CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2872|Reply: 20

[Tempatan] Jika tidak ubah system politik, PM baharu akan buat scandal baharu.

[Copy link]
Post time 15-8-2015 08:36 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 15-8-2015 08:37 AM

Chin berkata, Bersih 4 akan menjadi himpunan yang aman dan merupakan "undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri serta sistem politik Malaysia." - Foto arkib TRP/ Daniel Chan


PETALING JAYA, 15 Ogos:
Bersih 2.0 bukan sahaja menentang Perdana Menteri, tetapi juga sistem politik yang wujud ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri dari 1981 hingga 2003 yang menyebabkan berlakunya kegiatan rasuah.
Pengerusi kumpulan reformasi pilihan raya itu, Maria Chin Abdullah menggesa penyokongnya mengingati skandal-skandal seperti Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang berjumlah RM12 bilion dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

PKFZ bermula sebagai projek usaha sama antara Pihak Berkuasa Pelabuhan Klang dengan promoter Zon Perdagangan Bebas Jebel Ali pada 1999, untuk menarik kemasukan pelaburan asing dan memperkenalkan pelabuhan-pelabuhan utama di Malaysia.
PKFZ kemudiannya menjadi tumpuan, disebabkan kos pembinaan yang melambung tinggi, daripada tidak lebih RM4.6 bilion kepada lebih RM10 bilion.
Berhubung perhimpunan Bersih 4 yang bakal diadakan pada hujung bulan ini, Chin berkata, pertukaran Perdana Menteri tidak akan menyelesaikan masalah.

“Jika kita tidak mengubah sistem politik, Perdana Menteri baru akan buat skandal-skandal barunya sendiri,” katanya pada majlis pelancaran Bersih 4 di Dewan Sivik Petaling Jaya, malam semalam.

Chin mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa protes terbaru itu bukan bertujuan menggulingkan kerajaan melalui keganasan atau paksaan.
Bersih 4, tegasnya, akan menjadi himpunan aman selama 34 jam, mulai 29 Ogos hingga 30 Ogos ini dan merupakan “undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri serta sistem politik Malaysia.”
Jelasnya, Bersih 4 bukan sahaja menuntut Perdana Menteri dan kerajaan yang bersih, tetapi juga satu sistem politik yang akan memaksa semua Perdana Menteri dan kerajaan menjadi bersih.

Menurutnya, tidak kira siapa pengganti Najib, sama ada bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Timbalan Perdana Menteri baru, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, 1MDB dan PKFZ akan “diganti dengan skandal-skandal baru.”
“Perdana Menteri dan menteri-menteri tidak menjadi korup hanya kerana sifat tamak.
“Pemimpin negara menjadi korup, apabila keputusan pilihan raya boleh ditentukan terlebih dahulu dan membolehkan mereka tidak takut dengan kemarahan rakyat.

“Pemimpin negara menjadi korup, apabila mereka boleh melumpuh atau melemahkan fungsi check-and-balance Parlimen, Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan agensi-agensi lain,” katanya.
Beliau mendakwa, kegiatan rasuah berleluasa, apabila rakyat terlalu takut untuk membantah, kerana gerun kepada Seksyen 124B Kanun Keseksaan, Akta Hasutan, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas), Akta Komunikasi dan Multimedia serta keganasan polis.





Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/08/15/jika-tidak-ubah-sistem-politik-pm-baru-akan-buat-skandal-baru/#ixzz3iq6CCNsi

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2015 08:49 AM | Show all posts
good luck lah ketika berdemo, tak meriah dah tanpa PAS....
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2015 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Bersih sejak 1.0 punya agenda memang agak berjaya akak lihat, kerajaan dengar juga tuntutan mereka, kalau jibby x mau turun, atleast politician lain akan beri tekanan setelah lihat sambutan rakyat terhadap Bersih
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2015 09:44 AM | Show all posts
emm...... meluat ngan penyokong2 PR  ..... harap PAS bertegas dengan semua hal jika melibatkan puak2 PR .  lebh kurang sama jer ngan kata2 TGHH tapi kita lihatlah apa yang d belitkan kata2 TGHH  oleh puak2 PR?  samalah pemimpin2 ngan penyokong2 nya  .   
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2015 09:47 AM | Show all posts
Dari pemimpin2 hingga ke penyokong2 PR memang tak boleh dipercayai .... PAS perlu sentiasa berhati2 dengan mereka2 ini .
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2015 09:48 AM | Show all posts
Kunun-kunun SUME ORANG KOTOR, dia je yang bersih.
Apasal tak nampak kekotoran Lim Guan Eng di Peneng............????
Kalau nak cuci bersih, cucilah sume, bukan jah mangkok tandas
yang penuh Najis.........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-8-2015 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
ni perhimpunan ala arab spring mcm set2 taliban isis yahudi tu ka?
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2015 09:54 AM | Show all posts
kelakar tgk makcik2 pprt bangsat mengomen ..org cuba nak ubah sistem yg pincang..dia duk perlekeh.maknanya dlm hati tu masih terselit kehitaman sokong kebatilan yg berleluasa.bertuahla ko najibb  oiiiiii.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2015 10:39 AM | Show all posts
patern rakyat odoh, duduk dan kutuk
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2015 10:43 AM | Show all posts
Perjuangan mesti BERSIH, bukan untuk membersihkan hanya
satu pihak yang tak disokong jah.
Nak BERSIH kena betol-betol BERSIH, baru dapat sokongan 100%
Jadi, mula-mula kena BERSIHKAN niat nak BERSIH.
Sapa yang nak diBERSIHKAN.............
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2015 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sabbath_shalom at 15-8-2015 11:39 AM

