CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9049|Reply: 68

Mawi Meremang Bulu Roma Masuk Israel

[Copy link]
Post time 31-7-2015 04:34 PM | Show all posts |Read mode
Mawi Meremang Bulu Roma Masuk Israel

Selama ini dia hanya mendengar cerita orang, membaca serba sedikit informasi menerusi sebaran media massa juga pernah menonton beberapa filem berkaitan Palestin akibat pergolakan.

Begitu juga, mengenai Israel yang selama ini digambarkan negara berbahaya yang boleh menimbulkan rasa takut terhadap sesiapa saja yang memasuki negara itu.

Hakikatnya, apa yang dibayangkan jauh berbeza daripada apa yang disaksikan sendiri oleh penyanyi Mawi, sepanjang 12 hari berpeluang melawati beberapa tempat di Palestin dan Israel sekaligus menjalani penggambaran dokumentari berjudul Mawi di Bumi Mikraj pada Mei lalu

Antara tempat yang dikunjungi seperti Tel Aviv, Hebron, Nazareth dan Jarussalem. Mawi berangkat bersama 10 kru produksi dan 45 anggota rombongan di bawah kendalian agensi pakej pelancongan Intifada Travel.

Mawi berkata, dia tidak menghadapi sebarang masalah mahupun kesulitan bermula daripada awal kunjungan sehingga selesai penggambaran di lokasi terpilih di kedua negara itu.

"Kita biasa dengar tentang bahaya dan bermacam lagi cerita mengenai keadaan di dua negara ini tetapi apabila saya sampai di sana, ia sebenarnya berbeza dengan apa yang sering digambarkan.

"Apa yang boleh saya katakan, temnpat-tempat tersebut suasananya harmoni dan persekitarannya bersih. Bayangkan, Tel Aviv suasananya seperti di Singapura, bersih.

"Kami masuk ke negara tersebut melalui Jordan. Saya bersama 10 kru saya dan selebihnya adalah ahli rombongan yang hendak pergi bercuti.

"Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Cuma, setibanya kami di sempadan Tel Aviv, kami menjalani pemeriksaan ketat dan ditahan lebih kurang tiga jam. Kami dimaklumkan kerana masalah pasport sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan.  

"Kalau jalan-jalan di sana, orang-orang di sana tidak terlalu menganggap kami orang asing. Mereka hanya tahu kami dari Asia.

"Ada juga yang bertanya sama kami muslim atau tidak, apabila kami jawab ya, mereka minta kami baca surah Al-Fatihah sebagai bukti kami muslim," katanya kepada Malaysia Digest ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Warner Music di Sungai Buloh, semalam.

Begitupun, Mawi mengakui sepanjang berada di sana tetap timbul kebimbangan di dalam dirinya terutama apabila memikirkan tentang bahaya dan perkara yang tidak diingini yang boleh berlaku selama ini sepertimana dilaporkan media massa dan Internet.

Namun, demi mahu memnyempurnakan penggambaran dokumentari terbitan produksinya iaitu Mawi World Entertaiment, dia terpaksa melawan rasa takut dan gementar yang dirasainya.

"Risau tu memang ada tapi bila memikirkan kami dari jauh tapi bila dah sampai rugi rasanya kalau tak masuk ke negara itu. Kalau diikutkan meremang juga bulu roma sebaik saja jejak ke sana," katanya.  

Berkongsi lanjut pengalaman tersebut, Mawi menyatakan dia berkesempatan mengunjungi masjid Al-Aqsa, Marwan dan Buraq, makam nabi Ibrahim dan isteri baginda iaitu Siti Sarah, makam Nabi Isa juga beberapa tempat-tempat ibadah Kristian, Yahudi dan Islam.

"Satu lagi pengalaman menarik, ketika di Tel Aviv, saya sempat pergi ke pasar malam di satu kawasan di situ. Ketika sedang berjalan-jalan saya ternampak dua anak muda remaja yang hanya memakai seluar pendek dan baju-t tetapi apa yang mengejutkan saya mereka memengang senjata jenis M16 sedang berlegar-legar di situ.

"Rupanya memang sentiasa ada remaja yang memang seperti sudah biasa membawa senjata jenis itu di mana-mana. Agak terkejut juga saya melihatnya, mulanya saya ingat senjata permainan tetapi memang senjata sebenar. Mungkin itu cara mereka berkawal

"Saya juga sempat ke melawat masjid Al-Aqsa yang sebenarnya terletak di bawah tanah diatas masjid itu pula masjid Marwan dan di sebelahnya masjid Buraq iaitu masjid di mana berlakunya peristiwa Nabi Muhammad menambat Buraq sewaktu hendak naik ke langit.

"Saya juga sempat melawat Makam Nabi Ibrahim dan isterinya, makam Nabi Isa, tempat Nabi Isa kena salib dan tempat baginda dikapankan. Itu antara tempat menarik yang saya kunjungi.

