahu kita bahawa rambut wanita bukan ‘aurat. Oleh itu tidak perlu ditutup dengan pakaian tudung.
      
      Apa yang tidak disuruh oleh Tuhan dalam kitab suci Quran tidak harus kita lakukan. Kalau kita lakukan kerana sesuatu sebab, kita akan mengundang mudarat.
     
      Tudung suatu perkara baru di Malaysia. Dulu ibu saya dan wanitya-wanita Melayu sezaman dengan beliau pakai selendang. Pakain tudung dimestikan mengikut ajaran kitabTaurat, Perjanjian Baru (Korintus 1, 11: 2) yang sudah pun diganti dengan kitab Quran.
      
      Ada dua bukti dari Quran bahawa tudung bukan wajib. Pertama, kod pakaian wanita disebut dalam surah 24 (Al-Nur), ayat 30-31.Kedua, wuduk dalam Surah 5 (Al-Ma’edah), ayat 6. Malangnya, ahli perundangan Islam, Imam Shafi’e (767-820) yang datang135 selepas Nabi Muhammad wafat memperkenalkan satu doktrin baru tentang dua sumber utama, Quran dan Hadis. Sebelum ini tidak ada Hadis.

         Misi Nabi Muhammad tidak lain dan tidak bukan menerima dan menyampaikan Quran kepada dunia. Hadis dikutip oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain setelah doktrin Shafi’e diterima. Yang anehnya, kerapkali Hadis mengatasi Quran, seperti dalam doktrin sembahyang tiang agama. Mengikut ajaran Quran, tiang agama itu tauhid. Tanpa pegangan tauhid, semua amal ibadah batal.
   

         Saya mohon Tuan akan menerangkan perkara ini kepada para guru dan pelajar. Beri masa yang cukup (katalah 6 bulan) untuk masyarakat kita membuat perubahan. Mungkin Tuan patut menjemput tokoh-tokoh agama untuk memberi taklimat tentang perkara ini.

Sekian dimaklumkan.
Terlebih dulu diucapkan berbanyak terima kasih.
(Kassim Ahmad)

Salinan: YAB Perdana Menteri, Malaysia.

http://kassimahmad.blogspot.com/2015/01/pakaiam-tudung.html?m=1

PS:Sila belajar agama nga alim ulamak..yg rasa bijak pandai nak tafsir quran sendiri...rasa akal tu bijak ..lantok hang laa..Moga2 di atas jalan yg lurus...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2015 11:35 PM | Show all posts
jengkoil replied at 3-7-2015 11:30 PM
As per requested..

31 Disember. 2014.

Terima kasih. Memang menarik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-7-2015 11:35 PM | Show all posts
Hukum Quran diturunkan sesuai dgn situasi masa diturunkan. Sekarang byk dah tak sesuai.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 11:40 PM | Show all posts
tapi SIS ni terdiri daripada wanita berpelajaran tinggi, dan boleh berbahasa inggeris dengan baik.
masakan pandangan mereka tersasar?
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
CrowneGlory replied at 3-7-2015 11:30 PM
Tetiba trpdg plak akak SIS dulu selalu dpt jemputan rancangan tv..kalau berckp gigi mcm nk tercabut. ...

SIS ni zaman 90an siap ada kolum khas dalam berita minggu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 11:43 PM | Show all posts
Semayang tunggang tebalikkk tu pun tak ada. Patutnya semayang blh buat mcm berdiri n bertafakurrr kejappp tu orr sambil duduk bertafakurrr mcm yoga n blh buat anytime klu kita rasa nak semayang. Lg satu ummah melayu sunni kita duk bertarawihhhh tu pun tak ada, buang masa je baik spend time dgn family.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2015 12:08 AM | Show all posts
Tudung ini jika ada perlunya baru pakai contohnya menoreh getah atau kerja tempat panas. Jika tak ada perlunya tak payah pakai tudung biarkan rambut kepala dapat udara segar.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2015 12:18 AM | Show all posts
oklah, oklah, lepas ni pompuan islam kalau semayang kena pakai telekung ke tak?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2015 12:30 AM | Show all posts
sgbuloh replied at 4-7-2015 12:18 AM
oklah, oklah, lepas ni pompuan islam kalau semayang kena pakai telekung ke tak?

Sesama manusia ada batas aurat tapi tiada batas aurat antara manusia & Tuhan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2015 02:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau yrr pun kuasalah nak free hair bila dah bertudung.senang bertudung lagi dr free hair. Itu pendapat ana lah. Tak tau org lain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2015 06:21 AM | Show all posts
Alion replied at 3-7-2015 11:35 PM
Hukum Quran diturunkan sesuai dgn situasi masa diturunkan. Sekarang byk dah tak sesuai.

Ko pulak bila nak bertaubat wahai penghina Islam di Forum Cari ni?.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2015 06:24 AM | Show all posts
Orange1 replied at 3-7-2015 11:43 PM
Semayang tunggang tebalikkk tu pun tak ada. Patutnya semayang blh buat mcm berdiri n bertafakurrr ke ...

Solat Tarawih tu dihidupkan semasa zaman Sahabat nabi, Omar. Sahabat yg telah dijamin syurga. Cuba google bro....Satu lgi komen dari penghina Islam di Forum Cari....jika nak berdebat pasal agama sila ke BOD Agama Islam, kan lebih baik....
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2015 09:14 AM | Show all posts
rogayahtop replied at 3-7-2015 10:43 PM
Sisters in Forum ni bila nak bertaubat

ok. komen ni kelakar.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2015 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Alion replied at 3-7-2015 10:10 PM
Solat tanpa hadis memang boleh & sepatutnya jadi amalan supaya hidup mudah.


Solat ikut Quran ruku' je la.. Sbb takde details pun cara solat..

Sehingga la Jibril mengajarkan kpd Nabi SAW.. Puak anti-hadith mmg ske melawak ek?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:21 PM GMT+8 , Processed in 0.108162 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list