CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: EJALTI

Edisi Menjilat Najib oleh Menteri2 Pasola Sempena Kabinet Baru.

[Copy link]
Post time 29-7-2015 07:02 PM | Show all posts
dari mula lg dah slack, motip org yg dlm siasatan masih pegang jawatan... opkos la conflict of interest dan banyak drama swasta akan berlaku.
tengoklah hasilnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-7-2015 07:11 PM | Show all posts
Shahidan: “Saya sahut cabaran Najib”

MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
29 Julai 2015
http://www.sinarharian.com.my/na ... aran-najib-1.414219



SHAH ALAM - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menyambut baik rombakan yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak semalam.

Shahidan berkata, dalam pada itu beliau  ingin merakamkan ucapan terima kasih di atas kepercayaan yang terus diberikan kepadanya untuk terus berkhidmat di dalam jemaah Kabinet.  

‘Tahniah juga diucapkan kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dilantik ke jawatan Timbalan Perdana Menteri serta rakan-rakan jemaah menteri yang baru dilantik.

“Perdana Menteri mengekalkan saya di dalam portfolio pengurusan bencana di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM) bersama beberapa portfolio lain seperti sebelum ini; kecuali dalam urusan memantau perjalanan Parlimen.

Bagi menyempurnakan tugas ini, Jabatan  Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) turut dipertanggungjawabkan kepada saya," katanya dalam satu kenyaatan medianya hari ini.

Bercakap lebih lanjut mengenai beberapa perubahan dalam porfolionya Shahidan berkata, dengan perubahan itu, Perdana Menteri meminta beliau  memberikan tumpuan yang lebih untuk memantapkan aspek perlaksanaan dan 'delivery system' dalam pengurusan bencana dan penguatkuasaan maritim.

"Oleh yang demikian, saya menyahut cabaran dan tanggungjawab ini bagi memastikan negara kita mempunyai sistem pengurusan bencana yang lebih baik dan teratur.

“Selain itu, isu-isu berkaitan keselamatan maritim, khususnya kawalan sempadan bagi mengelakkan pembolosan warga asing akan menjadi keutamaan saya dalam masa terdekat.

Semoga penyusunan semula barisan kabinet ini akan membawa kebaikan kepada seluruh rakyat di negara ini dan sentiasa dilindungi  ALLAH SWT," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 04:41 PM | Show all posts
Agung kita pon menurut jer jiban ni...sebaiknya teliti dulu kabinet baru ni elok tuk negara ker tak, jangan terima jer segala yg dipersembahkan. Bersorak gumbira lar wak2 joko meraikan perlantikan hindon yg ternyata tak mesra alam ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2015 04:55 PM | Show all posts
RM2.6 bilion masuk akaun Najib bukan isu besar, kata menteri

Published: 31 July 2015 10:50 AM
http://www.themalaysianinsider.c ... -besar-kata-menteri



Pendedahan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa sejumlah RM2.67 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukanlah isu besar, kata Datuk Seri Azalina Othman Said.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata tiada salahnya seseorang menerima pemberian wang sebanyak itu asalkan mendapat kebenaran penerima dan tidak menafikan hak mereka yang patut menerimanya.

“Bagi saya kalau orang derma duit kat saya suruh jaga anda semua dan simpan atas nama saya, itu hubungan saya dengan penderma… apa salahnya.

“Kecuali orang kata, ‘Datuk saya derma duit ini untuk Umno, untuk Parlimen, untuk NGO’, saya kena ikut cakap penderma.

“Dalam isu duit (RM2.67 bilion), saya tak melihatnya sebagai isu besar… bagi saya itu budi bicara orang yang derma duit,” katanya seperti dilaporkan akhbar Berita Harian hari ini.

Muhyiddin dalam satu klip video yang dibocorkan ke Internet berkata Najib mengakui RM2.67 bilion dimasukkan ke akaun banknya.


Dalam video itu, Muhyiddin kelihatan sedang memberitahu tetamu di rumahnya, beliau bersemuka dengan Najib berhubung laporan The Wall Street Journal (WSJ) mengenai wang AS$700 juta (RM2.67 bilion) daripada syarikat berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang didakwa didepositkan ke akan peribadi perdana menteri itu.

