CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3751|Reply: 14

Koperasi artis lesapkan duit pelabur

[Copy link]
Post time 3-8-2015 01:56 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 3-8-2015 06:01 AM

Koperasi artis lesapkan duit pelabur

NOR AZIHAN ND GHAZALI
3 Ogos 2015
http://www.sinarharian.com.my/semasa/koperasi-artis-lesapkan-duit-pelabur-1.415759


Para usahawan IKS yang ditipu mendesak pihak berkuasa SKM dan PDRM campur tangan dan selesaikan kes melibatkan koperasi itu.

KUALA LUMPUR - Seramai 38 usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) Bumiputera mendakwa ditipu sebuah koperasi melibatkan seorang artis terkenal membabitkan barangan bernilai RM4.8 juta yang sehingga kini belum dilunaskan bermula Februari lalu.

Bayaran itu tidak termasuk wang deposit RM3,000 yang harus dibayar setiap usahawan bagi setiap jenis produk yang dianggarkan berjumlah 85 produk yang rata-ratanya terdiri daripada makanan seperti lempeng pisang, tepung kek, pes asam pedas Melaka, pes kuah laksa dan sebagainya.

Wakil kepada 38 usahawan itu, Shamsul Shah Sulaiman berkata, koperasi itu menawarkan kepada usahawan untuk membantu memasarkan produk ke sebuah pasar raya terkenal di negara ini bagi tempoh setahun.

"Kami ditugaskan menyiapkan produk masing-masing mengikut jumlah yang dikehendaki serta membayar deposit RM3,000 bagi setiap produk kepada koperasi itu.

"Kami begitu teruja memandangkan inilah peluang kami untuk memasarkan produk, tanpa syak apa-apa kami tandatangan surat perjanjian pada 4 Februari lalu," katanya kepada Sinar Harian dalam satu Sidang Media khas semalam.

Menurutnya, pihak koperasi berjanji akan membayar produk yang dibekalkan itu dalam tempoh 30 hingga 45 hari namun hingga kini mereka gagal melunaskannya.

"Dalam masa tuntutan dibuat, mereka secara tiba-tiba memaklumkan kontrak bersama pasar raya berkenaan dibatalkan atas alasan yang tidak munasabah.

"Mereka kemudiannya mengaku berjaya mendapat kontrak dengan sebuah pasar raya lain di Sabah dan berjanji akan pasarkan produk kami di sana," dakwanya.

Beliau berkata, pada awalnya semua usahawan tidak mengesyaki sesuatu yang tidak kena.

"Sehinggalah terdapat di kalangan usahawan yang menerima cek bayaran namun kecewa dan terkilan selepas mendapati cek berkenaan adalah cek tendang.

"Selepas menunggu lama, pada 26 Mei lalu, kami ke pejabat koperasi itu di Damansara Damai untuk menuntut  penjelasan.

"Kami kecewa apabila dihalang daripada berjumpa dengan Ahli Lembaga koperasi oleh beberapa lelaki  ala-ala gengster hingga menyebabkan saya ditahan di lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya selama sehari atas tuduhan mengugut.

"Kami cuma nak dapatkan hak kami melalui cara yang profesional namun mereka gagal beri maklum balas yang sebaiknya, bila kita nak jumpa elok-elok, mereka buat laporan polis kata kami ugut walhal usahawan yang pergi sana semua golongan wanita berusia 45 tahun ke atas," katanya.

Shamsul Shah berkata, sudah lebih lima bulan usahawan menunggu koperasi melunaskan bayaran namun hingga kini gagal.

"Ekoran itu, semua usahawan buat laporan polis di balai yang berbeza namun tiada tindakan hingga memaksa kami membuat laporan di Bukit Aman dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk tindakan lanjut.

"Justeru itu, kami berharap SKM, PDRM, KPDNKK, dan BPA mengambil tindakan tegas terhadap koperasi yang cuba memperdaya kami agar tiada lagi usahawan lain yang diperdaya mereka," katanya.

Beliau turut mendesak agar pihak SKM memperkasa pemantauan supaya setiap Ahli Lembaga koperasi tidak menyalahgunakan kuasa.

Sungguh menyedihkan apabila terdapat di kalangan usahawan IKS itu terpaksa membuat pinjaman ah long sebagai modal untuk menyiapkan barangan itu dan mereka kini diburu Ah Long gara-gara gagal membayar semula pinjaman.

Mereka kini ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, sudahlah produk habis diambil koperasi malah duit yang menjadi harapan gagal dipulangkan.

Bekas kakitangan kerajaan, Norhafiza Zainal Abidin, 33,  berkata, dia dan suami amat teruja dengan tawaran itu dan kerana tidak cukup modal terpaksa meminjam ah long sebanyak RM3,000.

"Memandangkan bayaran itu gagal dilunaskan, kami dicari Ah Long sepanjang masa hingga menyebabkan kami terpaksa tumpang di rumah emak dan saudara lain.  "Lebih menyedihkan rumah kami di Keramat jadi sasaran disimbah cat," katanya yang menghasilkan produk kicap Char Kuew Tiow.

Seorang lagi usahawan yang menghasilkan lempeng pisang, Roziah Wagini, 57, terpaksa meminjam wang berjumlah RM13,000 daripada saudara maranya sebagai modal menghasilkan produk itu.

Dia yang tinggal di Sungai Buloh berkata, dia kini terpaksa menebalkan muka apabila gagal membayar semula pinjaman itu kepada mereka mengikut tempoh yang dijanjikan.

"Kami amat sedih, barang kami diambil mereka dan duit gagal dipulangkan.

