CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1220|Reply: 0

Hati-Hati Dengan Ubat Palsu Yang Boleh Membunuh

[Copy link]
Post time 30-7-2015 02:03 PM | Show all posts |Read mode
Beberapa ubat palsu yang dijual di negara ini adalah berbahaya dan boleh membunuh, menurut Kementerian Kesihatan.

Bahagian penguatkuasaan farmasi berkata, satu rang undang-undang  sedang digubal untuk meningkatkan hukuman bagi penjualan ubat-ubat  palsu.

Pengarah bahagian, Mohd Hatta Ahmad berkata, ubat perangsang seks,  penahan sakit dan campuran ubat batuk merupakan antara ubat yang  dipalsukan dan dijual pada harga lebih murah berbanding yang asli.




Beliau memberitahu The Star bahawa bahagian itu mendapati ubat  palsu dan seumpamanya seperti ubat titis mata, pencegah kuman dan  demam, turut dijual di gerai tepi jalan dan kedai perubatan tradisional.

Beliau berkata, produk palsu berkenaan telah dirampas sama ada ia  dihasilkan secara tempatan atau dibawa dari negara-negara seperti  Indonesia, Thailand, Filipina, India dan China.

Mohd Hatta memberi amaran bahawa memakan ubat perangsang seks palsu  yang mengandungi ‘slidenafil’, ‘tadafil’ dan ‘verdanafil’ atau ubat  pelansing yang mengandungi ‘sibutramine tanpa pengawasan yang betul  daripada doktor perubatan’ boleh mengakibatkan kesan yang serius.

“Ubat palsu ini juga boleh mengakibatkan kematian kerana ia  memusnahkan organ-organ penting badan dan dilaporkan turut menyebabkan  gangguan mental,” katanya.

Mohd Hatta menegaskan bahawa semua produk farmaseutikal mestilah berdaftar dengan kementerian sebelum ia boleh dipasarkan.

Mengenai rang-rang undang baru itu, Mohd Hatta berkata, ia akan  menentukan dengan jelas tentang produk perubatan palsu dan mengenakan  hukuman 10 kali lebih daripada hukuman semasa.

Berdasarkan statistik bahagian itu menunjukkan penjualan ubat-ubatan  palsu tidak meluas, dan kebanyakkannya melibatkan di luar kaunter dan  ubat preskripsi untuk kepentingan tertentu seperti Viagra dan Cialis.

“Kajian baru-baru ini mendedahkan kelaziman ubat-ubatan palsu adalah  antara 3 peratus dan 6 peratus di pasaran,” kata Mohd Hatta.
MSTAR

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:22 PM GMT+8 , Processed in 0.056611 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list