CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11440|Reply: 91

Ego husband sangat tinggi

[Copy link]
Post time 21-8-2015 08:45 AM | Show all posts |Read mode
Edited by NEC8532 at 21-8-2015 08:51 AM

Assalamualaikum semua

Selama ni saya tahan hati saya untuk post kat sini, tapi sejak dua menjak ni hati rasa runtun sangat. Saya intro dulu.

Saya baru berkahwin tak sampai setahun dengan suami yg sekarang berumur 30+ tahun, sekarang saya tengah preggy trimester pertama. Masalah saya yang paling buatkan saya selalu menangis ialah suami saya tak bekerja dari start kami kahwin. Saya selalu bertanya bila nak kerja, jawapan dia 'sekarang tengah kerja la ni, freelance..' Setiap pagi saya terkilan sebab saya bangun bersiap pergi kerja setiap hari, suami masih berdengkur di katil. Disebabkan suami tak kerja jugak, kami terpaksa menumpang rumah keluarga mertua. Saya pernah suruh dia kerja yang senang, macam kerja kat jusco ke, sekurang-kurangnya ada la fixed income setiap bulan. Pun dia acuh tak acuh je.

Beberapa hari lepas saya mintak belikan barang makanan, dia kata 'awak yang nak makan, awak bayar la'. Saya paksa dia bayar, saya kata saya makan untuk saya dan baby dia, in the end dia mengungkit. Saya sakit hati, saya bayar balik semua yang dia dah bayar and guess what, dia ambik semua duit tu.

Saya tahu saya bekerja, tapi tanggungjawab dia bukan lepas macam tu je kan? Dia kata dia dah bagi saya tempat tinggal (which is rumah mertua), bagi saya makanan (dia bagi mak dia duit bulan2 untuk beli barang basah and masak), pakaian semua cukup (yang semua saya beli sendiri). Kereta saya semua saya bayar sendiri including minyak. Suami tak ada kereta, cuma ada kereta lama parents dia. Pernah bawak kereta tu jalan jauh, tapi overheat. Lepas kejadian tu kami banyak pakai kereta saya. Semua saya yang tanggung. Minyak, tol (kadang2 ada la dia guna touch and go dia), maintenance. Saya pernah cuba untuk mintak duit untuk isi minyak, saja nak test dia akan bagi atau tidak. Memang dia tak bagi, katanya tu bukan nafkah yang dia kena bagi. Yang asas semua dia dah bagi.

Kami selalu bergaduh. 2 minggu lepas agaknya dia sakit hati sangat, dia sepak kaki saya sampai lebam. Siap offer pelempang lagi. Kalau saya menangis, dia dah tak pujuk. Dulu masa bercinta dan baru kahwin memang dia pujuk. Sekarang, dia biarkan je.

Saya call mak saya and mengadu, sebab dah tak tahan. Mak saya kata ego husband ni tinggi sangat. Parents saya jauh. Kalau ikutkan hati, memang sekarang jugak dah balik naik flight.

Saya just nak meluahkan apa yang terbuku. Saya rasa diri ni bodoh sangat sebab tak stand up for myself. Masalahnya kalau saya cakap, kami mesti bergaduh, dia akan tinggi suara, and saya akan menangis lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2015 08:57 AM | Show all posts
kenduri kawin ko tanggung semua ke? termasuk mas kawin?
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 09:07 AM | Show all posts
kesiannyer...
FIL ko tak ckp pape ker? nasihatkan anak die ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2015 09:08 AM | Show all posts
awanbiru0101 replied at 21-8-2015 08:57 AM
kenduri kawin ko tanggung semua ke? termasuk mas kawin?

kenduri kahwin saya bayar guna wang hantaran. dapat la majlis simple and beli perabot untuk bilik kami di kampung. mas kahwin suami bayar. kenduri belah suami tak buat langsung.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2015 09:10 AM | Show all posts
khailya replied at 21-8-2015 09:07 AM
kesiannyer...
FIL ko tak ckp pape ker? nasihatkan anak die ke?

tak pernah pulak saya dengar fil saya nasihat. mungkin masa saya tak ada, diorang privately discuss kot. saya pun tak tahu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 09:16 AM | Show all posts
duit hantaran tu duit ko juga ke? atau 50-50? atau duit mak pak dia?

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-8-2015 09:38 AM | Show all posts
awanbiru0101 replied at 21-8-2015 09:16 AM
duit hantaran tu duit ko juga ke? atau 50-50? atau duit mak pak dia?

ada duit saya jugak. tapi memang takde pakai duit parents.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 09:45 AM | Show all posts
soalan.. dia memang tak bekerja sejak kalian kenal atau berhenti kerja sehari lepas kawin?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2015 09:51 AM | Show all posts
sedih dgn cerita ini dik,

pertama sekali, masa bercinta pun dia x kerja ka?

kalau dh smpai tendang2, pukui2... mmg masalah besar ni, tambah plak kamu baru memulakan kehidupan suami istri, kalau x leh cara keras, buat cara lembut dan halus...

