CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3650|Reply: 18

Filem tempatan kritik kerajaan dilarang siaran di televisyen

[Copy link]
Post time 9-7-2015 09:19 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 9-7-2015 01:21 AM

Filem tempatan kritik kerajaan dilarang siaran di televisyen

OLEH ANISAH SHUKRY                                                                        
Published: 9 July 2015 7:11 AM
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/filem-tempatan-kritik-kerajaan-dilarang-siaran-di-televisyen



Putrajaya mengetatkan lagi kebebasan bersuara dengan larangan terbaru adegan yang kritikal terhadap kerajaan dalam semua filem tempatan yang disiarkan di televisyen.

Larangan itu dikeluarkan menerusi pekeliling Lembaga Penapisan Filem (LPF) bertarikh 23 Jun, menyatakan babak dan dialog yang "menyindir, mempersendakan, mengkritik kerajaan dan sensitiviti politik negara" akan dipotong daripada filem tempatan di televisyen, bersama adegan dan dialog yang "mencemar imej kerajaan".  Contoh adegan itu termasuk kakitangan awam menerima rasuah atau menyalahgunakan kuasa mereka, menurut pekeliling berkenaan.                                                                                                                        

Mempertahankan langkah itu, Pengerusi LPF Datuk Abdul Halim Abdul Hamid berkata tindakan itu perlu untuk melindungi imej Putrajaya.  “Kita memang tidak boleh membenarkannya kerana ia termasuk dalam imej kita. Ia boleh bawa imej buruk kepada kerajaan, kita elakkan ia,” katanya kepada The Malaysian Insider.

“Adegan seperti itu sudah pasti dipotong, tidak boleh dielakkan. Kerana ada orang kita dalam stesen televisyen yang buat tapisan,” katanya. Selain kritikan terhadap kerajaan, pekeliling itu turut melarang adegan “wanita memakai pakaian menampakkan susuk tubuh, bentuk payu dara, kemaluan, paha, punggung dan pakaian dalam (kecuali sari bagi wanita India)” dalam filem buatan tempatan untuk disiarkan di televisyen.  Adegan watak melanggar undang-undang juga akan dipotong “kecuali paparan watak jahat dan ada pembalasan”, menurut garis panduan baharu itu.

Secara keseluruhan, garis panduan penapisan itu merangkumi 10 elemen berbeza: seks, lucah, kelakuan sumbang; tahyul, khurafat; rokok, minuman keras, dadah; kesesuaian pakaian; perilaku tidak sopan; ganas, kejam, ngeri; berbaur politik; seram, misteri, menakutkan; dan pematuhan undang-undang, integriti kerajaan.

Bagaimanapun, garis panduan baharu itu yang berkuatkuasa bermula pada 15 Jun hanya tertakluk kepada filem terbitan tempatan yang ditayangkan di stesen televisyen.  Tapisan itu juga berbeza berdasarkan kepada bahasa filem berkenaan.  Sebagai contoh, filem Melayu tidak boleh menggambarkan “adegan ajaran sesat yang tidak diikuti dengan pembalasan dan pengajaran”, tetapi adegan yang sama tidak dikenakan pada filem Cina, Tamil atau Bahasa Inggeris.        

Pekeliling itu menyatakan aspek utama yang digunakan dalam mengenal pasti adegan yang patut dipotong ialah keselamatan dan ketenteraman awam, agama, sosiobudaya dan ketertiban dan ketatasusilaan.  Halim berkata, walaupun garis panduan bertulis itu masih baru, ia sebenarnya sudah diamalkan selama bertahun-tahun.

“Ia sudah ada selama ini, hanya kami memformalkannya sekarang dengan meletakkannya dalam bentuk tulisan, menyatakan garis panduan kami dengan jelas.  “Sebelum ini, tapisan terbuka kepada tafsiran, berdasarkan kepada Garis Panduan Penapisan Filem 2010. Sekarang ia sudah dalam bentuk tulisan, apa yang boleh dan tidak boleh dalam penapisan sudah sangat jelas,” katanya.        

Garis Panduan Penapisan Filem 2010 tidak menyatakan dengan jelas adegan yang mengkritik kerajaan perlu dibuang.  Sebaliknya, ia hanya menyatakan adegan seumpama itu “perlu diberi perhatian rapi dan diperiksa terperinci, supaya ia tidak mencetuskan kontroversi dan ragu dalam masyarakat”.

Garis Panduan Penapisan Filem 2010 juga menyatakan salah satu alasan penapisan filem diwujudkan ialah untuk “melindungi negara dan kerajaan Malaysia daripada penyebaran filem anti kerajaan atau gambaran imej kerajaan dan agensinya secara negatif”.         

Halim berkata garis panduan baharu hanya versi lebih terperinci berbanding 2010.  “Tidak ada beza, ia hanya lebih spesifik. Kerana bila filem ditayangkan di televisyen, sesiapa boleh tonton, termasuk kanak-kanak.  “Jadi garis panduan baharu memastikan adegan tidak sesuai untuk kanak-kanak tidak akan ditayangkan, seperti menghisap rokok,” katanya.        

