CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15887|Reply: 90

Along (Cham) Tegur Azrul Zaidi Agar 'Jaga Mulut'

[Copy link]
Post time 14-8-2015 10:14 AM | Show all posts |Read mode
Edited by freekey at 14-8-2015 10:57 AM
PETALING JAYA: Pelawak Along (Cham) meminta rakan seperjuangannya Azrul Zaidi tidak terus mengeluarkan kenyataan yang menyalahkan dia sebagai punca tiada tawaran dengan mana-mana majlis atau program televisyen.



Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 32, berkata, perkara itu hanya akan menimbulkan persepsi negatif masyarakat biarpun dakwaan yang dibuat Azrul itu tidak tepat.

"Dia selalu keluarkan kenyataan terkilan dan merajuk dengan saya dan mempertikaikan kenapa saya buat sesuatu job itu dengan orang lain? Dia sepatutnya tahu sesebuah undangan itu dibuat oleh penganjur.

"Kadang-kala saya ambil tawaran menjadi pengacara majlis atas kapasiti bayaran harga 'kawan-kawan' dan tiada bayaran. Itu pun dia pertikaikan. Sampaikan saya masuk MIG dulu pun dia tidak puas hati.

"Saya hairan kenapa dia berbuat demikian sedangkan job dia lebih banyak dan saya tidak pernah pertikaikan," katanya kepada mStar Online.

Along diminta mengulas tentang hubungannya dengan Azrul yang renggang apabila Azrul dikatakan pernah mendedahkan berasa terkilan terhadap Along kerana tidak dipanggil terlibat dalam beberapa program televisyen.


Azrul
Kumpulan Cham yang dianggotai oleh Along dan Azrul menduduki tempat kedua dalam program realiti Raja Lawak musim kedua pada 2008.

Sementara itu, Along menjelaskan hubungan mereka dingin sejak berakhirnya pertandingan Raja Lawak akibat beberapa salah faham yang tidak diselesaikan.

Kataya, situasi tersebut berlanjutan sehingga ke hari ini apabila Azrul sering menyuarakan rasa tidak puas hati tanpa bersemuka dengannya.

"Hubungun kami memang sudah lama dingin dan kami tidak berhubung sejak tahun 2009 kerana ada beberapa salah faham. Saya pun tidak tahu apa sebenarnya punca ia terjadi. Apa yang sampai ke telinga dia lain dan sampai kepada saya lain pula.

"Saya ada cuba untuk berbaik, namun entah kenapa sampai sekarang gagal," ujarnya.

Dalam pada itu, Along berkata, dia menjelaskan perkara ini berikutan tidak mahu orang ramai salah faham yang boleh menjejaskan reputasinya pada mata masyarakat.

Kata Along mereka masing-masing sudah dewasa dan boleh memikirkan apa yang terbaik untuk keluarga.

"Saya berdiam diri selama ini kerana saya tidak mahu panjangkan cerita dan orang akan gelakkan sahaja. Periuk nasi pun boleh terjejas.

"Cukuplah saya katakan pada dia bahawa apa yang saya ada sekarang adalah cukup untuk dapur saya berasap sahaja tidak mewah seperti yang dia sangkakan," ujarnya.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2015 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Dua-dua pun sendu dik
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 11:00 AM | Show all posts
kes dengki la ni ye
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Azrul mengacara lagi bagus kot dari Along berlakon.  
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Dua2 pelawak sampah.
Cuma suka tgk azrul buat parody jah. Along tu mmg annoying, tergedik2 ja lebih. Ada beza badut & pelawak. Dia mmg badut.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Along over tp dua2 mmg sendu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-8-2015 11:08 AM | Show all posts
pelawak dh byk. cham bukan
nama besar. bergerak je la solo. xpayah nk pertikai sapa pndai cri jon dia la dpt lebih
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 11:09 AM | Show all posts
azrul dulu dj suria fm, sekarang ada je tgk muka dia dekat parody dengan go-shop. celah mana nya takde job tah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2015 11:14 AM | Show all posts
huduhnya along dengan rambut begitu dalam pic di atas
sekian
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Along Cham popular sampai masuk ABPBH....sbb tu byk tawaran berlakon. Hosting plak rasanya sambil2 je.

Tp azrul zaidi tu byk job dgn astro...wlupun sendu. Mungkin dia kerja bagus..disiplin.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 11:18 AM | Show all posts
lantak kome la. tup2 pusing jumpa jugak nanti
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa dia banyak job dia tarak bunyi pulak..dulu dia selalu dapat tawaran belakon..dia lagi dulu me rasa me nampak belakon drama. Skrg ni along baru jer nak mula up dapat job..btw sbb letak gambar baru kenal si azrul ni.dah lupa dia ni cham ngan along....
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Goshop kan ado. Nape dia takde kat meletop dah?
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 11:29 AM | Show all posts
kurang minat ngan Along sebab rasa macam over
sikit2 buat lawak David Teo ngan suara budak2 dia
tak pernah nak tengok ada identiti sendiri

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 11:32 AM | Show all posts
Dua dua lemau.busuk hati tak abis.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 11:36 AM | Show all posts
iolss lagi minat dgn Azrul, ada identiti tersendiri. yang Along tu macam Dato' Jamali Shadat wannabe je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2015 11:37 AM | Show all posts
aku pernah la terdengan sinar pagi masa along cham jadi dj dgn cik pia n krill...
ya rabbi...mcm hampeh gila si along ni...
boring yg amat, dgn tone suara mcm org baru bangun tido, acuh tak acuh je dia cakap...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 11:45 AM | Show all posts
aku rs along ni lg byk job dr azrul..
aku lupa yg dorg ni 1 grup dulu...
aku ske gk azrul....pelik gk jarang dia kuar tv...
along mmg byk la pilem dia ngn MIG...
rezeki memasing x yah nk dipertikaikan
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
tolongla azrul ko bkn pndai melawak pon..lawak bodoh jaa..pernahlah tgk ko belakon dlm drama ahmad albob beberapa tahun dlu..sedeyy
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
mommymonster82 replied at 14-8-2015 11:19 AM
Masa dia banyak job dia tarak bunyi pulak..dulu dia selalu dapat tawaran belakon..dia lagi dulu me r ...

Tu la pasal kan..saya pun dh lupa azrul n along ni dr cham..hehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 03:24 PM GMT+8 , Processed in 0.077485 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list