CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: freebird

[Jenayah] 6 akaun dibekukan untuk siasatan keatas Najib - Taskforce

[Copy link]
Post time 7-7-2015 04:56 PM | Show all posts
AbukRokok replied at 7-7-2015 04:51 PM
kerana Najib dah xdikarunia barkat lagi
piramid mulayu tobosar di hutan pohang tidak lg dpt meman ...

Komen paling win #kipidap

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2015 04:59 PM | Show all posts
AbukRokok replied at 7-7-2015 04:40 PM
ambank dah lama hantar report
last2 org yg report tu kne tembak mati ?

Abuk puasa tak hari ni....
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2015 05:00 PM | Show all posts
kelapaparut replied at 7-7-2015 03:52 PM
Iols nak tau siapakah pemilik 6 akaun tu , personal ke serikat, kalu personal harusla anak beranak t ...

Aaah...dah tahu lum siapa pemilik 6 akaun tu?..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2015 05:03 PM | Show all posts
ala, kalau jibby turun pun tapi masih calon dr parti yg sama, ada beza ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2015 05:06 PM | Show all posts
Edited by scorpionkiki at 7-7-2015 05:07 PM
Changa replied at 7-7-2015 04:48 PM
lepas tu US hantar senjata HAARP ke sabah untuk di jadikan earthquake kan???
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=884079&pid=60082888&page=31&extra=page%3D1#pid60082888


Ni tadi cak paste di thread lain... money transfer dr new york... mmg susah la nak lari.



Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2015 05:08 PM | Show all posts
v(T.T)v replied at 7-7-2015 05:03 PM
ala, kalau jibby turun pun tapi masih calon dr parti yg sama, ada beza ke?

so apa solusi yang logika nya sekarang? sembang memang senang kan sis?

apa kata sis bagi hujah2 untuk solusi pada masa sekarang ini, jangan nak berangan cakap pasal perkara 5 tahun akan datang ke apa.



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-7-2015 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
scorpionkiki replied at 7-7-2015 05:06 PM
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=884079&pid=60082888&page=31&extra=page%3D1#pi ...

Apakah maksud ini.. Dah ade proof ke, cepatnye.. Tp xde name sape2 pun, cume Ambank je la, semakin hangat bile bukti start resurface, where's my popcorn?!
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2015 05:12 PM | Show all posts
kelapaparut replied at 7-7-2015 05:10 PM
Apakah maksud ini.. Dah ade proof ke, cepatnye.. Tp xde name sape2 pun, cume Ambank je la, semakin ...

Nama tu bukan yg di blank hitam ker... yg nampak Mr saja

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2015 05:25 PM | Show all posts

Tiga daripada 6 akaun dibeku milik PM, kata sumber

Pasukan petugas khas mendedahkan bahawa ia telah membekukan enam akaun bank yang berkaitan dengan dakwaan bahawa RM2.6 bilion dana 1MDB telah dipindahkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak. Manakala pasukan itu tidak menyatakan pemilik akaun berkenaan, Malaysiakini difahamkan bahawa tiga daripadanya adalah milik perdana menteri. Ini menurut sumber yang biasa dengan siasatan tersebut. "Ya, tiga akaun kepunyaannya (Najib)," kata sumber itu dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.http://www.malaysiakini.com/news/304353
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2015 05:32 PM | Show all posts
IGP sedang sibuk nak interview Justo, keluar pulak issue ni....

