Isu 1MDB Mungkin Konspirasi Politik – Nik Abduh
Jul 9, 20151312
KUALA LUMPUR – “PAS kekal menjunjung prinsip kebenaran dan amanah serta menolak fitnah dan provokasi melampau”. Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, atas sebab itu Pemuda PAS mengingatkan rakyat berhati-hati dengan perangkap konspirasi politik yang mungkin dilakukan pihak luar dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Kata beliau, jika benar tuduhan menyeleweng dana 1MDB berbilion ringgit yang dilemparkan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ia satu keaiban kepada negara. “Sebaliknya jika ia tuduhan palsu, maka negara akan terperangkap dalam suatu konspirasi politik yang melibatkan pemain luar yang pastinya mempunyai agenda dan kepentingan politik dan ekonomi. “Ini bakal mengundang kerosakan yang lebih besar kepada negara,” katanya dalam satu kenyataan semalam. Justeru, Nik Mohamad Abduh menyeru penyiasatan yang telus dan menyeluruh oleh badan berwajib bagi menjawab segala persoalan yang menghantui rakyat mengenai tuduhan oleh media asing, The Wall Street Journal tersebut.
|