CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11179|Reply: 147

[Tempatan] Penangan GST: Terpaksa Pakai Balik Baju Kahwin

[Copy link]
Post time 7-7-2015 11:12 PM | Show all posts |Read mode
Penangan GST: Terpaksa pakai balik baju kahwin!

PERBELANJAAN raya terpaksa dipotong dek kerana pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) serta kenaikan harga minyak!

Ini bukan kisah sembang-sembang di kedai kopi sebagai penghibur halwa telinga, sebaliknya rungutan sebenar dari hati rakyat Malaysia.

Menurut penjawat awam, Siti Hasmah Ebaraham, 33, sebagai langkah berjimat cermat dia akan memakai semula baju raya tahun lepas termasuk memotong perbelanjaan raya yang lain.

"Saya terpaksa potong semua perbelanjaan untuk raya, dari segi pakaian dan belanja dapur... hanya memilih pakaian untuk anak-anak yang menawarkan diskaun, kalau berpatutan baru beli, kalau mahal tak beli.

"Saya mempunyai empat orang anak, dulu saya pakai ambil sahaja sebab tak ada GST, tapi sekarang saya tengok ekonomi dah teruk sikit, harga barang sudah meningkat jadi semua itu saya ambil kira.

"Baju raya pakai yang sebelum ini... Untuk jimat kos, hanya baju baru anak-anak itupun cuma baju untuk pergi jalan," katanya kepada Sinar Online ketika ditemui di pusat bela-belah Sogo di ibu negara hari ini.

Sementara ketika diaju mengenai bajet duit raya, Siti Hasmah berkata, pemberian duit raya sama sepertimana tahun lepas.

Seorang lagi penjawat awam, Siti Maizatul Habshah A.Malik, 28, dia juga turut berkira-kira untuk berbelanja pada hari raya kali ini.

Katanya, dia terpaksa berbelanja walaupun beban kewangan makin dirasai kini kerana baginya Aidilfitri hanya disambut setahun sekali.

"Memang benar, tekanan ekonomi makin dirasai... kena berbelanja juga sebab hari raya, untuk anak-anak, namun belanja tidak semeriah sebelum inilah, sekadar cukup-cukup," katanya.

Menurut pekerja swasta, Adib Fakhrullah Azmi, 26, pula, untuk berjimat-cermat tahun ini, dia terpaksa mengenakan semula pakaian pengantinnya untuk menyambut Aidilfitri.

"Untuk tahun ini, saya akan pakai baju pengantin saya tahun lepas...sebabnya ekonomi sekarang makin menekan.

"Janji minyak tak naik, tetapi tetap naik, kita terpaksa menelan apa sahaja yang kerajaan lempar, pedih rasanya," katanya.

Bagi penjawat awam, Mohammad khairil Ashraf Mohd Khalid, 26, pula, persiapan raya tahun ini hanya untuk ibu bapanya sahaja.

"Saya hanya beli pakaian baharu untuk ibu dan ayah saya di kampung, dan saya hanya pakai baju Melayu tahun lepas.

"Dan saya simpan sikit duit raya untuk anak-anak buah saya di kampung, saya hanya berbelanja sederhana sahaja kerana tekanan ekonomi sekarang," katanya.

Ini hanyalah sebahagian kisah dan cabaran berbelanja anak kota menjelang Syawal. Di luar sana, kisahnya mungkin lebih dari ini.

http://www.sinarharian.com.my/se ... aju-kahwin-1.408574


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2015 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Duit raya kene bg diskaun 50% dari last year. Hahahaha maaf ye anak2 sedara sekalian...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2015 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai jer peniaga menipu yg naikkan  harga konon gst....
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2015 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak raya pn...moga kalian smua gembira beraya....
All out cutcost...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2015 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Makcik ni org susah kot...klau x de gst pun tetap hidup x mewah...nanti makcik ni realize la bkn penting sgt baju raya baru segala...yg penting ukhwah .....nabi x ajarpun bila raya semua nk serba baru...ni adat saje
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2015 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Pki jer baju mn yg elok lagi....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-7-2015 11:57 PM | Show all posts
x bg duit raya
x beli baju raya

beli kuih raya 3 jenis

x balik kampung sbb kena keje..

bertabah
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 12:05 AM | Show all posts
mommymonster82 replied at 7-7-2015 11:55 PM
Pki jer baju mn yg elok lagi....

kan..itula yg sepatutnya..

ini ada yg bukan setakat baju kelengkapan rumah serba baru..keta pun sanggup bergolok gadai tukar baru sempena nak raya..

nak show off kat sape sebenarnya??..sigh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2015 12:49 AM From the mobile phone | Show all posts
saladin780 replied at 8-7-2015 12:05 AM
kan..itula yg sepatutnya..

ini ada yg bukan setakat baju kelengkapan rumah serba baru..keta pun ...

