CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6070|Reply: 49

[Politik] Lelaki Lagak Friday The 13th Bawa Proton Saga Ungu (Ungu???)

[Copy link]
Post time 23-7-2015 07:55 AM | Show all posts |Read mode
Edited by GhostWalking at 22-7-2015 11:57 PM

Pembuli jalan nyaris buat sekeluarga kemalangan
Lelaki yang menaiki kereta jenis Proton Saga berwarna ungu menggunakan laluan kecemasan dilihat menjerit ke arah Illy sebelum menghimpit kenderaannya dan memandu dalam keadaan berbahaya. - Foto YouTube



[size=100%]KUALA LUMPUR, 20 Julai:
Gara-gara kecuaian seorang pemandu, sebuah keluarga nyaris terlibat dalam kemalangan selepas diserang pembuli jalanan di sebuah lebuhraya.
Video yang memaparkan kejadian tersebut selama 25 saat itu dimuat naik pemilik akaun Facebook, Illy Ariffin yang juga dipercayai mangsa.

Dalam video tersebut, terdapat seorang lelaki yang menaiki kereta jenis Proton Saga berwarna ungu menggunakan laluan kecemasan dilihat menjerit ke arah Illy sebelum menghimpit kenderaannya dan memandu dalam keadaan berbahaya.

Illy dalam laman sosialnya berkata, mereka sekeluarga menggunakan laluan laju sebelum kenderaan yang dipandu lelaki dipercayai berusia 50-an itu menukarlaluan di hadapan mereka.

Menurutnya, lelaki tersebut menekan brek kecemasan beberapa kali sehingga boleh menyebabkan kemalangan.

“Kami memandu di lorong laju sebelum lelaki itu masuk ke laluan kami dan memandu dengan kelajuan dibawah 100 km/sejam. Kami memberikan petanda supaya di melajukan kenderaan tetapi tidak diendahkan.

“Dia sebaliknya memperlahankan kenderaan dan menekan brek kecemasan. Tindakannya itu boleh mengakibatkan kemalangan kerana banyak kenderaan berada di belakang,” katanya.

Illy berkata, walaupun sudah menjauhkan kenderaan, lelaki tersebut masih tidak puas hati dan seperti mencabar dan mahu bergaduh.

Katanya, selepas melihat Illy merakam kejadian itu, lelaki tersebut berlalu pergi daripada tempat kejadian.

Dia turut menasihatkan orang ramai untuk berhati-hati dengan pembuli jalanan.

Sementara itu, pengguna Facebook mencadangkan Illy untuk melaporkan kejadian tersebut kepada polis.

“Buat laporan polis. Pakcik itu gila. Jika dia fikir sudah lama hidup, pergi langgar pokok atau sebagainya dan jangan membahayakan orang lain,”komen Agnes Loh.

Norliyana Hanim berkata, tindakan lelaki itu adalah biadap dan laporkan ianya kepada polis.

“Jangan biarkan dia terlepas,” katanya.

Video tersebut dimuat naik semalam dan menjadi viral dan mendapat lebih 11,000 tanda suka dan lebih 270 kali dikongsi.



Read more: http://bm.therakyatpost.com/viral/2015/07/20/pembuli-jalan-nyaris-buat-sekeluarga-kemalangan/#ixzz3gfSYXjX4

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2015 08:15 AM | Show all posts
pun nak jadi issue
sekarang ni semua nak glemer
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang ni mudah ja orang ramai nak tahu 1001 cerita.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Nape tutup mata?
jgn la cover penyangak .
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 08:48 AM | Show all posts
manusia bermacam ragam.. haha
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 09:01 AM | Show all posts
hapuskan pembuli jalan raya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-7-2015 09:08 AM | Show all posts
eleh..ni mesi dedua perangai cam haram..tu yg jadi punca..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 09:08 AM | Show all posts
nexttt...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2015 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
ni la masalah org duk bawak 100 kat fast lane tapi duk rasa laju sgt dah..fast lane tu utk memotong..berapa kali bgtau pon tak faham jugak
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 09:14 AM | Show all posts
Illy tu yg mula dulu kot..........
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap pakcik sunni babi itu mampus accident
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 09:19 AM | Show all posts
Kemungkinan Ily ni yang jadi punca kemarahan, memandu perlahan di lorong laju dan membiarkan kereta sendiri ketinggalan lebih 30-40 meter di belakang kereta hadapan. Inilah punca sebenar kesesakan di lebuhraya 2 & 3 lorong (PLUS).
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 09:26 AM | Show all posts
ramai je pemandu macam ni
kita kat lorong laju pastu boleh bawak terhegeh2
nak makan angin bawaklah lorong satu
lepas tu suka tekan2 brek ..
bahaya tu kot .. kadang2 jalan depan kosong tapi tak tau apa motif tekan2 brek
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 09:26 AM | Show all posts
MeghanK replied at 23-7-2015 09:12 AM
ni la masalah org duk bawak 100 kat fast lane tapi duk rasa laju sgt dah..fast lane tu utk memotong. ...

