CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1988|Reply: 2

Tanpa Sedar, Solekan Rosakkan Kulit

[Copy link]
Post time 27-7-2015 12:02 PM | Show all posts |Read mode

       
Hasil solekan memang nampak cantik, tetapi bagaimana pula dengan kesan solekan pada kulit wajah. Malah solekan dan berhias dikatakan boleh menjejaskan kesihatan diri. Berikut ini kenyataan lengkap yang mengaitkan solekan dengan dunia kesihatan...


        1. Kongsi barang solekan        Sudah terbiasa bagi pinjam baju, kasut atau mungkin barang perhiasan yang lain. Jadi anda pasti tidak kisah jika ada teman mahu meminjam barang solekan yang ada. Hati-hati, sebab lipstik atau eyeliner boleh menyebabkan infeksi dan mungkin juga pelbagai penyakit lain tanpa disedari. Tambah pula lipstik itu digunakan di bahagian bibir yang kadang terkena air liur tanpa dijangka.

                 2. Barang solekan tamat tempoh        Barang solekan pun ada tempoh tertentu dan ramai yang tidak ambil peduli. Main sedap pakai, tahu-tahu kulit wajah rosak. Ini bahayanya menggunakan barang solekan terlalu banyak, sampai tidak sedar barang solekan sudah tidak boleh digunakan. Kena tahu ya, solekan yang sudah tamat tempoh membuatkan kulit anda iritasi dan mata merah.



        3. Tidur tanpa membersihkan solekan         Mungkin kadang penat sangat, balik saja dari tempat kerja terus terlena sampai ke pagi. Tidur dengan wajah ada make up membuatkan pori-pori wajah anda tersumbat dan mata kerana alat solek mengandungi minyak dan lilin.




        Wanita memang mahu nampak cantik selalu. Tetapi kalau anda rasa malas untuk membersihkan wajah dari alat solek, lebih baik anda biasakan kulit wajah anda bebas daripada sebarang solekan. Cantik semula jadi lagi puas daripada melukis wajah dengan alat solek yang akhirnya merosakkan kulit wajah sendiri. Jadi mulai sekarang hati-hati ya, wanita.
mingguan wanita


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2015 01:49 AM | Show all posts
Saya tak payah baca pon.. mmg lah bila bahan kimia diletak di kulit tentulah lama lama ade effect.
Logical  dan staright forward je semua tuh
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 09:26 PM | Show all posts
saya memang tak suka nak bersolek.........pakai gincu pun saya malas..........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:45 AM GMT+8 , Processed in 0.050732 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list