CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9480|Reply: 65

masalah berpunca dari diri sendiri

[Copy link]
Post time 23-7-2015 04:59 PM | Show all posts |Read mode
Salam dan hi semua.

Nak minta pendapat semua untuk masalah-masalah saya yang di bawah ini.

1. Masalah dengan suami.
Saya ada seorang anak dengan suami. anak tak sampai setahun lagi. Kisah ni bermula since last year. masa pregnant, saya ada health problem dan terpaksa berhenti kerja sebab rasa macam rekod kerja langsung tak bagus n menyusahkan staff-staff lain yang kena take over kerja saya. before decide berhenti kerja, ada bincang dengan suami. dan suami kata rezeki di tangan tuhan. dia akan bantu apa yang termampu. semasa bekerja, setiap bulan semua expenses kami akan share berdua sebab saya tak nak membebankan suami.

sekali bila dah berhenti kerja, suami still berharap saya bayar segala expenses macam biasa sedangkan saya langsung tak bekerja. saya nak cerita pada family, mak saya jenis kepoh. dekat semua orang nanti dia bercerita. so untuk cover segala expenses, saya buat kerja part-time. suami pula mungkin kurang pengetahuan pasal nafkah n tanggungjawab suami. jadi bila saya tak mampu nak bayar segala expenses, dia akan membebel dan marah-marah saya. sedangkan saya memang tak mampu. suami pulak, duit dia hanya untuk kegunaan dia sebab silap saya before kahwin, saya terlalu manjakan dia. sampaikan barang keperluan untuk beranak pun, saya kerja part-time n pinjam duit kawan sebab suami tak nak keluarkan duit dia.

saya simpan sorang-sorang sampai lah dah beranak pun, nak berpantang pun takde duit nak beli makanan. hina sungguh saya rasa masa tu. nasib la baby breastfeed. so bila anak dah sebulan lebih, saya start cari kerja sebab saya tau saya tak boleh rely on husband. n i make a stupid mistake. such a stupid mistake sebab saya terdesak nak pakai duit untuk bayar segala komitmen setiap bulan, saya pinjam duit dengan money lender. tak banyak pun. pinjam cuma rm3k. dengan harapan saya mampu bayar. ye saya mampu dengan gaji saya tapi saya kadang-kadang rasa diri ni bodoh sangat. suami pernah pinjamkan saya wang rm2k untuk saya bayar segala komitmen sepanjang saya berpantang. walhal komitmen tu nama suami. sebab bodoh, saya pinjam duit dia sebab saya tau bukan senang cari duit. sepatutnya saya bayar money lender tu dalam tempoh 3 bulan. tapi sebab suami tahu saya dah kerja, dia minta saya bayar hutang dia terlebih dahulu. so apa saya buat, saya tukar term pinjaman ke 6 bulan. sekali baru-baru ni suami dapat tahu pasal money lender ni. dia mengamuk cakap saya guna duit untuk berjoli la, apa la, padahal saya terdesak takde duit. patut ke saya tinggalkan suami saya? suami saya pun pernah kantoi curang belakang saya waktu saya pregnant. saya tak tahu apa saya patut buat.

2. masalah dengan mak n kakak yg kepoh.
isu money lender tu sampai ke pengetahuan mak n kakak sy. diorang maki saya n cakap saya anak tak guna. segala kisah silam saya diungkit. memang masa sekolah dulu saya nakal. saya dikurniakan akal fikiran yang agak bijak tapi saya kadang-kadang tak serius belajar. saya drop out from universiti masa semester 5 degree. one of the reason kenapa saya drop out sebab kakak saya yg mulut kepoh ni tuduh saya bukan-bukan. saya waktu tu praktikal.