Kami kena hari raya ke 3 dlm perjlnan ke KL. Ci abang saya memandu 95-100, duduk lane second tetiba audi hitam belakang kami siap bagi lampu dan ekor rapat2 padahal lane kanan tak de kereta pun, clear kalau dia nak potong. Budak2 ni semua keluar camera hala ke dia baru dia memotong guna lane kanan. Itupun sempat tunjuk middle finger ke kami... Agaknay mmg keturunan samseng pembuli kut..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 09:29 AM | Show all posts
kalau sempat lagi merakam org mesti la bawa tak berapa laju tu. tu pun nak duduk kat fast lane apa la
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
arasham replied at 23-7-2015 09:26 AM
Kami kena hari raya ke 3 dlm perjlnan ke KL. Ci abang saya memandu 95-100, duduk lane second tetib ...

yg tu obviously pembuli la..i hari selasa hari tu balik dari utara..memang jumpa ramai lah set2 road hogging ni..jangan ingat pakai honda kena duduk lane kanan je..kalau tak reti tekan minyak sila duk lane kiri

tapi masa kat penang ada satu myvi merah, slowww je kat lane kanan..banyak kereta potong kiri la, lama tu baru dia tukar lane..baru sedar kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2015 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
mamasaffiya replied at 23-7-2015 09:26 AM
ramai je pemandu macam ni
kita kat lorong laju pastu boleh bawak terhegeh2
nak makan angin bawakla ...

selalu jumpa orang camni tapi nasib baik dia tak duduk kat fast lane..jalan straight takde kete kat depan tetiba tekan brek..pelik disitu
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 09:37 AM | Show all posts
hamboi... tak padan ngan usia dahnak senja sempat lagi membuli di jalanan. pacit, sila bertaubat kubur dah kata mari. aku hengatkan yg muda2 je membuli di jalanan. yg kertu ropa2nya tak ketinggalan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 09:41 AM | Show all posts
rasanya kan....illy ni bawak slow kat lane laju....

pacik tu geram, dia potong then dok depan mata ily tu plak...

n main brake2...slalu nye macam tu la

hehehe...pengalaman, my hb pon cenggitu ler...geram kekadang,

tp x de la lama, smpai nak tonjol2 org tu...

lepas 2-3x main brake2 depan mata kereta yg slow kat lane laju tu dia blah...

tragedi terbaru masa raya,

ada 1 keta tu potong kiri kat jalan biasa yang ada simpang nak masuk kanan...

hb geram sebab dia potong kiri....folow dia rapat n potong...

tp kejap aje la, da dpt potong da puas hati....

x lama tu dia slow kan keta bagi keta tu potong balik...

cuma nak bagi sedar aje...orang marah tau kalau potong kat blah kiri

sebab masa tu ada banyak kenderaan lain juga...dia yang x sabar....
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 09:44 AM | Show all posts
org tu saje nk suro langgar kot. nanti dia boleh mintak duit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 7791 Replies : 115
Tragedi Helikopter Terhempas Diketawakan Warga Singapura
beggTragedi Helikopter Terhempas Diketawakan
Views : 17796 Replies : 113
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8980 Replies : 62
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54968 Replies : 2755
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6359 Replies : 25
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 18022 Replies : 90
Elia Jejari Runcing
friedfishsoupElia Jejari Runcing
Views : 86188 Replies : 307
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21722 Replies : 166
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281866 Replies : 9530

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:11 PM GMT+8 , Processed in 0.082984 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list