CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: EJALTI

[Tempatan] RM2.6 billion dalam akaun Najib adalah dari penderma, bukan dari 1MDB kata SPRM

[Copy link]
Post time 3-8-2015 07:32 PM | Show all posts
So macai masih nak jilat Najis?

Wake up macai. Wake up. Tolong berfikir sikit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2015 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
NURMIMIE replied at 3-8-2015 07:02 PM
ai pula nak berdoa..

datangkan seorang lagi arab yang sudi menderma kepadaku..

President Obama yg powerful pun tak dapat penderma usd700 million mimie oiiiii....


Tentu ramai pemimpin dunia mintak minum air basuhan kaki najib nak dapat ilmu tu....
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
jadi...betul laa ada 2.6 bil dlm akaun dia?
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Tersenyum sinis abg jibby dgn statement ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Oklah...aku nak bodohkan diri aku sat? Duit tu pi mana? Akaun dah tutup kan? Apasal kena tutup?
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 07:43 PM | Show all posts
sayawifenikmie replied at 3-8-2015 06:17 PM
............... TAKKAN lahhhhhhhhhhhh ... bodohnya la hai UMNO / BN  .... cukup cukup lah memp ...

what do u expect kak?
tindak tanduk mereka sejak minggu lepas hingga semalam sudah bagi clue2 INI lah hasil "siasatan"nya
pecat pengkritik tu bulih tahan lagi
tapi pecat/tangkap penyiasat?
maka hari ini kluar lah skrip ini
it's just that b4 today, kita ini terlalu in denial utk akui mereka mampu jadi sejahat ini

seolah segala takdir hidup mereka semuanya dlm genggaman dan kekuasaan mereka
sesungguhnya kejahatan mereka2 ini sudah tak bertepian

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-8-2015 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Sila hapuskan perkataan rasuah dan songlap drpd kamus dewan bhs melayu

Cuma ada istilah beli mahal dan derma
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah sis...rezeki bik mama sebagai ibu shurga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2015 07:50 PM | Show all posts
ice_sky92 replied at 3-8-2015 07:32 PM
So macai masih nak jilat Najis?

Wake up macai. Wake up. Tolong berfikir sikit.

susah2 nak carik macai..

type je kat search tu ' puting saiful'


Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Jom semua ahli UMNO derma kat najib ...... dia kan ketua kauorang.
Kasih sayang kauorang hanya kepadanya.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 07:53 PM | Show all posts
scorpionkiki replied at 3-8-2015 07:35 PM
President Obama yg powerful pun tak dapat penderma usd700 million mimie oiiiii....

nangis mokcik hillary clinton kat washington sana...baru mampu kumpul derma puluh2 juta saja sejak umumkan hasrat bertanding
najib terus segunung emas selepukkkkk masuk akaun, one single transaction
yg paling ajaib tak harap apa2 habuan lak tuh "penderma" tuh...derma fisabilillah 2.6 bilion koooo





Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 08:00 PM | Show all posts
NURMIMIE replied at 3-8-2015 06:25 PM
luassssskan kuasa muuuu

lepas ini para politician boleh menerima wang dari aktiviti mon ...

pintu dah terbuka luas utk ko terima duit haram dr tauke dadah
bulih lah masuk politik pasnih
sumber dana dah terjamin, takkan pernah kering punyaaaa
u hep mi i hep u gituh






Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa penderma itu? Derma sampai 2.6 billion?? Jibbu mmg pembohong besar
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 08:10 PM | Show all posts
ekod79 replied at 3-8-2015 06:39 PM
derma pun kena tax tau...apsal tak declare awal2...kan nak menjawab....padahal 2.6 billion tu leh co ...

