CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: EJALTI

Edisi Menjilat Najib oleh Menteri2 Pasola Sempena Kabinet Baru.

[Copy link]
Post time 29-7-2015 09:20 AM | Show all posts
hzln replied at 29-7-2015 08:05 AM
On allegations that Najib had decimated the Public Accounts Committee (PAC) and weakened investiga ...

tak perlu lah buat kesimpulan banyak sangat...simple words ... NAJIB memang dah buat salah... jadi seboleh2nya menangkis sebaik2nya segala ancaman. Cuma aku harap sepandai2 dia lolos... one day dia akan terkelepuk jatuh dengan aibnya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2015 09:37 AM | Show all posts
Edited by OmJualGas at 29-7-2015 09:43 AM

lain kali kalu itu PM kena kritik. macai-macai harus defend keluar tv segala, tak kisah la betul ka, apa lagi salah besar.... baru ada habuan OOoooo....ada fahammmmmm....
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 09:50 AM | Show all posts
Yeop tumpang gembira bila oghang Peghok dapat meghaser jd TPM. kalu tidak keulu keilir KEDAH , PENENG, JOHOR , PAHANG jer ddk marathon jd PM & TPM berpuloh2 tahun.
Tapi teman idak sukomla  demer2 ni. Serupo tu lu yo lah sapa2 jd TPM dan PM pun. Keghojer nak jd pirates keulu keilir
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
atira replied at 28-7-2015 11:12 PM
makan besar

Rossy=marie antoinette
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2015 11:00 AM | Show all posts
'Saya akan bantu Najib jaga keselamatan awam'

Wartawan Sinar Harian
29 Julai 2015



KUALA LUMPUR - Datuk Nur Jazlan Mohamed, yang dinamakan sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri dalam rombakan Kabinet hari ini, berkata platform itu akan digunakannya untuk membantu menjaga ketenteraman dan keselamatan awam.

Beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di atas kepercayaan yang diberikan.

"Saya berjanji untuk membantu beliau dalam menjaga ketenteraman awam serta meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.

"Saya juga akan membantu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Dalam Negeri.

"Pada masa sama, saya akan melepaskan jawatan selaku Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC)," katanya dalam kenyataan susulan rombakan itu.

Menurutnya, semua prosiding yang diatur pada Ogos termasuk berkaitan 1Malaysia Development Berhad akan ditangguhkan sehingga barisan PAC baharu dilantik pada persidangan Dewan Rakyat akan datang.

Ahli Parlimen Pulai itu mengambil alih jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri yang sebelum ini disandang Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Rombakan Kabinet yang diumumkan Najib di Putrajaya itu antara lain menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan dan tempatnya sebagai Timbalan Perdana Menteri diambil alih oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Machang Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang dinamakan sebagai Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, menyifatkan pelantikannya sebagai amanah amat besar untuk beliau laksanakan sebaik mungkin.

"Saya akan membantu Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional yang dalam usaha untuk mentransformasikan kawasan luar bandar supaya tidak ketinggalan ketika negara mencapai status negara maju menjelang 2020," katanya ketika dihubungi Bernama.

Ahmad Jazlan, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, berkata usaha akan dilakukan bagi meningkatkan pendapatan kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah atau dikenali sebagai 'Bottom 40' (B40) khususnya di kawasan luar bandar.

Ketua Pemuda MCA Senator Chong Sin Woon pula berkata menerusi pelantikannya sebagai Timbalan Menteri Pendidikan, beliau akan berusaha membawa sektor pendidikan ke tahap lebih tinggi untuk semua masyarakat.   

"Terima kasih kepada perdana menteri atas pelantikan itu serta sokongan daripada parti (MCA).. Ia merupakan tanggungjawab berat dan sangat penting buat saya," katanya.

Chong berkata beliau telah berjumpa dengan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan timbalannya Datuk Dr Wee Ka Siong bagi mendapatkan pandangan mereka. - Bernama



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2015 11:14 AM | Show all posts
Umno Johor sokong rombakan Kabinet baharu

SHAHIZATUL FARHA S ROSLI
29 Julai 2015



JOHOR BAHRU - Umno Johor menyokong rombakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap barisan kabinet dan ketetapan ke atas Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Pengerusinya, Datuk Mohamed Khaled Nordin berkata, keputusan itu merupakan hak dan budi bicara Perdana Menteri dan beliau perlu diberi kekuatan dalam menyelesaikan isu dan masalah negara khususnya berkaitan kemelut 1MDB.

"Ketika lawatan Perdana Menteri ke Johor pada 15 Mei lalu, Perhubungan Umno Johor telah membuat keputusan bahawa beliau perlu diberi kekuatan untuk menyelesaikan segala isu dan masalah khususnya berkaitan 1MDB.