Dalam video itu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilihat duduk bersebelahan Muhyiddin.

Mengulas mengenai tersiarnya video itu, Azalina berkata kesetiaan dan iltizam Muhyiddin untuk memperkukuhkan Umno selepas digugurkan daripada Kabinet boleh dipertikaikan.

“Saya rasa agak sedih, sepatutnya kalau ada masalah bincanglah, kita ini orang parti.

“Saya tidak faham, siang kata nak beri sokongan padu, malam keluar video,” katanya dipetik sebagai berkata.

Ditanya mengenai sama ada tindakan boleh diambil kepada Muhyiddin kerana dianggap mengkhianati parti, Azalina berkata tiada mana-mana ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno yang memiliki imuniti.

“Bagi saya, sesiapa pun boleh dipecat kalau dia mengkhianati parti. Dia perlu dipecat. Saya tidak tahu lagi (sama ada Muhyiddin mengkhianati parti), tak tahu hari ini dia buat apa, esok lusa (mungkin) dia bakar bendera Umno ke, tak tahu.

“Yang saya tahu sesiapa pun termasuk saya boleh dikenakan tindakan disiplin kerana tiada imuniti sebagai timbalan presiden atau ahli majlis tertinggi,” katanya kepada akhbar itu. – 31 Julai, 2015.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Azalina dah tukar nama jadi sazali ke?
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 06:55 PM | Show all posts

ekspresi muka dan dialog mmg kena sgt
tak boleh blah

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2015 07:01 PM | Show all posts
segala tindak tanduk najib telah
membuatkan umno serta bn hanyut jauh dari
hati dan kepercayaan rakyat
infact sekarang bergerak ke oblivion
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 07:04 PM | Show all posts
baik sembah berhala la sis drpd dengar lembu2 kenyang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2015 07:06 PM | Show all posts
Dun worry najib. masih ramai rakyat m'sia yang tak berapa nak ceredik and mudah lupa. You're still safe...

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 07:45 PM | Show all posts
akak telah bertanya seseorang daripada umno apa pilihan dia? team najib ke team wak yiddin? jawapan dia adalah team najib.. i luv PM katanya.. sebab tak ada orang lain yang berwibawa selain najib..

daripada situ dapatlah sedikit sebanyak diandaikan bahawa najib sememangnya ada pengaruh besar di kalangan aktivis umno..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2015 10:21 PM | Show all posts
Penyokong pemimpin digugur diminta tak emosi

9:14PM - 31 Jul 2015
http://www.malaysiakini.com/news/306923

Penyokong pemimpin yang digugurkan dalam rombakan Kabinet baru-baru ini diminta tidak emosional, sebaliknya menerima keputusan dengan seadanya, kata Ketua Penerangan Pemuda Umno Jamawi Jaafar.

Beliau berkata, penyokong sepatutnya mencontohi sikap pemimpin mereka yang menerima keputusan rombakan Kabinet itu dengan hati terbuka dan berikrar tetap memperjuangkan kepentingan parti.

"Kita tidak mahu pemimpin atasan terima, tapi penyokong pula tidak terima dan mengadu-domba yang akan sebabkan perpecahan. Saya rasa isu ini perlahan-perlahan kita akan atasi dengan baik," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Alor Setar hari ini.

Dalam rombakan Kabinet Selasa, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan serta melantik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri baharu, selain mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Dalam Negeri.

Perdana Menteri turut melantik tujuh muka baru sebagai menteri dalam barisan Kabinetnya dan menggugurkan empat menteri serta satu timbalan menteri.

Menurut Jamawi, buat masa ini apa yang diperlukan ialah penjelasan sehingga ke peringkat akar umbi mengenai isu tersebut, bagi memastikan tiada cubaan memecahbelahkan parti dibuat pihak tidak bertanggunjawab.

"Kita nak semua amalkan politik matang, bukan politik emosi," katanya.

- Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2015 06:31 AM | Show all posts
dio pooong samo.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 06:00 PM GMT+8 , Processed in 0.085696 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list