CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3396|Reply: 5

Sebab Ayam Goreng, Payudara Lelaki Ini Tumbuh!

[Copy link]
Post time 27-7-2015 11:58 AM | Show all posts |Read mode

        Dengar macam pelik tetapi memang berlaku, hanya kerana makan ayam goreng terlalu banyak seorang lelaki tumbuh payudara. Eh, kalau wanita ada payudara tidaklah rasa janggal. Kena pada lelaki, kesian juga ya.  


       


Li, lelaki yang berumur 26 tahun dari China rasa tidak selesa dengan payudaranya dan dia terus berjumpa dengan doktor. Lagi terkejut apabila doktor membuat kenyataan bahawa payudaranya mula tumbuh disebabkan hormon yang terkandung dalam ayam goreng dan ini menyebabkan perubahan signifikan di dadanya.


        Bagi mengelakkan kesan yang buruk pada payudara Li, doktor menyarankan agar dia terus berhenti makan ayam goreng tetapi melebihkan makan sayur dan buah.


        Dalam dunia medik, kalau payudara lelaki mula tumbuh ini adalah akibat ketidakseimbangan hormon estrogen dan testosteron. Namun masalah ini juga ada berkait dengan pengaruh ubat, kegemukan (obes), faktor genetik dan banyak lagi.


        Wah, macam-macam ya wanita! Selepas ini, kalau pun suka makan ayam, jangan terlampau ikut nafsu. Bukan hormon ayam pun, sebab gemuk makan ayam setiap hari, tubuh badan pun boleh terganggu. Dan lebih elok anda amalkan pemakanan yang lebih sihat seperti sayur dan buah-buahan.
mingguan wanita




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2015 01:08 PM | Show all posts
betul ke? ada kajian saintifik tak?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 02:03 AM | Show all posts
mattzzx replied at 27-7-2015 01:08 PM
betul ke? ada kajian saintifik tak?

Ini di panggil Gynaecomastia.
Adakala nya ianya normal dan akan hilang (eg bila baby baru lahir sebab Oestrogen dari mak dia still ada dlm badan dia lagi; also bila kita baru nak akil baligh sebab ada surge of hormone mase tu, jadi lah imbalance jap.. ni kita panggil post-pubertal gynaecomastia).

Lainnye adalah kerana hal hal yg perlu dapat perhatian dari doctors:
Prolactinoma: ni small brain tumor; dia produce prolactin (PRL). PRL ni boleh tumbuhakan mammary glands dalam lelaki. PRLoma ni kita kena treat.
Klinefelter Sy: ni senang gak nak cam; lelaki tu kurus tinggi, testes dia kecil; dia tak bejanggut takde bulan badan sebab kurang testosterone; dia infertile (chromosoem dia biasanye 47 XXY; if chromosome dia 48XXXY, 49 XXXXY, biasanya dia ada mental retardation; if 48XXYY atau 49XXYYY maka dia selalunya antisocail dan aggressive dan ada criminal tendencies).
Ubat: eg ubat yg bleh sekat hormone lelaki ie testosterone.. maka adalah imbalance jadi nnt tumbuhlah mammary glands
Obesity: lemak akan tukar testosterone jadi oestrogen
External oestrogen: eg dinegara negara cikai yg tak pantau daging depa.. lembu ayam semua di suntik oestrogen utk gemukkan.. oestrogn tu nnt masuk dlm u all jadilah lembut lembik u all mcm wanita dan tumbuh lah tetek. prc tu klasik la
External Testosterone: mamat mamat rakus yg pgi gym amik benda ni.. tumbuh lah muscle.. pastu naik tamak nak jadi lagi besar jadi amik byk byk.. depa tak tau bahawa manusia lelaki dan perempuan, buat oestroge dari Testosterone ie laluan nye if nak gi golok memang kena lalu pasir mas dulu. jadi mamat amamt gym tadi akan dpt byk testosterone dan lalaun seterusnya ialah utk diubah jadi oestrogen.. maki jadilah mamat mamat bermuscles ni lembut lembik mcm gay dan tumbuh tetek dan tak leh dapat erections.
Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 09:22 AM | Show all posts
ipes2 replied at 28-7-2015 02:03 AM
Ini di panggil Gynaecomastia.
Adakala nya ianya normal dan akan hilang (eg bila baby baru lahir s ...

terima kasih diatas pencerahan yang sangat cerah itu.........

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 02:05 PM | Show all posts
mattzzx replied at 28-7-2015 09:22 AM
terima kasih diatas pencerahan yang sangat cerah itu.........

Mekasih, semoga dah bertambah pengetahuan.

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 04:37 PM | Show all posts
ipes2 replied at 28-7-2015 02:05 PM
Mekasih, semoga dah bertambah pengetahuan.

sama sama, kalau ada lagi boleh saje.....

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 02:07 PM GMT+8 , Processed in 0.444225 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list