Setuju...bukan ubah kerajaan...ubah sistem....hapuskan creative redistricting...wujudkan semula council election.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2015 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku wlupun xsapot najib n his crooks, tak hadap nak sokong bersih.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2015 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sabbath_shalom at 15-8-2015 11:45 AM
belilies replied at 15-8-2015 11:26 AM
Aku wlupun xsapot najib n his crooks, tak hadap nak sokong bersih.


Aku dulu sokong Bersih...lepas Mahathir kata kita ada Parlimen...aku nak tengok sejauh mana parlimen tu berfungsi...

Aku dah tak kesah pasal Malaysia...sebab kita ada parlimen...kita ada Agong yg ada kepala otak...kalau Malaysia nak korup sehancur2nya aku x kesah yg penting aku pergi mengundi walaupun aku tahu undi aku tu kecil krn mngundi dlm populasi yg besar akibat creative redistricting.

Jadi org kampung pendalaman ceruk ulu lagi best...undi diorg lg power sebab populasi kecil tapi boleh beri kesan kepada jumlah kerusi.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2015 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sabbath_shalom at 15-8-2015 11:48 AM
alesandra replied at 15-8-2015 09:54 AM
kelakar tgk makcik2 pprt bangsat mengomen ..org cuba nak ubah sistem yg pincang..dia duk perlekeh.ma ...


Aku malas dh nak kecoh dgn makcik2 yg rasa sistem kat malaysia ni perfect....

Biarkan saja Malaysia ni....org yg kata kita ada saluran parlimen tak perlu demo pd satu ketika dulu pon dah menghoyan suruh demo...karma???
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2015 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by belilies at 15-8-2015 08:12 PM
sabbath_shalom replied at 15-8-2015 11:43 AM
Aku dulu sokong Bersih...lepas Mahathir kata kita ada Parlimen...aku nak tengok sejauh mana parl ...


Que sera sera kata lagu omputeh.

Tp aku nak bgto... Sedey ngan sistem skrg ni. Demi nak tarik undi bagi gula gula. Aku xsaja2 dngar org len kata org kpg kena bg duit lps undi. Aku pnah join sambut taib kat epot sbb ada pitis. Nenek aku pnah kata rumah biru bagi dia duit lepas ngundi. Klu ikut kata org len, ni org kpg akan undi mana sapa yg bg transpot free ke tempat ngundi.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2015 09:35 PM | Show all posts
Apa madam ni cakap  check and balance? dalam westminster system? come on la......no need to have a political science degree meh to know that check and balance in westminster system is pure bulls.
Montesquieu must be turning in his grave right now dengar diorang ni punye gebang pasal check & balance hahahaha

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2015 04:20 AM | Show all posts
i doubt bersih, selepas tokoh seperti ambiga dikaitkan dan diseret kita ke geneva untuk human rights review dan di mana NGO NGO islam termasuk Nasha  Mat isa pun ada ikuti dan kemudian setahun kemudian terliat untuk buat kertas kerja.

i rasa no way.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2015 04:21 AM | Show all posts
NAT_11 replied at 15-8-2015 09:48 AM
Kunun-kunun SUME ORANG KOTOR, dia je yang bersih.
Apasal tak nampak kekotoran Lim Guan Eng di Penen ...

bersih ni i kaitkan dengan geneva , comango dan kesan dari itu.

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2015 06:31 AM From the mobile phone | Show all posts
NAT_11 replied at 15-8-2015 10:43 AM
Perjuangan mesti BERSIH, bukan untuk membersihkan hanya
satu pihak yang tak disokong jah.
Nak BERS ...


Nat nak ke wujud pm macam najib lagi pada masa depan??bila disiasat..pecat n tangkap orang yang menyiasat..pm too powerful..at least kembalikan semula kuasa agung n majlis raja raja..kembalikan pdrm sprm atm mahkamah dan lain lain bawah majlis raja raja..so hanya majlis raja raja yang boleh lantik n pecat orang orang penting macam hakim, peguam negara dan lain lain..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2015 07:24 AM | Show all posts
ResellerMaxis posted on 16-8-2015 06:31 AM
Nat nak ke wujud pm macam najib lagi pada masa depan??bila disiasat..pecat n tangkap orang yang  ...

Bab ni aku setuju dengan ko,
And paling bagus, kalau ada skandel melibatkan PM, elok
beliau letak jawatan. Biar orang siasat, kalau everything is
fine, baru dia duduk balik kerusi yang ditinggalkannya. Kalau
dia tak letak jawatan, waima penyiasat dari FBI pun, takkan
telus.  Tengok macam sekarang, pecat, pecat,pecat bila tukang
siasat dah mula nak bentang kes lepas tu buat pengumuman,
PM bersih sebersih air Sunegei Gombak............
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:38 PM GMT+8 , Processed in 0.116052 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list