Justo mana, justo??
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2015 05:36 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2015 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Najib patut direhatkan dan digantikan org lain sehingga kes ini selesai disiasat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2015 05:49 PM | Show all posts
atira replied at 7-7-2015 05:36 PM
selamat menelaah
http://graphics.wsj.com/documents/doc-cloud-embedder/?sidebar=1#2158723-1mdb-docu ...

aku rasa WSJ ni peminat tarian bogel ...strip tease...

dia londehkan sikit demi sikit...macai2 felda pprt kat CI ni pun tergeliat dibuatnya..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2015 05:50 PM | Show all posts
atira replied at 7-7-2015 05:36 PM
selamat menelaah
http://graphics.wsj.com/documents/doc-cloud-embedder/?sidebar=1#2158723-1mdb-docu ...

dah habis telaah..tq
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2015 05:50 PM | Show all posts
primemova replied at 7-7-2015 05:38 PM
Najib patut direhatkan dan digantikan org lain sehingga kes ini selesai disiasat

bagi akak itu la sebaik nya jikalau heshe betul ingin bersih kan nama heshe,
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2015 06:04 PM | Show all posts
Tuesday, 7 July 2015
KONTROVERSI Hubungan Najib & Jho Low !!

Nama Jho Low kini kembali berkumandang seolah-olah lagu pilihan banyak pihak yang diputarkan di corong-corong radio kerana permintaan yang tinggi dari pendengar.

Dalam kes terbaru , SarawakReport menyebarkan pula gambar Najib bersama keluarga sedang bercuti dan turut sama dalam gambar tersebut adalah lelaki bernama Jho Low.Yang pasti kita tahu penyebaran gambar terbabit sudah semestinya ada kaitan dengan apa yang SarawakReport lakukan sebelum ini , menyebarkan berita yang kini dipertikaikan kebenarannya.

Semenjak penangkapan Justo oleh pihak berkuasa Thailand , satu persatu kebenaran mula didedahkan dan antaranya berkaitan penyebaran berita oleh SarawakReport yang jelas diperakui sebagai tokok tambah.

Selebihnya pihak-pihak tertentu mula melakukan serangan baru dengan usaha membangkitkan kebencian orang ramai terhadap Najib Razak kononnya beliau berbohong dalam jawapannya berkaitan pengenalan dengan Jho Low.

Sesuatu yang pasti , Najib Razak sudah mengesahkan Jho Low tidak terlibat atau bekerja dengan 1MDB ! Dalam satu jawapan bertulis menjawab soalan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datuk Dr Tan Kee Kwong , Najib berkata "Encik Low Thaek Jho tidak pernah bekerja di 1MDB dan semua keputusan dan urus niaga 1MDB dibuat oleh pengurusan dan lembaga pengarah 1MDB,"

Manakala Jho Low sendiri turut mengesahkan beliau tidak ada sebarang kaitan dengan 1MDB apatah lagi berkerja dengan syarikat terbabit.

"Saya tidak menguruskan 1MDB. Saya tidak mengawal 1MDB. Saya tidak buat apa-apa keputusan untuk 1MDB, tetapi jika mana-mana entiti Timur Tengah yang saya tahu mahu mendapatkan pandangan saya, saya akan berikan.

Malah kenyataan Jho Low sebelum ini yang turut menyalahkan beberapa orang UMNO dengan menyebut "Those UMNO guys are spin masters" turut mendapat reaksi awal daripada Ahli Parlimen Kepala Batas , Datuk Seri Reezal Merican apabila mencabar Jho Low supaya tampil menjelaskan siapa yang beliau maksudkan.Baca SINI

Dan kalau diambil kira kenyataan Jho Low tentang orang UMNO yang suka jadi kaki spin itu , kita pastinya tertanya-tanya siapakah yang beliau maksudkan dan apakah ianya terarah kepada Najib dan kerajaan semata-mata ?

Well jika kita ikuti perkembangan isu ini kita akan dapat melihat dengan jelas siapakah yang sebenarnya kaki spin khususnya melibatkan 1MDB !

Berbalik kepada penyebaran gambar Najib dan Jho Low , agakya apa yang cuba disampaikan oleh SarawakReport ?

Apakah mereka sedang melakukan serangan balas memandangkan pihak yang dituduh sedang bersiap sedia untuk menyaman mereka ?

