CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1934|Reply: 5

Zizan Razak Tetap Ingin Kunci Mulut Soal Perkahwinan

[Copy link]
Post time 4-8-2015 12:58 PM | Show all posts |Read mode
Zizan Razak nampaknya sering kali memberikan kenyataan berbelit-belit mengenai  perkahwinan beliau. Ini sedikit sebanyak telah membuatkan ramai pihak merasa bosan dengan beliau dan menganggap cerita beliau hendak kahwin itu benar wujud ataupun hanya rekaan.

Meskipun sering diasak dengan soalan, Zizan bagaimanapun tetap dengan pendirian beliau yang tidak mahu mendedahkan butir perkahwinan beliau meskipun pada awalnya beliau sendiri yang membuka mulut bakat menamatkan zaman bujangnya bersama seorang gadis daripada Terengganu.
Soal siapa yang akan berkahwin dengan saya sebenarnya saya nak rahsiakan. Buat masa ini biarlah ia menjadi rahsia dan kalau sampai jodoh saya akan beritahu. Ia adalah rahsia saya bersama keluarga dan ia adalah bagi melindung privasi saya. Biarlah wanita itu menjadi tanda tanya sama ada dia wujud atau tidak.
Sebelum ini, seorang gadis bernama Nur Edora Diyana Hashim telah menjadi sebuatan ramai yang beliau bakal menjadi isteri kepada pelawak tesebut. Oleh itu, banyak pihak yang ingin tahu status sebenar hubungan mereka.
Namun, Zizan menegaskan beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan hal perkahwinan dengan wanita berkenaa seperti yang digembar-gemburkan.
Semua yang pernah dilaporkan bukan keluar dari mulut saya, malah gambar wanita yang tersebar itu pun saya tidak pasti mereka ambil dari mana? Perkara ini tidak perlu dirisaukan kerana apabila sampai jodoh nanti sampailah. Saya minta pihak media dan peminat-peminat untuk mendoakan yang terbaik buat saya dan pasangan nanti.
Pengalaman lalu banyak mengajar Zizan untuk tidak terlalu mementingkan rupa paras seseorang, sebaliknya beliau lebih mementingkan keturunan dan agama wanita itu.

Kalau jodoh saya dengan siapa-siapa pun saya terima asalkan mak, ayah dan orang ramai suka dan saya juga suka kerana sudah tentu saya bangun pagi nak tengok muka dia. Namun saya tak nak cari yang Pan Asia lagi dah dan saya anggap setiap wanita cantik memiliki kesempurnaan dan kecantikan semua aspek.
Tidak kisahlah Pan Asia ataupun bukan ia sebenarnya berbalik kepada diri kita sendiri dan bagaimana kita membawa hubungan percintaan itu. Kalau kita bijak mengatur langkah dan menghargai pasangan kita, semuanya akan berjalan dengan lancar dan inshaAllah berkekalan.
Sumber Berita: mStar Online

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2015 01:09 PM | Show all posts
Ashteru ka ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 01:09 PM | Show all posts
Ashteru ka ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Maxim dah buka benang ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 02:01 PM | Show all posts
Ado dah...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 08:37 PM | Show all posts
sesuatu kan
nak kabe cite putus tunang dengan maembong lanih kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:02 AM GMT+8 , Processed in 0.057565 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list