CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1270|Reply: 1

Parti Pimpinan Mat Sabu Bakal Bertanding Di Pilihanraya Sarawak

[Copy link]
Post time 27-7-2015 09:51 AM | Show all posts |Read mode
                                                                 
       

KUCHING: Gerakan Harapan Baru (GHB) Sarawak bersedia meletakkan calon pada pilihan raya negeri akan datang, kata jurucakap gerakan itu, Andri Zulkarnaen Hamden.
Bekas Ketua Penerangan PAS Sarawak itu bagaimanapun berkata, sama ada GHB akan bertanding atas tiket parti baharu, parti lain atau Bebas belum diputuskan.
“GHB Sarawak akan melantik jawatankuasa dalam masa terdekat. Setakat ini kami telah mengenal pasti figura-figura yang berpotensi dan berpengalaman bagi menerajui GHB Sarawak.
“Kami yakin DAP dan PKR Sarawak bersedia untuk bekerjasama dengan kami sebagaimana pendirian DAP dan PKR di peringkat pusat yang secara terbuka telah menyatakan sokongan padu kepada penubuhan GHB dan parti politik baharu nanti,” katanya.
Tempoh penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ketika ini adalah sehingga Jun 2016. Andri berkata, sehubungan itu GHB Sarawak sedia bertemu dan berbincang dengan DAP dan PKR Sarawak pada bila-bila masa.
Pada Mac lepas, Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen mengumumkan keputusan DAP negeri untuk keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) negeri kerana kecewa dengan tindakan PAS yang mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan. Beliau mendakwa PAS menyeleweng daripada dasar bersama PR apabila berhasrat melaksanakan undang-undang berkenaan.
DAP memiliki 12 daripada 71 kerusi DUN, manakala PAS tidak pernah memenangi sebarang kerusi pada mana-mana pilihan raya negeri Sarawak. – BERNAMA


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2015 05:47 PM | Show all posts
Belum apa-apa GHB sudah berjaya menduduki 7 kerusi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:55 AM GMT+8 , Processed in 0.081021 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list