Corat coret dr pandangan Mata Murai.com
1. Ketika nama Jihan Muse disebut sebagai pemenang pelakon pelawak komedi wanita (TV), dia berlari-lari anak dari belakang pentas sambil termengah-mengah
2. Majoriti finalis ALW2015 yang duduk di atas pentas lebih gemar bermain telefon pintar masing-masing. Mungkin bosan kot!!
3. Finalis ALW2015 juga turut tidak melepaskan peluang ambil gambar selfie di atas pentas untuk dimuat naik ke laman instagram mereka.
4. Persembahan Bocey mendapat tepukan dan sorakan yang paling kuat oleh penonton di dalam dewan MAEPS
5. Begitu juga persembahan Douglas Lim, mendapat sorakan dan tepukan yang hangat oleh penonton di dalam dewan juga.
6. Perkataan ‘belum sedih lagi’ menjadi viral buat penonton di dalam dewan ketika menonton persembahan Douglas Lim.
7. Kelihatan hos wanita Sherry Alhadad dan Zulin Aziz berlari-lari dari belakang dewan ke atas pentas kerana mengejar masa.
8. Nama Johan paling kuat dijerit ketika pengumuman Artis Lawak Lelaki Paling Popular namun yang menang adalah Jep Sepahtu
9. Remy Ishak dan Sari Yanti kelihatan berdua-duaan ke sana ke mari ketika anugerah berlangsung
10. Pelakon kacak Sharnaaz Ahmad kelihatan duduk bersebelahan dan rapat dengan kakak Neelofa, opss!! Ada apa-apa ke?
11. Uqasha Senrose sungguh bergurau mesra dengan Syafiq Kyle di belakang pentas
12. Shuib Sepahtu antara orang yang paling kuat mengusik atau lebih dikenali sebagai Match Maker antara Remy Ishak dan Sari Yanti
13. Tidak ke semua pemenang dan peraih anugerah bertemu media di akhir majlis. Mungkin mereka mengejar masa, tidak lalu dengan sesi temuramah atau penat.
14. Jep & Shuib Sepahtu asyik ‘bahan-membahan’ Mamat Sepah sepanjang acara anugerah berlangsung
15. Neelofa dan Umie Aida suka ambil gambar selfie
16. Penyokong Dato’ Ac Mizal yang paling havoc dan sempoi.
17. Zizan Razak semakin mudah bekerjasama dengan pihak media yang sebelum ini dia agak keberatan untuk ditemuramah.