"Raya kali ini amat tidak bermakna dengan keadaan yang kami lalui ini sepanjang tempoh 10 tahun terlibat dengan perniagaan IKS," katanya sebak.

Sementara itu, Sinar Harian cuba menghubungi Ahli Lembaga koperasi yang berpangkat Pengarah Urusan bagaimanapun beliau mengakui sudah diberhentikan daripada koperasi berkenaan sejak April lalu.

Beliau yang dilantik Pengarah Urusan koperasi hanya selama empat bulan mengakui sudah tidak ada kena mengena dengan koperasi itu.

Wartawan juga gagal menghubungi pengerusi koperasi yang juga seorang pelakon terkenal untuk mendapatkan penjelasan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2015 02:06 PM | Show all posts
sapa pelakon terkenal tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 02:12 PM | Show all posts
kesian diorang ni kene tipu
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 02:25 PM | Show all posts
kesian usahawna IKS nih masih ramai yang tak tahu, bukan senang nak masukkan barang kat pasaraya tu acikk.. ada banyak terms, payment belum tentu dapat dalam masa sebulan dua.. tu belum kira halal lagi.. sekarang nak kena ada logo halal cik..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 02:27 PM | Show all posts
aduhaiiii kesiannyaaa
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
hah! sblm puasa someone approach me utk project ni.derang nk order biskut raya 3 kontena! pastu suruh kite byr konon sewa tmt dlm pasaraya.then lps 30 hari delivery, baru diaorg nk byr.i m not interested, no money, no talk.

nanti I cube cari/recall blk ape nama koperasi tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-8-2015 02:32 PM | Show all posts
noraidil_06 replied at 3-8-2015 06:28 AM
hah! sblm puasa someone approach me utk project ni.derang nk order biskut raya 3 kontena! pastu suru ...

Cepat2 recall uols.....

Nak tahu sgt koperasi yg mana satu dan sapow pelakon terkenal tuh
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 02:37 PM | Show all posts
apasal pg aniaya orang sampai mcm tu ??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2015 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
EJALTI replied at 3-8-2015 02:32 PM
Cepat2 recall uols.....

Nak tahu sgt koperasi yg mana satu dan sapow pelakon terkenal tuh

yg approach I bkn artis pun.tp I ade call kwn I, artis sendu.dia pun call artis sendu yg lain, tp pop la gak.artis yg sorang lg sahkan projek ni ujud.satu lg bende meragukan, ape kejadah dia nk htr kuih raya ke china.my kuih konon nk htr ke shanghai.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 03:00 PM | Show all posts
sape tu? tgu ade org bgtau je lah iols xleh nk hadam sape ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 03:17 PM | Show all posts
aritu ade ke kecoh2 pasal bazar shora? ke aku silap?
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 04:10 PM | Show all posts
ape la pulak retis tu ..
mesti jadi jurucakap nnih kan
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg aku tau boy note 3 je ade bisnes asyik kena scam jah. Dia tubuh koperasi gak..iols ade kenala few pegawai atas2 skm tu.nak rikiy2 mesti dorg x nak gtau koperasi mana
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2015 11:45 AM | Show all posts
                               
                       
                                                                                                                                                                                                        SelebritiBerita
                               
                                                                                INTERAKSI:                                 8
                                                                                                                       
                                                                                                Zed Zaidi Difitnah Larikan RM4.8 Juta, Sedia Buat Laporan Polis                               
                                                                                                                        Oleh RTKY Staff pada                                                                                                        17 August 2015, 11:08AM                                               
                                                                                       
                               
                                                Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi menjelaskan bahawa dia difitnah kononnya dia terlibat dengan kemelut Koperasi Pengiat Seni Selangor Berhad (KOSENI) yang tidak melunaskan bayaran RM4.8 Juta kepada usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS).
BACA: Zed Zaidi Nasihat Diana Danielle Jangan Bodohkan Diri
“Saya pernah menjadi penasihat KOSENI tetapi ontrak saya dah lama habis. Tiba-tiba keluar cerita saya ada kaitan dengan masalah usahan IKS yang belum mendapat bayaran mereka daripada KOSENI. Ini semua fitnah! Ada pihak mahu mensabotaj saya dengan memburukkan reputasi saya sebagai seorang selebriti dan Presiden Seniman,” katanya.
Kira-kira dua minggu lalu, Seramai 38 usahawan IKS merayu kepada pihak berkuasa supaya mengambil tindakan sewajarnya bagi membantu menyelesaikan kemelut masalah mereka dengan KOSENI dan mendedahkan bahawa barangan yang bernilai keseluruhannya RM4.8 juta tidak dibayar seperti yang dijanjikan dan tertulis di dalam kontrak perjanjian.
Menerusi sidang media berkenaan, nama Zed juga disebut sebagai antara pihak dibawah KOSENI yang kononnya ‘membawa lari’ wang tersebut. Manakala Zed menjelaskan dia tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis.
“Buat masa sekarang, apa-apa sahaja cerita saya yang keluar di akhbar, internet mahupun menerusi aplikasi Whatsapp, saya akan simpan sebagai bukti. Saya dah tahu siapa yang memfitnah saya. ‘Menariknya’, individu tersebut masih lagi memburukkan saya,” jelasnya kepada mStar Online. (rtky/s)

Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2015 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
tgok melodi smlm zz kata dia cuma dijemput utk dtg ke mjlis2 n dia pun dtg la atas undngn.. dia kata klupun dia ada kt ssuatu mjlis, xsmstinya dia trlibat.. gitu la lbih kurgnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:20 AM GMT+8 , Processed in 0.819708 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list