Bai’ah ketuanan lanun – Fudzail Published: 25 July 2015 7:00 AM
Di bawah keluhuran perlembagaan tidak semua sama rata
mengikut citarasa penguasa zalim
bai'ah ketuanan lanun
para perompak yang memerintah
demi survival kebangsatan elit
semuanya tunggang terbalik
seperti penghina nabi dan pemabuk
muflis dan penipu tegar
menjadi saksi utama yang mulia
pembohongan menutup bangkai
kebusulan siri perompakan mega. Di atas amanah yang diliwat rakus
di sebalik simbol dan slogan agama
transformasi, wasatiyyah
politikus dan kroni jalang
bai'ah ketuanan lanun
tiada lagi sisa kepercayaan
pada setiap institusi yang tercemar
pabila perjuangan perut dan nafsu
mengatasi kesetiaan kepada negara
sehingga rakyat menanggung beban
dan suara protes terus disenyapkan
propaganda dan akta drakonian. Kepimpinan tanpa maruah dan moral
gah berselindung sebagai pahlawan
hipokrit lebih hina dari pelacur
dengan meriah retorik kepalsuan
tidak lagi peduli dan ada rasa malu
kerana itulah honour among the thieves
bai'ah ketuanan lanun
menggadai apa saja selagi berkuasa
dulu, kini dan selamanya
hanyalah bertaraf pengkhianat! – 24 Julai, 2015.
|