CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7372|Reply: 27

Fakta Mengejutkan Dan Mungkin Anda Tidak Tahu Tentang Malaysia

[Copy link]
Post time 27-7-2015 01:48 PM | Show all posts |Read mode


Kalau anda memang dah tahu semua fakta ini, anda sememangnya rakyat Malaysia yang sangat peka dan prihatin.





1. Tanah Perkuburan Haiwan Peliharaan pertama di dunia

Tanah Perkuburan Haiwan Peliharaan yang pertama di Malaysia terletak di Nirvana Memorial Park di Semenyih. Pakej plot tanah kubur disediakan untuk haiwan peliharaan seperti anjing, kucing serta haiwan lain. Setakat ini lebih 50 plot tanah kubur telah mempunyai penghuni yang kebanyakannya adalah anjing, tetapi fasa pertama yang melibatkan 300 plot tanah kubur telahpun ditempah dan terjual. Pakej bagi satu plot tanah kubur haiwan peliharaan adalah RM4,800 termasuk dengan perkhidmatan pengebumian.


2. Serangga terpanjang di dunia
Anda boleh menemui sejenis serangga yang terpanjang di negeri Sabah. Chan Megastick (Phobaeticus chani) adalah sejenis serangga ranting yang berukuran 567 mm/56cm (22.3 inci), ia dinamakan bersempena Datuk Chan Chew Lun, seorang pengkaji alam semulajadi amatur di Malaysia. Hanya 6 spesimen yang ditemui setakat ini, malah maklumat biologi spesies ini masih agak kabur. Serangga ini hidup hanya di atas kanopi rimba.


3. Stesen kereta api tahan salji

Mungkin ramai yang tak tahu, Stesen Keretapi Kuala Lumpur dibina untuk menahan kesejukan musim salji sehingga ke tahap kedalaman salji setebal 2 kaki. Malah platform keretapi juga mesti tinggi supaya tidak ditenggelami salji. Bumbung di atas platform keretapi stesen berkenaan juga dibina sehingga tahap mampu menampung berat salji setebal 2 kaki.
  

4. Ibu kota kilat dunia

Kuala Lumpur adalah ibukota di dunia yang paling banyak menerima panahan kilat / petir di dunia. KL menerima panahan kilat jauh lebih banyak berbanding mana2 kotaraya di dunia ini. Dianggarkan dalam setahun sebanyak lebih 200 hari ribut petir berlaku di KL, berbanding hanya 20 hari ribut petir setahun di London dan New York hanya mengalami 10 hari ribut petir setahun. Menara Berkembar Petronas sebenarnya juga berfungsi sebagai pengalir kilat kerana ketika pembinaan menara berkenaan, elemen panahan petir turut diambil kira dalam rekaannya. Rangkaian kerja logam hingga ke tanah yang dipasang pengalir khusus untuk mengalirkan arus kilat ke dalam sistem pembumian.


5. Lipas paling banyak

Gua Gomantong di Sabah mempunyai populasi serangan lipas terbanyak di dunia! Jangan pengsan pula melihat ratusan ribu lipas memenuhi memenuhi setiap ceruk ruang gua tersebut!


6. SAGA = ‘SCRABBLE’

Ramai yang beranggapan nama Proton Saga berasal daripada buah saga. Sebenarnya tidak. Nama berkenaan diambil daripada permainan Scrabble atau Sahibba. En.Ismail Jaafar mendapat idea tersebut ketika bermain Sahibba, dan mendefinisikan Saga sebagai:
S= Safety / Stability (Keselamatan / Kestabilan)
A= Achievement (Pencapaian)
G= Greatness (Keagungan)
A= Ability (kebolehan)

Oh, dan Proton Saga merupakan kereta import terlaris di UK pada tahun 1989!



7. Roundabout (bulatan trafik) paling besar di dunia

Persiaran Jalan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Putrajaya adalah jalan bulatan roundabout terbesar di dunia mengelilingi 3.4 kilometer panjangnya. Tun Dr M yang mencadangkan sistem roundabout berkenaan setelah mendapat ilham semasa lawatan rasmi beliau ke Paris dan melihat bulatan Avenue des Champs Elysees semasa perarakan peringatan Hari Bastile.
mummynemo

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2015 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok mia malu sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2015 01:59 PM | Show all posts
satu pun ak x tau dr fakta di atas.. maknanya?... ak x prihatin upenyaa...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2015 02:06 PM | Show all posts
gambar x leh tengok
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2015 02:16 PM | Show all posts
No.3 tu......dah kenapa?
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2015 02:34 PM | Show all posts
dah lama tau, tapi tak banggapun...sebab mcm tak best je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2015 02:41 PM | Show all posts
fakta no.3 yang macammm "hmmmmm" mcm tak masuk akal binaan Stesen Keretapi Kuala Lumpur untuk menahan kesejukan musim salji... apakah cuaca di garisan khatulistiwa akan berubah?

Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2015 02:46 PM | Show all posts
tak tahu pun ada perkuburan haiwan kat Semenyih........tapi rumah aku pun dah lama jadi perkuburan untuk kucing2 aku yg mati.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2015 03:06 PM | Show all posts
ulangan. dulu dah ada yg tepek.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2015 04:36 PM | Show all posts
buzzin_urban replied at 27-7-2015 02:41 PM
fakta no.3 yang macammm "hmmmmm" mcm tak masuk akal binaan Stesen Keretapi Kuala Lumpur untuk menaha ...

puak fefeeling bani tamin mesti duk jaja fakta ni dlm blog
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2015 06:15 PM | Show all posts
Menarik infonya
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2015 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg ke 3 tu mcm pelik jek....
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2015 10:05 PM | Show all posts
Fakta 3.
Stesen keretapi KL yang bentuk Moorish tu ke? Tak macam bolih tahan salji je........

Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2015 10:37 PM | Show all posts
alaaa x nampak gambarnya..
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2015 11:55 PM | Show all posts
Mahalnya kos pengebumian haiwan
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 01:30 AM | Show all posts
Yang no 3 tu sebab ikut template pembinaan Train Stations dari UK kot.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2015 09:28 AM | Show all posts
yg paling excitednya yg SAGA tu....betul ke kerete import terlaris di UK 1989
?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 03:10 PM | Show all posts
ok, boleh nak bangga sikit.

aku tahu pasal roundabout kat putrajaya tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
yeke.. oh.. biasa jee..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 10:55 AM | Show all posts
Baru tau SAGA bkn buah saga merah menyala...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:43 PM GMT+8 , Processed in 0.248005 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list