"Saya juga sempat menjalani penggambaran muzik video ketika ke Pulau Kalili," kongsinya dengan panjang lebar.

Dalam perkembangan lain, Mawi kini sibuk mempromosikan single terbaharu berduet dengan Dali (Ahli Fiqir) menerusi lagu berjudul Sahabat Dalam Tubuh.

http://malaysiandigest.com/hibur ... a-masuk-israel.html





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-7-2015 04:36 PM | Show all posts
Untung la dapat pergi Israel memang bangsa pilihan Tuhan. Ramai rasul dari bani Israel.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah. Apa kata @dino
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 04:57 PM | Show all posts
i ada tengok rancangan Amazing Race Australia 2 bulan lepas. Task dia kena pegi ke israel. i tengok aman2 sahaja orang2nya. memang bersih macam spore. yang media tunjukkan sisi2 palestin-tel aviv tapi sisi jerussalam tu cantik2 je.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 05:07 PM | Show all posts
Edited by ymlite_killer at 31-7-2015 05:10 PM
Alion replied at 31-7-2015 04:36 PM
Untung la dapat pergi Israel memang bangsa pilihan Tuhan. Ramai rasul dari bani Israel.

kenapa agama yahudi tidak di sebut sebagai agama yg sebenar. quran ada sebut kah agama mana yang benar.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
bestnya. salah satu tempat yg aku nak pegi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2015 05:51 PM | Show all posts
ade jugak fanatik ereb ereb n ereb wannabe meroyan kt sini bce artikel hang TT...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 05:58 PM | Show all posts
Boikot Mawi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2015 05:59 PM | Show all posts
jarum jarum halus untuk memutihkan serael
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
pemegang paspot malaysia, boleh masuk israel ke?

bukan ke kat blkg pasport tu ade tulis kecuali israel.

sorry kalo salah fakta.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Bulan puasa kelmarin ada tgk rancangan sampaikan hajat..yg korie jd pilihan minggu tu...korie pilih hajat seorg ustaz yg teringin nak ke masjidil aqsa...mmg nampak susah nak masuk..sbb arab saudi dah beritahu kalau ada cop israel/palestin nnt tak dibenarkan utk umrah pula...tapi bagus korie kata insyaAllah niat yg baik Allah permudahkan. Alhamdulillah ada satu syrkt umrah dan ziarah menaja dan pengurusnya ikut bersama...dan ketika di sana semuanya nampak smooth...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
"tempat Nabi Isa kena salib dan tempat baginda dikapankan" mabuk ketum ka reporter?
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
ymlite_killer replied at 31-7-2015 05:07 PM
kenapa agama yahudi tidak di sebut sebagai agama yg sebenar. quran ada sebut kah agama mana yang b ...

Dlm alquran ad sebut sis. Bangsa bani israel. Tp mereka bragama Islam. Nabi2 yg diutus kpd mereka mngajar ttg Allah yg Esa. Tapi bangsa Yahudi skrg menganut agama ........... yg aku sendrik xtau agama ap.agama yahudi kot. Tgu nk gi Israel jugk nk kumpul duit. Nak melihat & bersosial dgn bangsa pilihan nih...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
BebeQ replied at 31-7-2015 04:57 PM
i ada tengok rancangan Amazing Race Australia 2 bulan lepas. Task dia kena pegi ke israel. i tengok  ...

Dang suria dgn wan kamaruddin apakejadah ex ntv7 tu pun penah ke yisroel utk rcgb tv di tv al hijrah
Mmg depa tunjukkan tel aviv tu bersih
Ternyatalah sebenarnya ummah muslim ni yg konon2 beriman bagai tp bau kepam dan busuk dan pengotor
Cth mcm bangsa muslim lain di india pakistan Bangladesh sume pengotor
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada ke negara nama Israel? Bg meols tu Palestine... on paper jah israel...tp sbnrnya palestine..pergi sana dpt pahala ziarah bumi anbiya.lgi. kerlas x?
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 09:08 PM | Show all posts
drivethru replied at 31-7-2015 06:20 PM
pemegang paspot malaysia, boleh masuk israel ke?

bukan ke kat blkg pasport tu ade tulis kecuali i ...

kena mintak special permission dari mana-mana negara yang ade kedutaan israel
cthnya di sini Jordan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-7-2015 09:23 PM | Show all posts
Malaysia patut iktiraf Israel dah lama jadi negara lagipun sejarahnya bani Israel duduk situ.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 09:37 PM | Show all posts
Uyun Musa , Jordon



gredit ig cahayaasmawi
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 09:39 PM | Show all posts
lebihkurang dua bulan lepas mawi gi palestine/issrael
baru keluar paper

Maqam Musa di dalam Masjid Musa


Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 09:41 PM | Show all posts
Tempat buraq ditambat oleh Rasul Allah & Jibril AS.
Read more at http://websta.me/n/cahayaasmawi#zpwcXl1E4yckdDsu.99

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 08:27 AM GMT+8 , Processed in 0.072751 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list