Apa pun kita perlu berterima kasih kepada pihak yang menyebar kerana secara tidak langsung ianya telah mengesahkan kepada kita bahawa sememangnya PetroSaudi dan 1MDB punya usahasama melibatkan dua kerajaan Islam (G2G ArabSaudi-Malaysia) yang sudah pasti meletakkan misi kesejahteraan ummah sebagai keutamaan.

Selebihnya persoalan tentang kenapa Najib dan keluarga boleh berada di kapal layar mewah bersama-sama dengan Jho Low dan seorang lagi lelaki bertopi putih ?

Tak perlu bising-bising kerana semua itu berlaku bersebab !

Lelaki bertopi putih itu adalah Putera Turki bin Abdullah Al-Saud anak ketujuh bekas pemerintah Arab Saudi, Allahyarham Raja Abdullah yang merupakan antara manusia terkaya di dunia yang telah menjemput Najib dan keluarga yang datang bercuti.

Apa masalahnya ? Sebab SarawakReport menyatakan kos bagi menyewa kapal layar mewah itu mencecah sehingga $500,000 seminggu ? Nak kata Najib guna duit 1MDB lagi ker ? Adoii jangan benak sangat beb .. Yang menjemput dan menyewa kapal layar tu adalah Putera Turki bin Abdullah Al-Saud , memang dia mampu pun ! Patutnya SarawakReport kena buat berita dan pertikaikan dari mana Putera Turki memiliki wang sebanyak itu !

Kenapa tak pertikai ye tak ?

Dan sesuatu yang pasti ada usaha yang berterusan daripada Malaysia dan Arab Saudi ! Apa dia ?

Najib telah diperkenalkan kepada Putera Turki oleh Allahyarham Raja Abdullah yang menyarankan beliau (Najib) agar bekerja dengan syarikat anaknya semasa Najib dalam rangka lawatan rasmi empat hari ke Raja Abdullah pada Julai 2009 - satu bulan SEBELUM gambar Najib dengan Putera Turki ini telah diambil.

Pada pertemuan tersebut, Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud telah meluahkan kemungkinan Arab Saudi yang mengambil bahagian secara aktif di Malaysia dalam sektor perbankan Islam, memperluaskan penyertaan dalam sektor pembuatan produk perkhidmatan Islam dan juga meningkatkan ekuiti di negara ini.

Malah usaha yang bermula dalam satu pertemuan ringkas itu akhirnya berterusan menjadi urusniaga antara kedua-dua belah pihak melibatkan 1MDB dan PetroSaudi.Baca SINI

Tak ada isu pun sebenarnya , cuba dibangkitkan semata-mata untuk menanam kebencian orang ramai terhadap pemimpin dan kerajaan Malaysia NOT MORE THAN THAT !

KONTROVERSI ?

Hmm yang kontroversinya SarawakReport sebab pembohongan bersiri yang didedahkan selama ini bukan sahaja akan memakan diri tetapi juga akan menggigit mereka-mereka yang turut sama bersekongkol !

Macam biasa kita sedang mencari realitinya bukannya kontroversi yang tidak menguntungkan negara dan persepsi yang boleh merosakkan kepercayaan para pelabur luar negara terhadap bumi Malaysia.

Tunggu laporan siasatan !

MMI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2015 06:07 PM | Show all posts
kesiannn akaun kena beku...
macam mana jibby nak cucuk ATM pegi parammm beli juadah bukak poser
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2015 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tanya, popcorn GSC dengan TGV, mana lebih sedap?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2015 06:15 PM | Show all posts
spiderman80 replied at 7-7-2015 06:08 PM
Nak tanya, popcorn GSC dengan TGV, mana lebih sedap?

apa barang popcorn GSC atau TGV...
ni very special occasion...Garrett's Popcorn lah...


Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2015 06:42 PM | Show all posts
freebird replied at 7-7-2015 06:15 PM
apa barang popcorn GSC atau TGV...
ni very special occasion...Garrett's Popcorn lah...

Mahal tak? Anyway, terima kasih.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 08:15 AM GMT+8 , Processed in 1.162698 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list