Nak tunjuk kat masyarakatlah..terutama sanak saudara di kampung tu. tu yg jd gtu.. pada me
xyah tunduk sangat ngan tekanan masyarakat jiran tetangga ni..hidup atas kudrat kita dah ler...nak ikut kata org mmg sakit...

Beria nak tunjuk kat dorg..pas raya kalu xde duit ada ke dorg nak bg pinjam.

Tapi mmg perit kalu saper yg pnh kena tu.... me dulu pnh jugak susah... masa tu mmg lah teruk sungguh hinaan walaupon sedara.. dah xde duit kita berjimat xmau susahkan keluarga..adalah suatu masa tu xdapat bg duit kat keluarg xdapt balik jenguk selalu..kenduri kendara xdapat balik..bila sesekali jumpa time raya tu mmg sedaplah kena perli.. bagi duit raya seringgit pon kena kata.. dah itu jer yg mampu masa tu..sedih ngan perit gak nak igt..mcm2 lagi tp telan jerlah...huhuhuhu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 01:05 AM | Show all posts
leni replied at 7-7-2015 11:17 PM
Ramai jer peniaga menipu yg naikkan  harga konon gst....

betul.............. boikot je   
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 01:54 AM | Show all posts
Raya tahun ni paling suram!??
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 02:02 AM | Show all posts
peniaga tahun ni cakap effect 50% sales berbanding tahun2 sebelum... terima kasih najib kerana merompak berbilion ringgit...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 03:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya dah masuk tahun ke4 tak tempah baju raya. Alhamdulillah baju-baju lama masih ok dan masih muat  

Cuma tahun ni anak saudara makin bertambah...huhu  
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 04:51 AM | Show all posts
sepatutnya..
tanpa GST .. xde GST pun berjimat cermat
watpa ja berabisan sekadar untuk menjamu "mata" orang dan mengikut nafsu sangat


Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 05:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahun x buat bj raya tp bukan sbb gst .just not in practice  to do that. Berpakaian ikut tempat .bila rasa perlu bj br aku beli x kira raya ke x.pakai bj pi opis jer utk beraya  tak de nya org kg or sedara mara tak bg beraya.bukan pakai uniform ler.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 05:27 AM | Show all posts
bab baju raya tu xterkesan st pn....cuma bab mkn2 tu la....org mai umah duk cari satay, rendang, ketupat palas etc...ni sure makin naik hrga dr thn lps
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2015 05:36 AM | Show all posts
Pelik sungguh org punyalah sedih ramadhan nak berlalu, bimbang tak jumpa dah taun depan. Bimbang tak cukup amal during ramadhan ni. Sekejap sgt rasanya. Hat ni punyalah gembira ramadhan habis tak nyempat2 persiapan raya, dgn nak baju baru segala sampai merintih-rintih sbb gst raya suramlah, hadoilah... Kalaulah persiapan sambut ramadhan mcm lagu ni kan hebat...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 05:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau orang lelaki sarung je baju melayu tahun lepas.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 05:42 AM From the mobile phone | Show all posts
alhamdulillah walaupun ada GST I tetap beraya mcm biasa... cuma belum beli kasut raya, baju raya, kuih raya, langsir raya...

rasa mcm tak beli baru semua tu... kecuali akan cari baju baru sepasang utk first raya...

aku pi SSF last week nak cari langsir, last year harga murah giler... this year naik sekali ganda. report kat kpdnkk pun mcm takde apa2...
kalo last year kita beli RM70 per piece, the same curtain tahun ni harganya RM99 per piece, discounted sesiap katanya dan takde kenaikan harga terpampang kat pintu... then apakah bendanya yang naik dekat 30 hengget tu?
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 05:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagi aku raya ni untuk meraikan tetamu dan eratkan silaturahim.

Maka yang penting untuk aku juadah raya harus enak. Tak apa berhabisan duit untuk lauk dan kuih muih.

Baju, langsir baru dll sekadar untuk show off aja. tak beli yang baru pun tak apa. Pakai baju rizalman ujungnya singsing lengan cuci pinggan jua
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:18 PM GMT+8 , Processed in 0.073264 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list