Beliau berkata, LPF mengeluarkan garis panduan baharu selepas berbincang dengan wakil stesen televisyen, dan menambah beliau tidak menerima aduan sejak pelaksanaannya.  Tetapi, pengarah filem tempatan Shahrulezad Mohameddin berkata beliau kini merasa terikat apabila garis panduan baharu melarang adegan isteri dan kanak-kanak didera.

“Hmm... macam mana nak buat cerita pasal penderaan isteri atau anak kalau scene yg menunjukkan kekerasan tu bakal di potong? Apa yg hendak diceritakan? Tak kan nak main dialog jer...hmmm...tang ni aku ada sikit musykil sikit,” katanya dalam kiriman di laman Facebook.  Dalam entri berasingan, Shahrulezad berkata pembikin filem kena terima juga garis panduan itu.

“Lepas ni terutama bagi penulis skrip sila hati-hati dengan lakon layar anda sebab peraturan ini di luar bidang kuasa stesen tv. Suka atau tidak we have to deal with it. Jangan besok bila drama kita kena cincang kat censorship board masa tu lah baru kita nak merentan rentan up status dalam FB (bunyi macam aku jer...hehehehe). Have fun writing!,” katanya di Facebook.        

Pada 29 Jun, pengarah Erma Fatima berkata stesen televisyen tempatan TV3 memberitahunya, telefilemnya bertajuk Pesan Dari Tuhan perlu melalui penapisan 30 hingga 50 adegan dipotong sebelum ia dapat disiarkan kerana ia menyentuh sensitiviti politik.  Tetapi, beliau tidak bersetuju dengan keputusan mereka dan memutuskan untuk tidak menyiarkan langsung telefilem itu. – 9 Julai, 2015.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2015 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah kenapa takut dgn bayang2 sendiri???? Ikutkan filem tamil tu lagi la betapa korupnya polis...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2015 09:28 AM | Show all posts
bukan benda baru sebenarnya....cuma lebih diperkemaskan dan diperketatkan lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2015 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
dah tu? pemimpin pon kena ler jaga disiplin diri dr buat perkara2 korup baru rakyat tak mengata
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2015 10:08 AM | Show all posts
kalau tgok filem luar Malaysia macam Filipina, Korea, India, US banyak je tunjuk scene pasal rasuah ke tali barut ke apa ke yang dilakukan oleh org gomen, menteri-menteri. relax je, takde pulak diorg nak tapis tapis.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2015 10:13 AM | Show all posts
maka tak heranlah filem melayu makin jatuh menjunam-junam.

Filem-filem cina tempatan makin bertambah penonton dgn idea-idea kreatif.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-7-2015 10:33 AM | Show all posts
makin melambak la cerita kawin paksa lepas ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2015 10:35 AM | Show all posts
sampai bila2 la filem malaysia takkan maju...

org buat filem utk dokumentasi bangsa... kalau nk paparkan yg baik2 good2 hipokrit saja, cucu cicit akan datang nak belajar apa?

sejarah membentuk bangsa

dah mmg politik malaysia kotor...salah ke kalau secara kiasan dipapar di layar perak? sekadar usikan untuk membuka minda... contohnya filem hantu kak limah tu...penuh dgn sindiran politik....berjaya tambat hati penonton.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2015 11:22 AM | Show all posts
lantakla, bukan tonton film tempatan pun,
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2015 11:53 AM | Show all posts
Lorra2411 replied at 9-7-2015 10:08 AM
kalau tgok filem luar Malaysia macam Filipina, Korea, India, US banyak je tunjuk scene pasal rasuah  ...

saya setuju 100%...nak-nak filem2 tamil...polis jahat, menteri gangster, adun rasuah.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2015 11:57 AM | Show all posts
Yustan replied at 9-7-2015 11:53 AM
saya setuju 100%...nak-nak filem2 tamil...polis jahat, menteri gangster, adun rasuah.....

diorg ni paranoid dan juga pathetic
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2015 12:09 PM | Show all posts
Cita-cita nak menang Oscar, tapi apa pun x boleh. Stick to filem rempit/hantu je lah gamaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2015 12:24 PM | Show all posts
Sukati kau lah kerajaan UmnoBN.... Kau yg perintah, kau buat lah apa yg kau suka. Lepas ni kene hadap je la drama2 hipokrit serta penuh kepura2an terbitan tv Malaysia. Sedihhhhh!!  
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2015 06:08 PM | Show all posts
kenapalah tak lawan je?
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2015 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Bersedia ke arah drama2 skema ala Gerak Khas....bergerak wahai demi untuk negaraaaa....
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2015 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
I setuju bab2 adegan berpeluk, berpelesaran terlampau but not sampai nk jadikan drama tu pembelajaran sivik. Kalau mcm tu baik tayang tv pendidikan je...kritik xboleh, tunjuk rasuah xboleh.... lps ni jgn lps ya filem mcm Tanda Putera tu sbb filem tu pun ada unsur2 politik...siap kritik pembangkang lg :zz
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2015 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
makin x best la film msia ni..bollywood manjang tunjuk polis corrupt. sampai bila lah nak tgk movie msia polis suci murni xdak watak antagonis lgsg?? ke mmg pernah ada aku yg x pernah tgk?
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2015 10:24 PM | Show all posts
sape makan cili dia rasa pedassss la kan
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2015 11:42 PM | Show all posts
david teoh xnak sentap ke ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.544362 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list