CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5193|Reply: 42

[Tempatan] Penyeluk Saku Warga Asing 'Terkantoi' Di KLCC

[Copy link]
Post time 9-7-2015 09:17 PM | Show all posts |Read mode

Salah seorang rakan suspek berjaya melarikan diri, manakala dua lagi berjaya diberkas dengan bantuan pengawal keselamatan/Foto:FB

KUALA LUMPUR: Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga!

Kegiatan tiga penyeluk saku dipercayai warga Vietnam yang aktif melakukan jenayah tersebut akhirnya tumpas apabila mereka berjaya ditangkap di pusat membeli belah terkenal, Kuala Lumpur City Centre (KLCC), di sini baru-baru ini.

Perkara tersebut dikongsi seorang mangsa, Jannah Adam Thevan menerusi laman sosial Facebooknya semalam.

Menurut mangsa, kejadian berlaku pada 5 Julai lalu di sebuah butik di KLCC apabila dia didatangi seorang wanita yang tidak dikenali.

Bagaimanapun, dia pada mulanya tidak menyedari perbuatan suspek yang bertindak mencuri dompetnya sehingga beberapa minit kemudian menyedarinya ketika ingin membuat pembayaran di sebuah kedai berdekatan dengan butik yang dikunjunginya itu.

“Ketika saya berada di butik Zara sedang memilih beberapa pakaian, saya menyedari seorang wanita berusia berdiri dekat dan menolak saya.

“Beberapa minit kemudian, wanita tersebut menghilangkan diri. Saya sambung mencari pakaian untuk beberapa minit lagi sebelum memutuskan untuk keluar dari Zara.
“Saya pergi ke Kiosk Mark & Spenser untuk membeli coklat dan biskut yang terletak di hadapan butik Zara. Ketika ingin membuat pembayaran, saya baru menyedari bahawa dompet saya telah hilang,” tulisnya dalam entri tersebut.

Menyedari dompetnya hilang, dia bergegas kembali ke Zara dan mendapatkan pertolongan pengurus butik tersebut.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan wanita terbabit bersama dua rakannya telah mencuri dompetnya sebelum meninggalkan butik tersebut.

Bagaimanapun, niat suspek untuk meneruskan kegiatan mereka di sebuah kedai berhampiran menjerat diri apabila mereka dikesan oleh seorang wanita lain yang turut menjadi mangsa di butik yang sama, sehari sebelum insiden menimpa Jannah.

Namun, salah seorang rakan suspek berjaya melarikan diri, manakala dua lagi berjaya diberkas dengan bantuan pengawal keselamatan.

Jelas Jannah lagi, suspek bagaimanapun merayu untuk dilepaskan dengan berjanji akan memulangkan semula wang yang dicuri oleh mereka tetapi tidak diendahkan olehnya.

Difahamkan, suspek dibawa ke Balai Polis Dangi Wangi untuk siasatan lanjut.

- mD



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-7-2015 09:19 PM | Show all posts
Jejauh datang semata tuk mencuri ke makcik? Nak hidup senang usaha lah. Ramai vvip kat malaysia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2015 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Seronok mencuri sampai dtg lg 2 hari berturut2...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2015 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo nk hidup mewah, pi la jadi ayam kat bukit bintang sana tu..demand banyak
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2015 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh nama pn pendatang kn

KuajakkkkkKuajakkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2015 09:39 PM | Show all posts
Bahaya ni.. Aku suka bawak cash. Tak suka pakai card.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-7-2015 09:46 PM | Show all posts
Buat yang nak soping last minit hujung minggu ni berhati2 le, takut ada yang cuba ambil kesempatan ketika leka memilih barang.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2015 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
amboi..lokasi persundalan dia dekat klcc. ummah lain kat jln TAR je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2015 09:48 PM | Show all posts
beg LV bagai...supaya nampak classy
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2015 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Potong tangan or campak masuk dlm kandang buaya
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2015 10:12 PM | Show all posts
kena buat annoucement macam kat tube...beware of pickpockets...la ni dah tak ada dah , kurang dah....

jgn letak purse kat atas , letak kat dasar beg supaya dia tak leh 'copet' dengan mudah...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2015 10:22 PM | Show all posts
sepesen jah muka pencopet... anak beranak kah?

kena extra berhati2 dgn beg, wallet etc lebih2 lg di musim perayaan nih. penyamun makin ramai di luar sana.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2015 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Shopping kat mydin jela. Kurang risiko kena copet.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2015 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pakai healthy bag. Ada jual kat bratpack. Laki pompuan boleh pakai. Zip dia mengadap badan. Boleh sling cross badan hadap perut kita dikala orang ramai berpusu.

Zaman dulu ada bising. Filipino yg buat di pavi.

Sebelum tu di sogo zaman mil aku and kekawan dia shopping. Kat eskalator.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2015 11:20 PM | Show all posts
Mcm2..tgk muka mmg x nmpk mcm pencopet
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2015 11:54 PM | Show all posts
nasib baik dapat tangkap.

bahaya gak.. dah la aku selalu pakai tote bag.. sgt senang nak reach for barang2 dlm bag..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2015 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by VirginLady at 10-7-2015 12:35 PM
mbhcsf replied at 9-7-2015 10:12 PM
kena buat annoucement macam kat tube...beware of pickpockets...la ni dah tak ada dah , kurang dah... ...


hoiiihhh akakkk..

kl now trend dia potong beg kat bwh, purse jatuh supp elok dlm tgn pencopet..mana nak sedar?

my hubby's auntie bag channel dia habis rabak kena potong ngan pisau..channel tu -____-

*aiyohhhh its CHANEL!!*
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2015 12:06 AM | Show all posts
Mungkin lepas ni pempuan2 kena dressing ala Pah Bedah kalau nak shopping kt KLCC...pencurik tak dekat

Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2015 01:30 AM | Show all posts
alah sian je muka awek yang tengok kat kamera tu.. lepas kan je lah.. sebab muka kesian; macam kucing saya bila nak makanan yang atas meja
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2015 01:43 AM | Show all posts
ler tak untung ke jual kain kat vietnam???....kan banyak malaysian p sn beli baju

baguih la kat sana pon dok merompak...kat sini pon tak buang gak tebiat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:00 PM GMT+8 , Processed in 0.910628 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list