CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nusantara77

Beto Kusyairy Tidak Kejar Populariti, Mahu Sampaikan Teladan Kepada Masyarakat

[Copy link]
Post time 10-8-2015 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
duku replied at 7-8-2015 07:12 PM
Beto ngn lofa cite apa ye?

Janji jujur sepi...
Ako xbrape nak suke cite ni. Sbb lopa kot. Lakonan even org ckp xbrape nak kayu... still kayu kayan juga to me...

Ako minat beto.... paling minat tgk dia dgn saleha..n sh amani.. nice sgt lakonan... n ako penah jumpa dia kat pizza hut ttdi. Masa tu ako buat part time. Sementara tunggu nak dpt keje. 3x jumpa. N he sgt humble. First jumpa dia dtg nak beli pizza for crew... sempat lah borak2 n amik gmbr. Hehehe... mmg kecik aje org nya.
Second time jumpa dia bawa wife dia. Ako serve meja dia. Hehehe siap mntak autograph. Third time dia dtg ako bru masuk shift. Dia tanya bile nak g interview keje lagi?masa nak bayar (ako tgh jaga kaunter sesambil baca buku. Sbb tgk ako mcm kalut dok hafal technical thing) Then ako ckp esok... then dia wish akp good luck...
N esok g interview dpt keje tu. Hehehe kenangan. Autograph n gambar still simpan lagi.

Now dia dah ramai kenal.. ako jadi mcm emmmm... dah famous dah beto... huhu. But still akan tgk cite dia. Cite pendek dia dgn adik anis nabila n anas tu best juga. Xingt ape tajuk cite. Hehehe... beto good luck in everything that u do. Moga dapat anak satu ari nnti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2015 09:19 AM | Show all posts
Aku memang suka lakonan Beto mmg best.. yang terbaru citer Lara Perindu.. mmg tangkap syahdu betul.. menjadi sungguh lakonan Beto..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
oggy replied at 10-8-2015 02:36 AM
Aku suka tengok dia pair dgn Sh. Amani.
Chemistry diorg best.
Ada satu cerita yang dia dgn Amani t ...

Tele time raya ari2 pong sweet gak nokks... x yah ada dialog bagai.. stakat cium rmbut, gesel2 n pegang pinggang... geli wokeyyy... btw beto ni mmg sweet orgnya khenz... syg tol dia dgn wife dia ... moga kekal hingga ke jannah
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2015 04:01 PM | Show all posts
weirdwaniey replied at 7-8-2015 01:33 PM
Beto, bront and zahiril antara pelakon yg muka kureng tapi blakon manthobssss

setuju !!! minat sgt tgk beto ni blakon..bront n zahiril pon best
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Suka tgok lakonan beto dalam ceo.sempoi jer.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 10:29 AM | Show all posts
beto berlakon ada jiwa & lakonan npk natural
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-8-2015 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
beto berlakon mmg best....
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2015 03:13 PM | Show all posts
keenah minat sangat dengan beto ni...beto ni bg keenah muka iras shaheizy sam n cara cakap+tonasi suara macam aziz m osman...kipidap bro...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2015 03:14 PM | Show all posts
1st perasan pasal lakonan beto ni masa drama kasyaf imani...lakonan beto ngan sharifah imani di astro..pas drama tuh terus minat ngan lakonan beto...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2015 03:22 PM | Show all posts
tgk lara perindu tgh mlm raye haritu..bengkak mata nangis tau...
dah lah lagi berapa jam jer nak beraye...
berkesan sungguh..sampai teringat2 dan berulang kali tgk lara perindu..
bakat Beto sgt mengkagumkan..muka pun manis je..



Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2015 11:59 AM | Show all posts
muka beto ni tak hensem pun tp sweet, xjemu mata memandang..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2015 12:15 PM | Show all posts
beto ni mana asal usulnya??
budak teater ke dia???

Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2015 12:20 PM | Show all posts
nuralisa replied at 20-8-2015 12:15 PM
beto ni mana asal usulnya??
budak teater ke dia???

belakang tabir = stunt man, maskot A.L.O.N.G ...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2015 12:52 PM | Show all posts
i love BETO ! hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2015 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun rasa dia hensem..tak tau part mana ensemnya
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2015 01:02 PM | Show all posts
suka sangat dengan beto ! aku suka je laki badan keding macam beto, tak suka sangat yg sado2 ni

suka tengok beto berlakon dalam kasyaf imani & ada sejadah panjang terbentang




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2015 01:11 PM | Show all posts
drama lakonan dia je aku suka tgk.
yg lain hampeh.
lagi2 drama novel
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2015 01:29 PM | Show all posts
tengok dia berlakon cerita Rosli Dhobi. meleleh air idung aku nangis sedu sedan
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2015 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku  Suka lakonan beto. Mula mula dengar suara macam pelik skit.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2015 04:34 PM | Show all posts
Romantik cara Beto KusyairyOleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
Kosmo 23 Ogos















ATAS permukaan kanvas seni, Beto Kusyairy dilihat memenuhi ciri-ciri sebagai hero idaman. Ini bukan soal pesona mahupun wajah yang tampan, namun roh bagi setiap watak yang diberikan kepadanya berjaya diserap dan diterjemahkan sebaik mungkin untuk dijadikan tatapan yang malar segar pada masa depan.
Biar ada yang menganggap pemilik nama sebenar Nurkusyairy Zakuan Osman, 35, itu sekadar diibaratkan sebagai wira yang tidak didendang ekoran jarang disimbahi percikan aura glamor sejak hampir satu dasawarsa mewarnai pentas lakonan, itu bukan alasan buat Beto mendabik dada dan menongkah langit.
"Sebenarnya, saya tidak berhak untuk memperkatakan sesuatu mengenai kualiti lakonan saya. Ini kerana, penonton yang menilai kualiti lakonan, jadi apa yang boleh saya katakan adalah sentiasa memberikan sepenuh komitmen dalam setiap hasil lakonan sejak dahulu.
"Saya bukan berada dalam lapangan ini untuk mengejar populariti dan kehidupan glamor. Sebagai penyampai kisah dan teladan, saya perlu melaksanakan tanggungjawab sehabis baik.
"Justeru, terpulang kepada penilaian penonton dan saya sentiasa menerima kritikan seadanya. Sebagai manusia, saya tidak pernah berhenti untuk belajar meskipun sudah hampir sedekad bergelar pelakon," katanya kepada Sensasi Bintang.
Beto juga memiliki alasannya tersendiri untuk bersikap selektif tatkala memartabatkan namanya sebagai aktor serba boleh.
"Saya cukup memilih dan bukan sekadar main rembat apabila meneliti terlebih dulu setiap karya, skrip, pengarah termasuk dengan siapa saya akan berlakon. Ini adalah karier saya, jadi saya cukup serius dan menitikberatkan perkara-perkara seperti ini.
"Ini periuk nasi saya, jadi saya mahu sumber rezeki saya berkat. Saya juga lebih selesa menyelesaikan sesuatu kerja terlebih dulu sebelum terlibat dalam projek seterusnya sebab tidak suka tekanan, selain mahu mengelak kebarangkalian menjiwai watak yang salah untuk drama atau filem berbeza. Terus-terang, tekanan seperti itu bukan sesuatu yang menyeronokkan, jadi ada baiknya saya menyelesaikan satu persatu," ujarnya mohon dimengerti.