duit banyak nak pakai sewaktu praktikal. dengan nak sewa rumah lagi, tambang untuk ke tempat praktikal. dah la praktikal tu tak dapat elaun. ptptn dapat berapa je. so saya terpaksa drop out from study sebab saya pernah takde duit tambang untuk ke tempat praktikal. bayangkan saya berjalan balik ke rumah dari stesen ktm batu 3 ke seksyen 7 shah alam sebab tak cukup duit. nasib saya n adik bawah saya agak malang sebab ayah meninggal waktu kami masih bersekolah. mak pulak tak pernah bekerja. kakak-kakak pulak masa study dekat uni dulu, ayah belikan kereta n motor untuk mereka. siapa yang tak sedih terpaksa tinggalkan study sedangkan ada 1 semester je lagi. diorang tuduh saya gatal, berjimba, masuk club. sedangkan club pun saya tak pernah masuk. n saya memang dari kecik bukan anak faveret mak. saya tak pernah manja dengan mak saya. so sekarang diorang ungkit yang saya hidup susah sebab belajar tak habis la. saya plak jenis tak suka nak bercerita masalah dekat sesiapa because i used to keep all thing silence when i was a child. so sekarang ni, mak saya suruh suami saya ceraikan saya sebab mak saya kata saya ni anak yang memalukan dia. padahal before kahwin, saya tak pernah miss hulur duit dekat dia setiap bulan. belikan dia macam-macam. cuma lepas kahwin, keadaan jadi sebaliknya dan terus saya dilabel anak tak berguna.

saya cuma ada kawan-kawan untuk bercerita. tapi kawan-kawan kebanyakkan dah berkeluarga. sekarang saya tak tahu apa patut saya buat. suami saya pulak, saya tahu dah tawar hati dengan saya n family saya. dia pernah cakap menyesal kahwin dengan saya sebab mulut mak n kakak saya yang bercakap tanpa insurans. dengan saya pulak, dia tawar hati sebab pada dia, saya bukan macam perempuan-perempuan lain yang berduit. walhal suami bukan orang senang pun. tapi bila dia senang, dia lupa pada saya. saya lah yang tolong belikan dia motor. bayar down payment kereta sewaktu bercinta dulu.

petang ni after kerja, saya tak tahu mana saya nak pergi. tak tahu mana nak bawak diri. rasa hidup ni sia-sia je. balik rumah nampak lombong. ikutkan hati nak je terjun lombong tu sebab hati saya ni kosong sangat-sangat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2015 05:47 PM | Show all posts
elok la suami tu nak ceraikan awak..
laki tak guna macam tu buat apa nak dipertahankan lagi...
dah cerai, awak bangkit bina hidup baru..
pergi la cari kerja jauh dari family..
hidup sendiri.. hati pun tak sakit..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 05:54 PM | Show all posts
hi selamat hari raya
nak tnya, masa tolong bayarkan down payment kereta sewaktu bercinta tu mana dapat duit?

slow talk la dgn husband. bincang dari hati ke hati..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2015 06:13 PM | Show all posts
mekya replied at 23-7-2015 05:54 PM
hi selamat hari raya
nak tnya, masa tolong bayarkan down payment kereta sewaktu bercinta tu mana ...

thanks sis. duit savings saya. walaupun tak banyak mana down payment tu, tapi hati siapa tak sedih. susah la sis nak berbincang hati ke hati dengan dia. dia jenis nak betul je. dia suruh saya build up back my career. n i'm doing it right now. tapi dia kata saya tak usaha sebab end of month, duit saya mesti cukup-cukup je. padahal duit gaji saya semua bayar komitmen. baby sitter anak n pampers anak pun saya yang bayarkan. tapi saya tak nak ungkit sebab saya sayang anak saya. kadang-kadang sedih tengok anak saya. ayah nya langsung tak hairan nak belikan anak baju or mainan. alasannya, budak tu cepat besar. rugi beli banyak-banyak. baju raya pun ayahnya langsung tak excited nak belikan. sebaliknya, saya yang keluar duit untuk beli sepasang. tapi bila saya kata dia tak sayang anak, dia marah. dia kata dia sayang tapi bukan untuk bermewah-mewah. dia selalu riak sebab dia dah jadi manager. tapi saya minta maaf, saya tak nampak ke mana duit dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2015 06:15 PM | Show all posts
mekya replied at 23-7-2015 05:54 PM
hi selamat hari raya
nak tnya, masa tolong bayarkan down payment kereta sewaktu bercinta tu mana ...

