CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8033|Reply: 51

Ayahanda Rani Kulup Warnai 'Super Spontan' Musim Keempat..kipidap!!

[Copy link]
Post time 12-8-2015 09:13 AM | Show all posts |Read mode
Uqasha Senrose & Rani Kulup Warnai 'Super Spontan' Musim Keempat
Uqasha Senrose

PETALING JAYA: Pelakon Uqasha Senrose dipilih antara barisan pemain utama yang akan bersaing di pentas Super Spontan All Stars musim keempat bersama beberapa pelawak lain yang bakal bermula pada 28 Ogos ini.

Ketua Pengisian dan Saluran Komedi Astro, Bob Azrai berkata, pemilihan aktres tersebut adalah berdasarkan prestasi cemerlangnya sebagai tetamu undangan pada program separuh akhir musim lalu.

"Kita akui sukar untuk mencari peserta wanita dan ramai takut untuk menyertainya kerana ia melibatkan permainan secara spontan.

"Bila kami lihat Uqasha mampu untuk bermain dengan baik, kami cuba bertanya sama ada dia ingin terlibat atau tidak. Dia bersetuju untuk cuba bersaing pada musim ini," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui pada sidang media program Super Spontanmusim keempat di Talent Lounge, di sini, Selasa.

Program Super Spontan All Stars bakal bersiaran secara langsung dari Studio Visual Three, Bukit Serdang, dekat sini, pada setiap Jumaat pukul 10 malam.


Artis dan tenaga produksi yang terlibat dalam Super Spontan All Stars


Selain Uqasha, seramai 13 pelawak dan pengacara televisyen lain turut terlibat iaitu Johan, Zizan Razak, Pak Yus, Tauke, Rahim R2, Shahrol Shiro, Ajak Shiro, Along Cham, Achey, Abam, Jihan Musa, Yasmin Hani dan Nana Mahzan.

Sementara itu, Presiden  Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah bakal menjadi tetamu khas pada malam pembukaan program itu.

Rani juga bakal muncul dalam beberapa episod yang bersesuaian bagi memeriahkan program pada musim ini.

"Kita panggil Rani Kulup sebagai tetamu kerana musim ini kita memakai slogan dan semangat dia sebagai nama kumpulan iaitu Kungfu Kipidap dan Silat Dongibab.

"Dia juga akan muncul pada malam pembukaan dan beberapa episod yang istimewa bagi memeriahkan pertandingan itu nanti," ujarnya.

Program yang bakal bersiaran selama 10 minggu ini turut menampilkan Datuk AC Mizal sebagai pengacara, manakala Reza Zainal dan Rashid Salleh sebagai pengurus kumpulan.

Sementara Afdlin Shauki sebagai pengulas dan Amir Raja Lawak menjadi pengulas iringan.

Dalam pada itu, program yang mengekalkan format pemarkahan yang sama iaitu diadili berdasarkan undian khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada penonton dan menerusi laman web rasmi www.superspontan.com.my

Juara Super Spontan All Stars akan membawa pulang hadiah wang tunai RM150,000. Manakala naib juara dan pemenang tempat ketiga akan memenangi RM75,000 dan RM50,000.

Sementara tempat keempat, kelima dan keenam turut membawa pulang RM20,000, RM10,000, dan RM5,000.

Super Spontan All Stars akan bersiaran pada setiap Jumaat, pukul 10 malam secara eksklusif di Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2015 09:16 AM | Show all posts
meluat tgk rani kulup ni.... huh
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2015 09:24 AM | Show all posts
lawak eh uqasha tu?
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2015 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Dj era yg 2 org tu join jgk ke?hurmmm :zz
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2015 09:25 AM | Show all posts
nyampah dj dua ketoi tu..
terselit jugak
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2015 09:38 AM | Show all posts
CHOIIII... dah macam xde org lain dorg ni nk jemput
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-8-2015 09:39 AM | Show all posts
one_aiman replied at 12-8-2015 09:25 AM
Dj era yg 2 org tu join jgk ke?hurmmm :zz

ingatkan jd hos cam season sblm ni

Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2015 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Memangdah tak tengok dah super spontan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2015 09:45 AM | Show all posts
iols paling letih dengan Yasmin Hani. Ko kelakar ke nok? Iols penah twit tapi tak mention pun nama dia, tetiba sheols amuk reply twit iols.

dasar sendu
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2015 10:08 AM | Show all posts
Sapo rani kulup...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2015 10:08 AM | Show all posts
aku sayang ayah
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2015 01:23 PM | Show all posts
ni one shot wonder je kot.
Macam bobo, awek legoland
atau nak lebih sikit macam Usop Wilcha

utk tarikan musim ni saja pasal dia yg tengah orang sebut-sebut.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2015 01:44 PM | Show all posts
Jerambut replied at 12-8-2015 05:23 AM
ni one shot wonder je kot.
Macam bobo, awek legoland
atau nak lebih sikit macam Usop Wilcha

yes i hope so...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2015 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Jerambut replied at 12-8-2015 01:23 PM
ni one shot wonder je kot.
Macam bobo, awek legoland
atau nak lebih sikit macam Usop Wilcha

Ko cakap ni baru aku teringat usop tu.

Siap quit keje nak full time berlakon..what happened now?
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2015 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Hanif dgn ray buat apa? Kta pngacaranya ac mizal?
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2015 01:57 PM | Show all posts
cambest je musim ni...semua pelawak2 yg pecah perut...heheh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2015 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak panggil kan dia buat report polis....
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2015 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
awat tak panggil amran fans sekali? dan barisan admin khk, sultan melaka, sepul nang ke
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2015 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka sgt uqasha dalam super spontan dulu..bagus dia...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2015 05:25 PM | Show all posts
sepahtu takde masuk ke? suhaimi singapore pun tak masuk gak... pada aku, suhaimi tu paling pandai spontan dlm byk2 super spontan ni... paling sedey, along cham tu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 04:08 PM GMT+8 , Processed in 0.238114 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list