itu yg aku agak tertanya2 sblm ini
kalu duit itu legit, amaun itu sudah di isytihar ke lhdn awal2 lagi
tak perlu ada dakwa dakwi, konar sana sini lagi
ni nak saman wsj pun terkulat2
itu kelakuan org yg dapat "derma" yg halalan toyyiban lagi siap dibayar cukai segala ka?
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 08:11 PM | Show all posts
Adakah selama ni yang berada di belakang sindiket meminta sedekah tu ialah Najib? 2.6 billion tu dermaaaaa... WOW!!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Larr apasal PM tak ckp awai2..buat kitorang tertanya je duit tu mai mana..lain kali habaq awai2..xdelah jd bhn fitnah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2015 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Mulianya hati penderma tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Interesting read:
KOMENTAR YG SANGAT REALISTIK, LIHAT KE DALAM UMNO-BN JUGA KE DLM PAS, PAKATAN RAKYAT SERTA RENTAK HIDUP WARGA MSIA

Nota: Berikut adalah terjemahan surat terbuka daripada seorang pegawai ekspatriat Britain yang dimuatkan dalam akhbar online Malaysiakini pada 13 Julai 2015.

Saya adalah seorang warganegara Britain dan telah bertugas di Malaysia sejak dua tahun lepas dalam sebuah syarikat bioteknologi antarabangsa yang terkenal.

Sejak 20 tahun yang lepas saya telah melawat banyak tempat diseluruh dunia atas kehendak tugas. Daripada pengalaman ini, saya berani menyatakan yang Malaysia dihuni oleh ahli-ahli politik yang buruk dan rakyat yang besikap  amat teruk sekali.

Pengetahuan tentang situasi politik didalam sesebuah negeri adalah penting bagi saya kerana kestabilan politik memberi kesan kepada syarikat tempat saya bertugas. Keadaan di Malaysia adalah yang terburuk pernah saya alami setakat ini.

Malaysia mempunyai dua buah gabungan politik yang besar, iaitu kerajaan dan pembangkang. Kedua-dua gabungan ini seperti ayam tanpa kepala yang tidak tahu apa yang sedang berlaku disekelilingnya. Mereka gemar menyalahkan antara satu sama lain daripada berusaha menyelesaikan konflik dalaman. Keadaan menjadi lebih buruk oleh rakyat yang tidak tahu   apa  sebenarnya mereka mahu.

Dari sudut pandangan saya, saya faham yang kebanyakan rakyat Malaysia mahu Perdana Najib mengundur diri, ini tidak menghairankan dalam suasana tuduhan-tuduhan  skandal yang  timbul hampir setiap hari. Seringkali saya berada bersama kumpulan yang berbeza, pasti ada sahaja  soal politik dalam perbualan. Kebanyakan  mahu Perdana Menteri Najib berundur.

Saya  bertanya kepada mereka apabila Najib pergi, siapa yang akan menggantinya. Tiada satupun kumpulan yang saya temui bersepakat tentang seorang pengganti. Orang nombor dua, Muhyddin Yassin tidak juga mereka gemari. Anwar Ibrahim kini dalam penjara. Mereka perlu akur yang isteri beliau bukan seorang pemimpin. Tiada seorangpun pemimpin wanita lain yang berkempen sering menangis dan dikelilingi cucu-cucunya.

Lim Guan Eng seorang berketurunan Cina, jadi tidak boleh menjadi Perdana Menteri. Azmin Ali mungkin, tetapi cara Azmin memimpin kerajaan Selangor, juga menggugurkan potensi beliau. Ini bukan kata-kata saya tetapi daripada orang-orang yang mahu Najib digugurkan. Semua mahu Najib dijatuhkan, tetapi tidak wujud Plan B. Sesiapapun  yang mengambil alih daripada Najib tidak akan memuaskan hati rakyat Malaysia, dan pasti dengan sekelip mata  anda akan mahu pengantinya juga sama berundur.

Politik yang tidak setabil menyebakan ekonomi yang tidak seimbang dan menakut pelabur asing. Nilai Ringgit jatuh dan kerajaan dipersalahkan. Sebenarnya suasana yang tidak setabil  disebabkan reaksi yang tidak menentu daripada rakyat Malaysia sendiri.

Pada amnya kebanyakan rakyat Malaysia menganggap Najib sudah bersalah sebab laporan dari Wall Street Journal, sebuah akhbar Amerika yang di yakini  rakyat Malaysia lebih daripada rakyat Amerika sendiri.  Wall Street Journal dan New York Times bukanlah akhbar pilihan buat rakyat Amerika.