thanks sis. duit savings saya. walaupun tak banyak mana down payment tu, tapi hati siapa tak sedih. susah la sis nak berbincang hati ke hati dengan dia. dia jenis nak betul je. dia suruh saya build up back my career. n i'm doing it right now. tapi dia kata saya tak usaha sebab end of month, duit saya mesti cukup-cukup je. padahal duit gaji saya semua bayar komitmen. baby sitter anak n pampers anak pun saya yang bayarkan. tapi saya tak nak ungkit sebab saya sayang anak saya. kadang-kadang sedih tengok anak saya. ayah nya langsung tak hairan nak belikan anak baju or mainan. alasannya, budak tu cepat besar. rugi beli banyak-banyak. baju raya pun ayahnya langsung tak excited nak belikan. sebaliknya, saya yang keluar duit untuk beli sepasang. tapi bila saya kata dia tak sayang anak, dia marah. dia kata dia sayang tapi bukan untuk bermewah-mewah. dia selalu riak sebab dia dah jadi manager. tapi saya tak merasa pun duit gaji dia. dah la perabot dalam rumah semua saya beli before kahwin. tak tahu la sis.

hati saya sedih sangat. saya kuat untuk hidup ni sebab anak je
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 06:15 PM | Show all posts
errrrrr bala betul ada laki sebegitu
pasal tak abes belajar tu... aku malas komen panjang sbb dah berlaku

skarang ape yg kau nak dlm kehidupan?
nak bersama dgn laki lagi?
atau nak carik jalan setelkan hutang along?

ko dah cuba solat dhuha, solat tahajjut/malam?
mohon buat
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-7-2015 06:22 PM | Show all posts
penmerah replied at 23-7-2015 06:15 PM
errrrrr bala betul ada laki sebegitu
pasal tak abes belajar tu... aku malas komen panjang sbb dah b ...

aku nak hidup bahagia macam orang lain. aku nak setelkan hutang tu takde masalah. sebab gaji aku cukup untuk bayar. cuma aku rasa macam life ni useless.aku tak tahu untuk apa aku hidup.


kadang-kadang bila aku solat, mengaji, jiwa aku tenang. tapi suami aku mesti akan berbunyi, tak guna solat n mengaji kalau diri sendiri tak nak berubah. maksud dia berubah tu, dia nak aku macam duli. dulu yes..aku hidup mewah. cakap je nak makan apa, aku bawak je husband aku pergi. tak pernah berkira. nak shopping apa? semua aku belikan. silap aku sebab tak savings. duit yang ada aku gunakan untuk wedding sebab mak aku nak buat kenduri yang besar. tetamu jemputan je dah 1500 orang. hantaran aku 8k je. tu pun hantaran tu suami aku bayar half sebab dia tak mampu. so segala savings yang ada, aku gunakan untuk wedding sebab nak jaga sangat hati mak aku. satu sen pun tak keluar duit family.

tapi aku tetiba ada health problem. sepatutnya aku kena bedrest waktu pregnant. tapi aku terpaksa buat part time job sebab nak harapkan suami, aku tak boleh. pregnant 8 bulan, aku angkat segala grocery sorang diri ke tgkt 4 apartment without lift.

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn la bg suami pijak kpala lg...dia yg patut bg nafkah..sibuk nk suh u build up u pny career..dia tu sapa? Suami kot...dia yg patut jaga u, lindungi u..pls jgn bagi muka..if dia sebut lg psl duit sila explain psl nafkah...kalo x fhm2 jgk kaunseling mngkin mmbantu...

Pls kuatkan smangat..kuat unt hak u..jgn biar org perkotak-katik kan diri u dan juga duit u..jadi lebih TEGAS, KUAT..u sndri sedar u suka manjakan dia ngn duit...lps ni no more..nak cari pompuan berduit silakan lah bgtau kat dia...dia ingt dpt pompuan berduit leh jamin kebahagiaan sejuta tahun kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2015 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
TT, maksudnya kau nk hidup bahagia kan
mari kita kenali apa yg membebankan kau sekarang

1. Laki
2. Utang
3. Mak/keluarga sendiri   . Bila dah kenalpasti masalah, marilah usaha nk buang punca tu. Aku tak nmpk lain.... selain laki kau tu yg membawa keserabutan
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Hidup la kerana Allah...ada sbb Allah hidupkan kamu di dunia ni. Usaha utk diri sendiri dan anak. Laki ko tu ada ke xda sama saja...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 10:39 PM | Show all posts
cerai ajelah, mungkin u lebih bahagia..
lepas tu bawa diri sejauh mungkin dari mak dan akak u tu...


after all, ini kehidupan u, bukan mak u ke akak u punya kehidupan..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Serabut nya suami ko ni tt.. Tinggalkan je lah.. Takde pekdah dan takde fungsi sebagai lagi.. Mungkin harapkan batang aje lah kot???

