CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2078|Reply: 1

Kita perlu jadi kurang ajar untuk ajar pemimpin yang kurang ajar

[Copy link]
Post time 25-7-2015 08:11 PM | Show all posts |Read mode
Kita perlu jadi kurang ajar untuk ajar pemimpin yang kurang ajarNomy Nozwir
Nomy Nozwir merupakan seorang bekas wartawan yang kini menjadi penulis novel alternatif dengan nama Nami Cob Nobbler. Beliau berkicau di @comradenami.

Published: 25 July 2015

Pada 20 Julai yang lalu, Simon Brodkin atau nama pentasnya, Lee Nelson menceroboh masuk ke pejabat Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan membaling wang palsu ke muka Presiden FIFA, Sepp Blatter.
Sepp berkata: "Itu adalah tindakan yang tidak berpelajaran."
Dalam erti kata lain, presiden persatuan bola sepak dunia yang kini terpalit dengan skandal rasuah, dan penyalahgunaan kuasa itu berkata, tindakan yang dilakukan oleh Brodkin itu sebagai “kurang ajar”.
Kita selalu mendengar kata-kata orang tua, yang sesungguhnya kita jangan membuat tindakan yang kurang ajar, terutamanya dengan orang yang lebih tua daripada kita, atau pemimpin kita.
Bertindak kurang ajar kepada orang yang lebih tua, atau pemimpin kita, boleh dianggap sebagai tidak ada adab, tidak bersopan, dan kita jangan sekali-kali melakukannya.
Tetapi bagaimana pula jika pemimpin bertindak kurang ajar ke atas kita?
Menyalahgunakan kuasa adalah satu tindakan kurang ajar. Rasuah adalah satu tindakan kurang ajar.
Seorang penghulu kampung jika dia menggelapkan duit orang kampung untuk rantai cincin berlian isterinya, itu adalah satu tindakan yang kurang ajar.
Pegawai polis yang susun kon di jalan raya, dan mengepau (saya rasa perkataan memeras ugut kurang enak di sini, mungkin perkataan pau lebih tepat) orang awam, itu adalah satu tindakan kurang ajar.
Menteri yang suka-suka sahaja memberi kenyataan di media seolah-olah rakyat ini tidak mempunyai otak untuk berfikir, adalah satu tindakan yang kurang ajar.
Apakah kerana mereka mempunyai kuasa, mempunyai pangkat dan kedudukan yang tinggi, maka kita, rakyat masih perlu bersopan santun dengan orang yang kurang ajar sebegini?
Mari kita bercakap tentang soal kurang ajar. Apabila menteri, atau pegawai tertinggi kerajaan, atau polis, bertindak zalim ke atas rakyat, atau wang rakyat, atau apa sahaja yang melibatkan rakyat, menipu dan menindas rakyat, itu adalah tindakan kurang ajar.
Jadi, apakah kita sebagai rakyat, atau orang bawah, hanya harus berdiam diri, dan kalau kita bertindak seperti Simon Brodkin, kita akan jadi kurang ajar dan jahat?
Siapa yang kurang ajar dulu ini? Mereka di atas boleh pakai baju sut yang paling kemas, kereta yang paling selamat, rumah yang dijaga keselamatan yang rapi, kelengkapan rumah paling mahal, atas wang rakyat.
Apabila rakyat meminta agar tidak menekan mereka dengan lebih teruk, mereka tidak mempedulikannya, bahkan terus melakukan penindasan.
Apabila rakyat marah, kamu kata kami rakyat – kurang ajar?
Sejarah membuktikan pemimpin yang kurang ajar dengan rakyat – akan membuatkan rakyat menjadi kurang ajar dengan pemimpin itu.
Pada 1946, orang Melayu bangkit dan marah ke atas British yang kurang ajar ke atas penduduk di Tanah Melayu.
Pada 1986, Presiden Marcos dan isterinya yang bersikap kurang ajar dengan membeli kasut, beg tangan dan cincin berlian digulingkan oleh rakyatnya.
Revolusi 1989 di Eropah Timur juga membangkitkan rakyat kerana marah dengan pemimpin negara komunis yang kurang ajar.
Apabila pemimpin kurang ajar – maka tindakan kurang ajar adalah satu kewajiban yang perlu dilakukan oleh rakyat.
Jika rakyat hanya membiarkan pemimpin kurang ajar ke atas mereka, mereka akan hanya menjadi hamba.
Usman Awang pernah berkata: “Satu perkataan yang paling ditakuti oleh bangsa kita yang pemalu ini, sekarang kata ini aku ajarkan pada anakku, kamu harus menjadi manusia kurang ajar, agar tidak mewarisi malu ayahmu. Suatu bangsa tidak akan menjadi besar, tanpa memiliki sifat kurang ajar.”
Hari ini,ramai “Blatter” yang sedang duduk di takhta kuasa empuk mereka, dan jauh dari istana kayangan mereka, di jalanan, di pinggir kota, di ceruk lorong tikus, ada ramai “Brodkin” menanti masa untuk bertindak kurang ajar. – 25 Julai, 2015.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2015 04:49 AM | Show all posts
tak pasai pasai keno kes akta hasutan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:19 AM GMT+8 , Processed in 0.055666 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list