CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 13856|Reply: 40

Tarikan pisang goreng keju, kopi kampung

[Copy link]
Post time 3-8-2015 09:45 AM | Show all posts |Read mode
Tarikan pisang goreng keju, kopi kampung
Oleh Nurul Husna Mahmud
nurul_husna@hmetro.com.my


MENARIK antara menu disajikan.

Keenakan
pisang goreng keju (cheese), The Gorpis pencuci mulut di Kafe Kopi XOXO milik dua selebriti, Nora Danish serta Betty Rahmad bersama tiga rakan sukar diterjemahkan dengan kata-kata.

Mana tidaknya salutan tepung rangup serta dihidangkan panas ketika itu dinikmati bersama kopi kampung ais dalam kole semestinya gandingan tidak mampu dilupakan buat peminat makanan andainya mengunjungi kafe berkenaan di Bangsar.

Malah hidangan itu menawarkan pilihan mengujakan seperti White Chocolate, Chocolate, Strawberry dan Original membuatkan juadah manis itu tidak menjemukan bagi pengunjung datang berkali-kali menikmati hidangan itu.

Pengasas bersama kakak Nora, Nadya Danish berkata menu di kafe terbabit mempunyai konsep ‘fusion’ gabungan tempatan mahupun Barat, membuatkan hidangan mereka

mudah dihadam selera pengunjung selain turut dikunjungi warga asing di sekitar Kuala Lumpur.

“Setakat ini hidangan tetap kita tampilkan dalam senarai menu biarpun hampir setahun, kami masih menerima sambutan memuaskan dan ramai menyukai pilihan menu terbabit.

“Menariknya menu kami hidangkan ini mempunyai sentuhan ‘personal’ apabila setiap kami selaku pemilik bersama berkongsi idea dalam pilihan menu dihidangkan.

“Selain itu, cukup ‘authentic’ kerana Kopi XOXO turut menawarkan minuman kopi kampung yang mana pilihan serta adunan itu kami lakukan sendiri untuk ketengahkan kelainan dalam pilihan kopi disajikan kafe,” katanya.

Tidak menafikan hidangan The Gorpis antara ‘pelaris’ menarik peminat pisang goreng ‘cheese’ kembali mengunjungi kedainya.

“Reputasi The Gorpis, ramai sedia maklum ia antara pilihan pencuci mulut mesti dipesan pelanggan di sini. Meskipun tahu hidangan berkenaan antara paling hangat, kami tetap menjaga kualiti servis apabila pisang ini hanya digoreng sebaik dipesan.

“Kami turut menyediakan servis penghantaran dan tempahan diperlukan untuk kuantiti banyak. Selain itu kami mempunyai pelbagai pilihan minuman kopi berkualiti barista untuk peminat minuman berkenaan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Ogos 2015 @ 5:00 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/67585#sthash.j0PlgRkV.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2015 10:25 AM | Show all posts
jap lagi kena katup..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 10:27 AM | Show all posts
Sape artisnya d sini?


Oh..ND. Konfem bakar line jap lagi.



Hai @annehuda
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
bersediakah TT?
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 10:40 AM | Show all posts
thread bakar line...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 10:43 AM | Show all posts
owh kopi kampung
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-8-2015 10:46 AM | Show all posts
jgn bergaduh dgn gorpis sudah la nyer....

klu bertahan lepas 5 tahun mmg salute la...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 04:06 PM | Show all posts
artis tu mesti x pernah masuk kilauan emas kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2015 04:22 PM | Show all posts
pisang goreng cheese aka trend perniagaan melayu terkini. lepas dah habis musim ni, bungkus lah uolls.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 06:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Apakah restoran ni? Tarikan mereka adelah seasonal street food and air kopi je? Sungguh x worth nak g
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
user2012 replied at 3-8-2015 04:22 PM
pisang goreng cheese aka trend perniagaan melayu terkini. lepas dah habis musim ni, bungkus lah uoll ...

Kannn.. sama cm beger bakar dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 07:44 AM | Show all posts
aku makan pisang nangka gorang kat ulu langat, gerai tepi jalan, bukan main sedap lagi. besar, tepung rangup, makan dgn kopi o panas. tak kuasa aku nak gi restoran feeling urban semata2 nak makan goreng pisang.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 08:11 AM | Show all posts
ade da benang ni smlm..hiks
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 09:31 AM | Show all posts
Edited by kmelankolia at 4-8-2015 09:38 AM

mana tau kan boleh berkembang maju mcm carlos bersaing secara sihat girtuh
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts

Biz mcmni okla..jgnla biz dimana dlm kedai djual dan dicampur aduk benda benda haram dlm kedai...sbb tu la selalu cepat melungkup..nak biz ala ala urban..kalih kalih lungkup.... rasanya boleh diskus dlm thread sedia ada..awat buka lagi.. @admin6
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 02:01 PM | Show all posts
kmelankolia replied at 4-8-2015 09:31 AM
mana tau kan boleh berkembang maju mcm carlos  bersaing secara sihat girtuh

haish.. mana ada sama ngan Carlos uols..

Carlos tu classy tau.. jual arak beer bagai

kopi XOXO cuma ada kopi kampung jah..

tak sepadan sungguh...

erk tp bukan Carlos ni dah bungkus... hihihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2015 03:30 PM | Show all posts
Edited by kmelankolia at 4-8-2015 03:45 PM
kaogi replied at 4-8-2015 02:01 PM
haish.. mana ada sama ngan Carlos uols..

Carlos tu classy tau.. jual arak beer bagai

aiseh dah bungkus ye, classy & urban pun boleh bungkus, tak seswai pulak nak dibanding dgn xoxo yg biasa2 ajer kan
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 04:02 PM | Show all posts
kaogi replied at 4-8-2015 02:01 PM
haish.. mana ada sama ngan Carlos uols..

Carlos tu classy tau.. jual arak beer bagai

yg dah tutup tu restoren CEPLOS.....
















btw, berapa byk lg tred bodoh depa ni nk bukak eh?????

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 04:16 PM | Show all posts
The Gorpis #kopixoxo

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 04:17 PM | Show all posts
Bubur Betty #kopiXOXO

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:29 AM GMT+8 , Processed in 0.506162 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list