Nafkah tak kasi, duit bini nak bersalin pun dikira hutang.... Dengan mak ayah tt pun dia tak mesra & hormat... Dengan TT pun dia layan ala kadar & mengikis duit tt... Serius tak nampak ape fungsi laki... Tak berguna langsung.. Buang aje biawak useless tu dari hidup tt... Pangkat manager pun duit sengkek tak guna
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2015 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Hidup ni singkat..tak berbaloi utk susahkn diri utk org yg tidak beri manfaat...baik pikirkan kbhagiaan diri dan anak,,,tinggalkn je la laki tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2015 08:48 AM | Show all posts
curious...suami puan kawin dgn puan dulu adakah sebab duit..?adakah sebab puan dilihat agak mewah?
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2015 09:54 AM | Show all posts
serius aku xnampak ape gunenye laki ko ni.dah la beranak xhulur duit,bagi pinjam kene bayar balik.like seriously?mak mertua aku dulu ckp kat anak laki die,bini ko beranak(aku la tu) nanti jgn gune duit bini.suami kene bayar.xkisah la nk claim company ke berutang ke

eh eh sedapnye ko yang beranak mcm nak mati nk keluarkan anak die,sikit pun xleh hulur?eh sori aku emo hari jumaat ni.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2015 10:22 AM | Show all posts
geramnya dgn laki ko ni. jahil bebenor sampai tak tau apa tanggungjawab dia.
baik cerai je la kalau begini gayanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2015 11:12 AM | Show all posts
aku suggest, cuba ko BUANG laki ko. pastu baru ko susun atur hidup ko balik.
pastu ko dah tahu hidup umahtangga tak best kan?so, takyah kawen baru selepas ini.
maybe lepas buang laki, hidup ko lebih tenang kot.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2015 11:15 AM | Show all posts
ana_una replied at 24-7-2015 08:48 AM
curious...suami puan kawin dgn puan dulu adakah sebab duit..?adakah sebab puan dilihat agak mewah?

kami bercinta lama. 5 tahun sebelum kahwin. awal percintaan, masing-masing student. suami n saya bukan dari keluarga senang. cuma kehidupan saya sedikit senang dari keluarga suami. dan saya terlebih dulu bekerja tetap sebab suami hanya student part-time. tapi walaupun dia part-time student, dia tak bekerja tetap. Alhamdulillah rezeki saya baik walaupun tanpa degree, tapi gaji 1st job saya sama macam lepasan degree. mungkin sebab confident level saya yang tinggi. jadi dah jadi kebiasaan untuk saya berbelanja untuk suami saya.
semalam balik rumah, kami bergaduh lagi. saya tak tahu. buntu. sebab kadang-kadang dia akan naik tangan. semalam pun sama. family saya anggap suami saya baik sebab selama ni saya tak pernah burukkan suami. sebab pada saya untuk buat apa buka pekung dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2015 11:27 AM | Show all posts
Hana replied at 24-7-2015 11:12 AM
aku suggest, cuba ko BUANG laki ko. pastu baru ko susun atur hidup ko balik.
pastu ko dah tahu hidu ...

aku memang plan nak buang dia. cuma dia tak nak lepaskan aku. last year waktu aku pregnant, dia pernah pukul aku n culas bagi nafkah sedangkan dia mampu. waktu tu aku nekad ke JAIS n failkan kes. masalahnya JAIS proses lambat. aku dah beranak baru panggil kaunseling. memang tak best pun hidup berumah tangga ni melainkan ada anak je.. suami aku semalam ugut kalau aku bercerai dengan dia, dia nak anak sebab alasannya financial aku tak kukuh. gaji aku tak sebesar gaji dia. aku cakap aku tak kisah sebab aku boleh fight benda tu kat mahkamah. tapi pas aku cakap aku setuju tu, terus dia sedih n pujuk aku not to proceed.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2015 11:28 AM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 23-7-2015 05:47 PM
elok la suami tu nak ceraikan awak..
laki tak guna macam tu buat apa nak dipertahankan lagi...
dah ...

saya mintak cerai. tapi pastu dia akan cakap sedih la, saya kejam sebab tak kesian kat anak.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.391666 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list