"Oleh itu, jika soal untuk mempunyai kekuatan itu termasuk rombakan barisan kabinet dan terpaksa menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin, kita menerima ketetapan itu, lebih-lebih lagi kita sedar ia adalah hak dan budi bicara Perdana Menteri," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga Menteri Besar Johor turut berharap agar barisan kabinet yang baru dibentuk mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi negara seiring dengan keyakinan Perdana Menteri untuk menyelesaikannya mengikut kesesuaian masa.

Dalam pada itu, beliau menyeru seluruh ahli pergerakan parti itu agar terus menghormati Muhyiddin selaku Timbalan Presiden parti dan tidak menghalang sekiranya mana-mana bahagian mengundang beliau bagi merasmikan mesyuarat di peringkat masing-masing.

"Diharap semua pihak terus menghormatinya dan saya tiada halangan bagi mana-mana bahagian di Johor yang telah dan ingin menjemput beliau untuk merasmikan mesyuarat Umno di bahagian masing-masing.

"Saya juga berharap rakyat dan ahli-ahli Umno khususnya dari negeri ini dapat bersabar dan melalui saat-saat ini dengan kekuatan. Semoga ALLAH memberi kita semua kekuatan untuk menemui kebenaran," katanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-7-2015 11:18 AM | Show all posts
Pelantikan Zahid penghargaan buat negeri Perak

Wartawan Sinar Harian
28 Julai 2015



IPOH - Kerajaan negeri merakamkan ucapan tahniah di atas pelantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri, hari ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pelantikan Ahmad Zahid suatu penghargaan bagi negeri ini kerana menjadi anak Perak pertama memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

"Tahniah diucapkan kepada beliau atas pelantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri, pastinya rakyat negeri Perak gembira dan berbangga.

"Adalah menjadi prerogatif Perdana Menteri untuk membentuk pasukan Kabinetnya," katanya.

Zambry turut menyampaikan ucapan tahniah kepada Ahli Parlimen Larut, Datuk Hamzah Zainuddin yang menerima kenaikan pangkat ke menteri penuh sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

"Ini satu lagi pengiktirafan kepada kebolehan dan kemampuan anak Perak," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 11:23 AM | Show all posts
rapatkan barisan n masuk duit ke poket msg2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2015 11:30 AM | Show all posts
aku makin bimbang dgn senario politik Malaysia skrg...makin tk menentu...dan bertambah haru-biru
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2015 12:09 PM | Show all posts
'Cari pasukan kuat, bukan pemain handalan saja'

11:55AM - 29 Jul 2015
http://www.malaysiakini.com/news/306538



Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyamakan rombakan kabinet semalam amalan dalam sesebuah pasukan bola sepak.

Katanya, dalam kes itu, pertukaran pemain perlu dibuat bagi memantapkan lagi pasukan dan terus menunjukkan prestasi baik.

Katanya lagi, pemimpin baru perlu melaksanakan tanggungjawab masing-masing manakala pemimpin yang digugurkan, pula harus menerima hakikat itu lapor Utusan Malaysia.

“Bagi kami sebagai ahli politik, ini umpama pasukan bola sepak, pengurus mestilah memikirkan pasukan yang kuat, boleh bermain secara berpasukan bukan soal pemain handalan sahaja.



“Jadi, dalam soal ini, kita mesti menerima pengurus boleh memasukkan pemain baharu dan mengeluarkan yang lama meskipun dia adalah pemain handalan,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Tambahnya lagi, rombakan itu bukan untuk diraikan, sebaliknya tanggungjawab yang diberikan oleh perdana menteri kepada pemimpin untuk bekerja keras menguatkan kembali parti dan kerajaan.

Beliau mengulas rombakan kabinet yang menyaksikan pertukaran pemimpin dalam kerajaan termasuk jawatan timbalan perdana menteri yang kini dipegang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 02:20 PM | Show all posts
EJALTI replied at 29-7-2015 12:09 PM
'Cari pasukan kuat, bukan pemain handalan saja'

11:55AM - 29 Jul 2015

hish..pasukan bolasepak..impact pertukaran tidaklah sama dgn impact pertukaran cabinet.
Ni lah menteri menteri yang  dilantik yang bila buat statement ..tak tau mana cerdiknyer.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 02:23 PM | Show all posts
Simunggu replied at 29-7-2015 08:34 AM
yang penting melayu dan Islam masih berkuasa...jangan sampai bangsa lain dan agama kapir yg pegang.. ...