Video eksklusif buat isteri
Kalau sudah namanya hero, nama Beto pastinya terletak pada hierarki yang paling tinggi dalam kotak hati peminat. Jadi, bagaimana agaknya karisma Beto di mata isterinya, Tisha Shahar yang disunting menjadi permaisuri hatinya sejak 1 Februari 2008? Adakah Beto cukup romantis di mata Tisha?
"Soal romantik, ada baiknya tanya isteri saya. Cuma, saya akan berusaha meluangkan masa bersama isteri setelah terlalu sibuk bekerja," katanya tertawa.
Sengaja mengajak lelaki ini terus berbicara mengenai sifat romantis dirinya sebagai seorang suami yang barangkali tidak diketahui ramai orang. Selepas puas tersenyum dan ketawa, ini jawapan akhir Beto.
"Jika lama tidak pulang ke rumah gara-gara terikat dengan set penggambaran yang padat, saya akan membuat satu klip video seperti menyanyi khas buat isteri.
"Video itu hanya untuk dia seorang, orang lain tidak akan tahu langsung mengenai kewujudan video tersebut," ujarnya melirik senyum.
Sisi berbeza dalam hidup
Tutup cerita mengenai soal peribadi. Tatkala menyelongkar sisi berbeza Beto, dia mengakui, berkemungkinan besar menjadi jurulatih seni bela diri ataupun jurufoto sebagai kerjaya jika tidak bergelar aktor sekarang.
"Saya juga tidak menolak kemungkinan menjadi jurulatih selaman kerana cukup suka menyelam selama ini, selain mula berjinak-jinak dengan sukan paragliding dan permotoran.
"Apa yang saya perasan, saya juga lebih suka menghabiskan masa di rumah berbanding dahulu, mungkin kerana faktor usia. Jika keluar pun, sekadar berjalan-jalan bersama isteri," ceritanya lagi.
Ungkap Beto, dia juga sukakan perkara yang lasak dan mencabar kemampuan diri sendiri kerana mahu mencuba sesuatu yang membakar adrenalin dirinya.
"Saya sebenarnya seorang yang pendiam serta mengambil masa untuk mesra dengan seseorang, ia sebagai salah satu cara untuk saya mengenali seseorang bagi mengelakkan tersinggung dan sebagainya.
"Kadangkala, saya juga terlalu mahu menjaga hati orang lain. Biarpun kadang-kadang ada orang mahu mengambil kesempatan dan menyakitkan hati, saya masih mahu menjaga perhubungan itu. Cuma, itu bukan satu masalah besar kerana saya sudah dididik oleh ibu bapa berhubung perkara itu. Jadi, saya lebih selesa memandang sesuatu dengan lebih positif.
"Saya juga tidak terlalu menganalisis dan enggan merancang sesuatu, sebaliknya selesa menyesuaikan diri dengan keadaan," jelasnya yang turut sukakan warna hitam, putih dan merah.
Watak dalam Bravo 5
Kalau nak tahu, filem terbaharu Beto iaitu Bravo 5 arahan M Hitler Zami bakal menjengah pawagam tempatan pada 10 September depan.
"Dalam filem itu, saya diberikan tanggungjawab untuk membawakan watak sebagai Trooper Karim, seorang anak yatim piatu yang kesunyian dan mempunyai masalah disiplin. Dia juga sering memberontak, tetapi tetap terpilih memandangkan dia yang terbaik dalam unit ronda kumpulan kecil (RKK) bagi melaksanakan sesuatu misi mengesan seorang askar Melayu yang ditawan komunis.
"Konflik mula tercetus apabila dia sukar bekerjasama dengan rakan-rakan kerana beranggapan dirinya bagus sedangkan dia tidak sebagus mana. Filem ini berlatarkan situasi yang berlaku sekitar tahun 1980-an," jelasnya lagi.
Menurut Beto, majoriti penggambaran filem itu dilakukan selama hampir 40 hari di Tapah, Perak sekitar lima tahun lepas.
"Saya kurang pasti sebab apa ia lewat ditayangkan, mungkin atas faktor teknikal termasuk pengeditan bagi memastikan ia benar-benar terbaik. Ini kali pertama saya terlibat dalam filem berorientasikan patriotik.
