CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1901|Reply: 2

Zahid Hamidi Dilantik TPM Baharu, Ganti Muhyiddin

[Copy link]
Post time 28-7-2015 03:14 PM | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baharu.
Beliau menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dalam pengumuman rombakan Kabinet pada Selasa, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan untuk menggantikan Muhyiddin termasuk rombakan kabinet setelah mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentadbiran supaya komited dan fokus terhadap negara.
Zahid, 62, merupakan Ahli Parlimen Bagan Datoh sejak 1995.
Naib Presiden Umno ini memegang jawatan Menteri Dalam Negeri sejak 2013.
Terdahulu, Zahid menjadi Menteri Pertahanan antara 2009 dan 2013.
Zahid sebelum ini merupakan bekas Ketua Pemuda Umno sejak 1996.
Pada pilihan raya umum 2004, Zahid dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelancongan dan dua tahun kemudian sebagai Timbalan Menteri Penerangan.
Bapa kepada lima orang anak ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Agama Izuddin Shah, Ipoh dan Sekolah Menengah Tengku Ampuan Rahimah, Klang sebelum menyambung pengajian peringkat ijazah di Universiti Malaya pada 1976.
Beliau kemudiannya menyambung pengajian di peringkat sarjana komunikasi dan seterusnya di peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Putra Malaysia (UPM).
Sebelum menceburi bidang politik Ahmad Zahid adalah seorang pegawai bank dan pernah berkhidmat di beberapa bank seperti OCBC, Bank Simpanan Nasional (BSN) dan juga Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Berdasarkan pengalaman itu juga beliau dilantik menjadi Pengerusi BSN pada 1995 sebelum melepaskan jawatannya pada 1998.
Pada 1999, Zahid dilantik pula sebagai Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).MStar

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2015 06:34 PM | Show all posts
rasa kesian pulak kt muhyiddin walau bukan pernah minat dia pun.. kena cantas mcm tu..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 08:53 AM | Show all posts
Tak payah laa nak bermain dengan perasaan, apa yang dilakukan adalah yang terbaik. Walaupun ia berat dari segi perasaan tetapi team yang baru akan lebih manthap. Keserasian dalam satu pasukan adalah sangat penting. Jangan merajuk... ok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:21 PM GMT+8 , Processed in 0.083717 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list