CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1787|Reply: 1

Jangan La Selalu Korek Telinga

[Copy link]
Post time 30-7-2015 02:05 PM | Show all posts |Read mode


Mungkin ada antara anda yang akan mengorek telinga anak hampir setiap   minggu semata-mata untuk mengeluarkan tahi telinga dan memastikan   telinga anak anda sentiasa bersih.

Bagaimanapun, sedarkah anda bahawa perbuatan mengorek telinga itu boleh   menjejaskan kesihatan telinga dan dikhuatiri boleh memudaratkan   pendengaran?




Tidak kiralah sama ada anda menggunakan putik kapas, pengorek telinga   diperbuat daripada besi, pin, kunci kereta atau apa saja bahan untuk   mengorek atau mengeluarkan tahi telinga, hakikatnya, perbuatan mengorek   telinga memang tidak perlu dilakukan. Ini kerana, tahi telinga mampu   bertindak sebagai pelindung sama ada terhadap serangga mahupun debu   kotoran.

Pakar Telinga, Hidung dan Tekak di sebuah pusat perubatan swasta di ibu   negara, Dr Aminuddin Saim, berkata dalam keadaan normal, tahi telinga   akan keluar sedikit demi sedikit kerana lapisan kulit telinga mempunyai   mekanisme yang akan mengeluarkannya secara berterusan. Justeru, beliau   berkata, anda tidak perlu mengorek telinga atau mengeluarkan tahi   telinga dengan bahan yang sering kali digunakan untuk tujuan itu.

"Apabila tahi telinga itu sudah terkeluar dan terlihat, anda boleh membersihkannya tetapi jangan  
pula mengorek telinga dalam-dalam kerana ini boleh menjejaskan kesihatan   telinga anak anda," katanya ketika ditemui, di ibu negara, baru-baru   ini.

Dr Aminuddin berkata,   korek telinga bukan saja tidak perlu dilakukan   di kalangan kanak-kanak, malah setiap individu tidak sepatutnya mengorek   telinga . Beliau berkata, lazimnya, ibu bapa menggunakan putik kapas   untuk mengorek telinga anak-anak mereka tetapi bahan itu boleh   menyebabkan tahi telinga semakin terbenam, melecet atau luka pada kulit   telinga dan putik kapas tertinggal di dalam telinga. Katanya, ada juga   yang mengorek telinga dengan
pengorek telinga diperbuat daripada besi dan ini lebih berbahaya kerana   ia boleh menyebabkan luka dan dikhuatiri boleh tertembus pada gegendang   telinga dan seterusnya memudaratkan pendengaran.

"Mengorek telinga memang boleh menyebabkan seseorang menjadi khayal   kerana telinga mempunyai banyak saraf dan ia begitu sensitif. Justeru,   mengorek telinga kadangkala menjadi amalan atau tabiat seseorang.
"Sebaik-baiknya hentikan amalan itu kerana dikhuatiri boleh menjejas   atau memudaratkan kesihatan telinga, terutama gegendang telinga",   katanya.

Dr Aminuddin berkata, tahi telinga ialah satu bahan di dalam telinga   yang terdiri daripada serumen (lilin telinga) iaitu kelenjar yang   dikeluarkan oleh telinga. Katanya, hasil campuran keretin, debu,   kotoran, lelemak dan bulu telinga akan membentuk tahi telinga. Dr   Aminuddin berkata, tahi telinga boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu   keras dan lembut dan sebahagian besar masyarakat Asia mempunyai tahi   telinga jenis keras. "Keras atau lembut tahi telinga bergantung kepada   faktor genetik dan lelemak yang terkandung di dalam tahi telinga,"   katanya.

Beliau berkata, tahi telinga bertindak sebagai pelindung kepada telinga  anda kerana lendir atau  cecair yang terkandung di dalamnya boleh  menyebabkan debu terlekat,  kesukaran dimasuki serangga dan mengelakkan  jangkitan serangga.  Sehubungan itu,  beliau menasihatkan ibu bapa  supaya tidak mengorek  telinga anak mereka dengan apa juga bahan kerana  bimbang ia boleh  menyebabkan luka dan kurang ketahanan untuk bertindak  sebagai pelindung.  "Telinga yang terluka akan mudah ditumbuhi dan  dijangkiti kulat serta  bakteria. Selain itu, amalan mengorek telinga  juga dikhuatiri boleh  menyebabkan kerosakan pada gegendang telinga,"   katanya. Bagaimanapun,  Dr Aminuddin berkata, ada segelintir individu  yang mengalami masalah  tahi telinga tidak terkeluar dengan sendiri dan  keadaan ini dikenali  sebagai keratosis obsturans.
Katanya,  mereka yang mengalami masalah ini perlu berkunjung ke hospital untuk  membolehkan  pakar telinga, hidung dan tekak mengeluarkan tahi  telinga.Lazimnya,  telinga pesakit akan dimasukkan ubat titik atau  minyak zaitun bagi  membolehkan doktor menggunakansejenis alat bagi  menyedut tahi telinga  mereka.

Kanak-kanak yang mengalami masalah itu selalunya akan berasa tidak   selesa dan kurang mendengar kerana tahi telinga mereka keras dan tidak   terkeluar sebagaimana dalam keadaan normal. "Bagaimanapun, keadaan   seumpama itu amat jarang berlaku kerana lazimnya, tahi telinga
akan terkeluar dengan sendiri," katanya.  


"HANYA TAHI HIDUNG YANG PERLU DIKOREK SETIAP HARI"
simpl3blog

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2015 02:34 PM | Show all posts
teringat video kokesyen keluarkan taik telinga segumpal dari telinga sorang mamat hensem.. seketul yang keluar, besar lipas! jijik betul!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:28 PM GMT+8 , Processed in 0.465407 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list