"Sebelum menjalani penggambaran, kesemua pelakon telah dihantar oleh pihak produksi menjalani latihan ketenteraan di Kem Sungai Udang, Melaka. Boleh dikatakan kami telah 'berguru' secara intensif bersama komando (Rejimen Gerak Khas) di sana hampir dua minggu termasuk bagaimana cara untuk mengendalikan senjata, formasi bergerak dalam hutan, selain mengenal pasti sebarang jerangkap samar. Ia  pengalaman sangat berharga.
"Pada mulanya, saya agak cuak apabila menjalani latihan seperti itu, tetapi alhamdulillah, kami menerima layanan yang cukup bagus daripada pihak tentera. Kami dilatih menjalani perkara asas supaya tidak nampak janggal di depan kamera," ujarnya.
Selain Beto dan Remy Ishak sebagai Leftenan Azri, turut berlakon dalam filem berkenaan ialah Sashi Tharan (Koperal Morgan), Xavier Fong (Koperal Ah Chia) dan Frank Peterson sebagai Sarjan Unya.
"Keserasian sesama kami dilihat mula terbentuk sepanjang menjalani latihan bersama-sama di kem tersebut. Saya tidak membuat rujukan secara khusus bagi menjayakan watak ini, cukup sekadar pengetahuan secara umum.
"Pada awalnya, saya terfikir sama ada filem sebegini akan mendapat sambutan ataupun tidak. Cuma, saya tidak akan dapat meraih kepuasan menjayakan watak seperti itu jika berterusan berfikiran sedemikian. Jadi, saya tolak perkara itu ke tepi terlebih dahulu kerana sentiasa percaya sekiranya kita ikhlas melakukan sesuatu, Allah sentiasa tunjukkan jalan," jelasnya.
Getus Beto, hampir 100 peratus aksi lagak ngeri dalam filem ini juga dilakonkan oleh mereka sendiri.
"Pada mulanya, pihak produksi (Karya Prima Production Sdn. Bhd.) mahu menggunakan khidmat pelakon lagak ngeri dalam kalangan komando, namun kami enggan. Cuma, ia masih dipantau pihak komando yang amat menitikberatkan soal keselamatan kami sepanjang penggambaran. Alhamdulillah, segala-galanya berjalan lancar.
"Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan ialah apabila kami berlima turun daripada helikopter Nuri dengan ketinggian 100 meter menggunakan tali. Ini merupakan filem yang paling mencabar buat saya dari segi tuntutan fizikal. Memikul tanggungjawab bagi menjayakan watak seorang komando sememangnya cukup besar kerana kami perlu menjaga imej pihak tentera.
"Dalam unit RKK, setiap anggota juga ada peranan masing-masing yang diketuai oleh leftenan. Antara tugas yang harus digalas setiap anggota termasuk menjaga perhubungan telefon, penembak tepat, jerangkap samar serta marker yang berada di formasi paling depan dalam setiap perjalanan.
"Masing-masing ada tugas dan kisah tersendiri sebelum membentuk sebuah pasukan, jadi saya percaya kekuatan setiap watak seimbang dalam filem ini," ujarnya.
Dalam pada itu, Beto memanjatkan rasa syukur kepada Ilahi apabila mengungguli kategori Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem) menerusi filem Gila Baby pada Anugerah Lawak Warna 2015 kelmarin, Beto turut menyifatkan trofi itu sebagai penghargaan dan membuktikan kemampuannya sebagai pelakon versatil.
"Ini kali pertama saya diiktiraf menerusi cabang komedi. Sebagai dasar seorang pelakon, sudah tentu saya mahu meneroka cabaran dan tidak sekadar terikat dengan watak tertentu," ujarnya.


SEBAGAI penyampai kisah dan teladan, Beto mahu sentiasa jujur dan ikhlas ketika berkarya.


BETO kini lebih selesa melepak di rumah gara-gara faktor usia.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 02:24 AM GMT+8 , Processed in 0.063424 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list