■ Jaguh Dunia Keyboard

Ketika syarikat Penerbangan Malaysia ditimpa musibah, kebanyakan rakyat Malaysia menjadi ‘pakar penerbangan’ dan beranggapan mereka lebih mengetahui daripada pihak berkuasa.

Ketika kematian berlaku dalam festival muzik, mereka berlagak seperti ahli sains pathology dan forensik. Sekarang mereka berlagak seperti pakar perbankan dan ekonomi. Sebenarnya orang Malaysia hanyalah jaguh keyboard (jaguh media sosial). Saya nampak kini puak pembangkang akan menganjurkan himunan jalanan, dan pasti ramai pengamal media sosial akan mudah di pengaruhi.

Sewaktu krisis banjir di Kelantan, mengapa puak pembangkang dan orang ramai tidak  kumpulkan orang yang boleh  membantu secara fisikal? Orang Malaysia nampaknya lebih gemar mengempur jalanan, menjerit-jerit dan buat bising, merosakkan hartabenta bukan milik mereka sambil menyalahkan kerajaan. Itulah orang Malaysia.

Saya selalu mendengar suara-suara menyalahkan pasukan penyelamat dan polis kerana lambat sampai ke tempat kejadian kemalan
gan. Mengapa salahkan mereka apabila anda sendiri tidak mematuhi peraturan jalanraya? Lane kecemasan dipenuhi oleh kereka-kereta  mereka yang terlambat ke majlis makan malam atau ke panggung wayang.

Orang Malaysia telah mendapat jolokan sebagai pemandu yang paling teruk di dunia. Anda tidak boleh mematuhi peraturan jalan yang paling asas dan anda menyalahkan semua orang lain. Apabila pihak polis mengadakan sekatan jalan dan pemeriksaan, anda kata mereka itu pengacau dan pengamal rasuah. Apabila mereka tidak bertindak seperti diatas, anda katakan mereka tidak membuat kerja mereka. Apakah yang anda sebagai orang Malaysia mahu?

Kawasan-kawasan baru yang dipenuhi pelbagai bangunan ‘Concrete jungles’ telah menimbulkan isu persekitaran.

Anda mahu modernisasi dan anda anggap Mahathir sebagai bapa modernisasi Malaysia. Akan tetapi PERKASA suatu ciptaan Mahathir  berterusan mengerakkan sentimen perkauman. Adakah ini modernisasi pada anda? Lebih separuh kekayaan di Malaysia dimiliki bukan orang Malaysia, dan Mahathirlah, jaguh anda, menjadi penyebabnya.

Kontrak kerja saya di negara ini kini hampir tamat. Saya ada pilihan terus bekerja di sini, tetapi ini dengan sukacita saya tolak. Fikiran orang Malaysia terlalu cetek dalam menghadapi sebarang isu. Daripada berbicara menyelesaikan krisis semasa, orang Malaysia biasa  mengenepi sebarang usaha menanganinya sambil berharap penyeselaian akan jadi dengan sendirinya. Teruskan berharap, hai orang Malaysia.

Dengan kadar semasa, Malaysia pasti akan menempah kegagalan dan bukan ahli politik sahaja yang harus dipersalahkan. Sikap rakyat Malaysia juga apa bezanya.
CnP
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 08:19 PM | Show all posts
Patut la jibbun dan semah liat sgt nak resign ... Rupanya dpt duit org derma je dh 2.6 billion...hebat!!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
hzln replied at 3-8-2015 07:43 PM
what do u expect kak?
tindak tanduk mereka sejak minggu lepas hingga semalam sudah bagi clue2 INI ...

Nancy Drew dgn Hardy Boys pun surrender nak buat siasatan di mesia ni... pelik sgt katanya penyiasat pun kena buang...

Hanya JRR Tolkein jer sesuai di mesiaa ni sbb bnyk sgt magic show katanya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 01:18 PM GMT+8 , Processed in 0.107170 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list