BODOH nyer pemikiran..yerpun nak MELAYu berkuasa..pasti kan MELAYU yg berkuasa tu yang boleh dibangga kan dan berkarisma..sebab dianyer akan jadi wakil melayu yg satu dunia tenguk. Bukan MELAYU yang kuyu dan layu dan buat MALU banga Melayu sendiri ...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 02:24 PM | Show all posts
tenguk muka muka yang baru dan lama dilantik..cam kurang keikhlasan jer lol...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 02:28 PM | Show all posts
menteri pasola..hahaha... Dulu p ramlee wat filem futuristixc maybe orang tak suka sbb tak nampak...sekarang bila filem p ramlee ada dlm kehidupan sebenar aku rase makin nak tengok filem p ramlee.... eyyy brape banyak p ramlee daaa
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 03:09 PM | Show all posts
Tlalu replied at 29-7-2015 02:23 PM
BODOH nyer pemikiran..yerpun nak MELAYu berkuasa..pasti kan MELAYU yg berkuasa tu yang boleh diban ...

aku peduli apa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2015 04:49 PM | Show all posts
Yakin Kabinet baharu mampu beri idea, tenaga baru


29 Julai 2015
http://www.sinarharian.com.my/po ... enaga-baru-1.414170



SEREMBAN - Barisan Kabinet baharu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, dilihat mampu memberikan idea dan tenaga baharu untuk menerajui pentadbiran kerajaan, kata Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.   

"Tahniah diucapkan kepada perdana menteri kerana telah membentangkan satu rombakan Kabinet yang diharapkan akan dapat bekerja sebagai satu pasukan membantu Perdana Menteri.   

"Menubuhkan dan menamakan anggota kabinet adalah kuasa Perdana Menteri, jadi kita tak dapat persoalkan siapa dan jawatan apa, itu semua terpulang kepada beliau selaku perdana menteri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri di sini hari ini.   

Dalam pada itu, Mohamad berkata beliau bagi pihak kerajaan negeri mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri selama enam tahun.   

"Banyak jasa beliau kepada negara dan juga sumbangan beliau kepada negeri ini. Kita ucapkan banyak terima kasih di atas segala khidmat dan sumbangan yang telah beliau curahkan selama beliau menjadi TPM," katanya.

Di KOTA KINABALU, Pengerusi Perhubungan MIC Sabah Datuk V Jothi berkata, rombakan Kabinet merupakan perkara biasa dalam politik untuk mengukuhkan  urusan pentadbiran negara.     

"Tiada yang pelik mahupun petanda buruk mengenai rombakan itu seperti yang cuba digambarkan oleh sesetengah pihak. Itu perkara biasa dalam dunia politik yang  memerlukan perubahan.   

"Najib cuma ingin memastikan anggota Kabinetnya boleh bekerja dengan beliau (sebagai satu pasukan)," katanya kepada Bernama di sini hari ini.   

Beliau percaya perubahan itu akan membawa negara ke tahap lebih maju dan cemerlang pada masa hadapan.   

"Saya berharap barisan Kabinet sekarang akan bekerja kuat untuk memastikan kejayaan Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang serta dapat  menawan semula kerusi yang terlepas kepada pembangkang pada pilihan raya lalu seterusnya boleh terus memerintah negara ini," katanya.     

Sementara itu, Penolong Setiausaha Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ahli Kabinet yang baharu hendaklah bergerak senada berpegang kepada prinsip 'tanggungjawab bersama' yang menjadi amalan dalam sistem demokrasi.

"Ini bagi memastikan mereka dapat mentadbir negara dengan baik. Jika merekatidak senada, perlu berundur secara sukarela atau bersedia untuk digantikan ... inilah sistem kerajaan di seluruh dunia," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Festival Kesenian Rakyat Antarabangsa (SIFF) ke-10 di sini, hari ini.   

Dalam pada itu, Masidi yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah menyambut baik pelantikan dua menteri baharu dari Sabah dan berharap mereka dapat membawa perubahan dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, khususnya di Sabah.   

Katanya, pelantikan Datuk Seri Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia merupakan peluang bagi kementerian itu untuk  memberi penerangan efisien mengenai status dan imej sebenar Sabah dan juga Sarawak.

Beliau juga yakin Pemangku Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko), Datuk Wilfred Madius Tangau yang dilantik sebagai  Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang baharu mampu menjalankan tugas itu dengan cemerlang. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-7-2015 05:37 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 05:48 PM | Show all posts
USA 400 juta rakyat hanya 28 orang ahli kabinet, ini negara 30 juta rakyat berapa ahli kabinet?

tak cukup lagi beban negara? Ada prihatin terhadap rakyat?
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 05:54 PM | Show all posts
selain dari statement wajib (mengipas) aku harap paling penting dorang ni berdoa bersungguh2 semoga boss dorang betulkan niat dan jalankan tugas dgn amanah dan yang paling penting lagi, BIJAKSANA
jangan lah bagi chan rakyat mencerca
so PLEASE lah buat keputusan2 yang cerdik dan memberi manafaat kepada negara
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 06:51 PM | Show all posts
kukulangau replied at 29-7-2015 05:54 PM
selain dari statement wajib (mengipas) aku harap paling penting dorang ni berdoa bersungguh2 semoga  ...

doa apa..2x5 semua tu...mesti la dia pilih yg sekapai dgn dia...baru syok melanun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.079466 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list