cuba2 la baca ayat2 n hembus dlm air minum dia, selain berdoa kepada allah, dia saja mampu mengubah hati manusia..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2015 09:58 AM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 21-8-2015 09:45 AM
soalan.. dia memang tak bekerja sejak kalian kenal atau berhenti kerja sehari lepas kawin?

dia dah berhenti kerja beberapa bulan sebelum kahwin. masa tu saya dah tanya mak ayah saya, and diorang kata takpe insyaallah rezeki murah lepas kahwin. silap saya jugak kan, sebab tak make sure dia bekerja dulu sebelum kawin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2015 10:01 AM | Show all posts
manehnya replied at 21-8-2015 09:51 AM
sedih dgn cerita ini dik,

pertama sekali, masa bercinta pun dia x kerja ka?

dia berhenti kerja beberapa bulan sebelum kahwin.. yang part tendang tu, sekali tu je la dia buat tapi memang terkesan kat hati saya sampai sekarang.

insyaallah, saya akan buat. memang saya sentiasa doakan yang terbaik untuk kami.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 10:03 AM | Show all posts
NEC8532 replied at 21-8-2015 09:58 AM
dia dah berhenti kerja beberapa bulan sebelum kahwin. masa tu saya dah tanya mak ayah saya, and di ...

dah jadi dah pun.. nak menyesal pun dah lambat..
kalau awak rasa tak tahan sangat, why dont awak mengadu ke pejabat agama..
mintak pergi kaunseling and mintak pejabat agama nasihatkan suami tentang tanggungjawab beliau..
kalau beliau masih berdegil, awak fikir la dalam-dalam..
nak bertahan atau nak cari bahagia sendiri..
lagi satu, tiap kali dia sakiti awak, pergi hospital mintak doktor tulis report..
kemudian pergi balai buat report terhadap suami awak..
itu untuk mengajar beliau supaya jangan senang-senang pukul pompuan..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 10:12 AM | Show all posts
biawak sgt laki ko ni dik...
skrg yg dia kata free lance tu dia keja apa...
dia ada kelulusan apa..
dah biasa sgt hidup goyang telur je...
lagi pulak adik yg amik alih segala tanggungjawab...
makin lemak berkrim la dia..
klu dah mula pukul tu lagi la...
x mustahil dia buat lagi...
lepas ni xyah bagi dia naik keta tu..
suh jln kaki je...
duit minyak xnak kuar...
kedekut taik idong masin...
eh.. over sgt akak kutuk laki ko ni dik...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 10:12 AM | Show all posts
Ewww..teruknya laki ang...ada anak sok mcm mana? So? Nak stay lg ka ngn jantan mcm tu? Plis la jd bijak sikit..asik redhaaa ja pastu bukak tred
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 10:14 AM | Show all posts
perkara dah berlakukan, sekarang TT berdoa je ye... saya pon doakan TT juga...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2015 10:16 AM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 21-8-2015 10:03 AM
dah jadi dah pun.. nak menyesal pun dah lambat..
kalau awak rasa tak tahan sangat, why dont awak  ...

thanks for your advice, saya akan ingat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-8-2015 10:22 AM | Show all posts
Edited by NEC8532 at 21-8-2015 10:24 AM
botolmineral replied at 21-8-2015 10:12 AM
biawak sgt laki ko ni dik...
skrg yg dia kata free lance tu dia keja apa...
dia ada kelulusan apa. ...

saya pun kutuk laki saya sendiri kak

saya tau memang dia naik lemak, sampai ke tua dah beranak pinak ke dia nak menempel dengan mak bapak dia? rumah free takyah bayar bill, setakat bagi contribution je kat mak bapak (walhal benda tu memang kena bagi).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2015 10:25 AM | Show all posts
alieyrina replied at 21-8-2015 10:12 AM
Ewww..teruknya laki ang...ada anak sok mcm mana? So? Nak stay lg ka ngn jantan mcm tu? Plis la jd bi ...

saya bukak thread sebab nak meluahkan perasaan. saya boleh independent, insyaallah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 10:28 AM | Show all posts
Apa lagi angkat kaki balik kampung TT merajuk pulak... memang nasihat ni salah tapi tu jer utk bagi dia akal... macam mak aku buat... disebabkan deraan mental yang bapak aku bagi.. penyudah nya baru nak sedar

Its sounds cruel tapi perlu utk kebaikan....
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 10:36 AM | Show all posts
Takotla wei. Aku ada anak pompuan. Isok aku harap anak aku bertemu la jogoh yg baik2. Aku xsampai hat tgk anak aku disakiti oleh lelaki yg xguna.
Penat aku kandung n lahir dia tp kalau dia dpt laki tara guna gini aku pon xtau la mcm mana nak hadapi. Kalau suami aku masih hisup boleh la jugak aku suh lak aku bg pemapaq bazuka kat laki sebegini tp kalau suami aku dah xda kelak aku nk buat mcm mana tah keputusan utk anak aku isok.

Hissss apa aku mengarut ni. Maaf OT pulops.

TT, mak TT xsedih ke nakkk? Melihat TT diperlakukan sebegitu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:59 PM GMT+8 , Processed in 0.237593 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list