CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34483|Reply: 186

[Tempatan] Lepat dan janji-janji Aishah Jane

 Close [Copy link]
Post time 24-8-2015 12:08 PM | Show all posts |Read mode
Lepat dan janji-janji Aishah Jane

Nadia Azam      Hari ini, 11:59 am      Hari ini, 12:01 pm
http://www.malaysiakini.com/news/309647



Selepas sekian lama dilupakan beberapa keping gambar agak baru wanita Inggeris yang pernah tinggal di Pulau Pinang Aishah Jane Brummit, memang mengejutkan jika pembaca mengikuti kisahnya sejak akhir 1990-an dulu.

Jane pernah menjadi isteri Lepat - atau nama sebenarnya Ismail Ariffin - dan terlibat dalam pertikaian merebut hak penjagaan anak tunggal mereka, Sunni Sazali.

Ketika perbicaraan berlangsung, Jane menggunakan hujah agama untuk meyakinkan hakim dan bekas suaminya digambarkan sebagai lelaki berpegang kepada "ajaran sesat".

Namun Jane hari ini dilihat tidak lagi mendukung imej Muslimah yang sering dipamerkannya semasa kesnya sedang berlangsung di Mahkamah Syariah Pulau Pinang pada 1997.

Berdasarkan gambar-gambar yang di laman sosial, tersebar gambar-gambar Aishah dalam majlis keraian, termasuk berpakaian seksi.

Ia dilihat berbeza sama sekali dengan penampilannya bertudung ketika menghadiri perbicaraan mahkamah lebih 15 tahun lalu.

Ditanya mengenai isu itu, Lepat jelas kecewa.

“Dengan imej dulu, dia berjanji atas nama Islam, tetapi kemudian menukar nama anak saya kepada Sunni Brummit.

“Saya nak Malaysia faham, jangan tengok zahir saja kenyataan itu.

“Orang boleh tipu Islam macam itu saja,” kata Lepat dalam temubual dengan Malaysiakini.

Sunni dilahirkan di Malaysia, tetapi selepas perkahwinan pasangan itu mulai retak, Jane membawa anaknya pulang ke England.

Selepas lima bulan Jane dan Sunni di England, Lepat berjaya mengambil dan membawa kanak-kanak itu semula ke Malaysia.

Sebulan kemudiannya Jane datang ke Pulau Pinang dan memfailkan kes tuntutan hak penjagaan di Mahkamah Syariah Pulau Pinang.

Mahkamah memutuskan hak penjagaan sementara diberikan kepada Lepat, tetapi dengan syarat beliau perlu membawa Sunni ke perkarangan balai polis Lebuh Pantai di George Town setiap Sabtu agar Jane boleh melawat anaknya.

Bagaimanapun, Lepat tidak dibenarkan berada di perkarangan balai polis berkenaan semasa Jane melawat Sunni.

Ia memang dikhuatiri Lepat kerana Jane pernah melarikan Sunni.

Akhirnya perkara yang amat ditakuti Lepat benar-benar terjadi, dan sekali lagi, Jane melarikan anaknya itu semasa sesi lawatan di perkarangan Balai Polis Lebuh Pantai.

Sunni diseludup keluar Malaysia tanpa pasport dan akhirya tiba di England.

Lepat berkata, selepas kejadian anaknya dilarikan kali kedua pada 1997, hidup dan kesihatannya terjejas kesan daripada gangguan emosi tidak stabil serta trauma.

Malahan, lebih dikesalinya, laporan media mengenai isu itu dianggapnya tidak seimbang dan lebih menjejaskan dirinya.

“Selepas Sunni berjaya dilarikan, saya mengalami tekanan hebat pada ketika itu kerana tiada saluran sosial media yang bebas untuk membela nasib saya," katanya.

Lepat mendakwa, pihak yang melaporkan kes berkenaan "takut menceritakan kebenaran".

Dan dengan mengambil jalan pintas, katanya, mereka menuduhnya mengamalkan ajaran sesat.

“Mereka hanya mewawancara sebelah pihak dan membiarkan kenyataan tidak mengapa anak saya dibawa ke sana kerana bapanya seorang yang teruk.

“Biarlah rambut ini seperti orang gila tidak ada agama, tetapi dalam diri saya ada Islam,” katanya.

Seakan menambah lagi luka di dadanya, semua pihak hanya berdiam diri mengenai kehilangan anaknya. Hal itu membuatkan Lepat berasa amat teraniaya.

“Saya bukan hilang surat beranak tetapi hilang anak dalam hak jagaan pihak berkuasa,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2015 12:10 PM | Show all posts
dah dah la tu lepat oii...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 12:12 PM | Show all posts
tapi nak salahkan jane macam mn. lepat cakap je lebih pasai agama. tgk rambut pon mcm 40 thn xmndi wajib
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepat ni sape??
Yg pelukis komik ke??
Sori mmg xtahu.ada ternampak buku tulisan dia.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 12:14 PM | Show all posts
I guess orang yang ada dan sayang anak je yang paham hati lepat... walaupun dah ada 2 orang anak lain, dia tetap tak lupakan sunni.. anak2 dia yang lain pun diajar untuk ingat pada abang derang (ni yang aku tengok kt vid anak2 dia lah)

All the best la lepat. Moga dapat berjumpa dgn sunni satu masa nanti and be a happy family again dengan Aminah dan Azali yang comel gile tu...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 12:17 PM | Show all posts
mujur dia namakan anak dengan sunni bukan Shia Lebeouf
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-8-2015 12:19 PM | Show all posts
ni kan anak die...

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kau aku dpt laki rambut 10 tahun xbasuh..busuk..nk bjimak pn xselera.

Cite buku pasal ketuhanan..makrifat bagai.rambut busuk xpenah basuh sah ke solat?
Basic agama kot solat ni atau kau ni special kes terus2 blh skip solat?

UAI dh cakap..rambut tahi mcm tu haram dn mnyerupai rmbut satu bngsa kafir.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2015 12:20 PM | Show all posts
Kittie tak tahu pun pasal kisah2 lama Lepat nih, ye la time Kittie kecik sgt lagi masa tuh. Tp Kittie suka tgk video anak2 Lepat yg dgn kakak Jerman tuh, Aminah & Azli tuh. Baru Kittie tahu Lepat pernah kawen dgn org lain sebelum kawen dgn mak Aminah & Azli.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 12:29 PM | Show all posts
yg dalam gambar tu sapa lepat ker... ubi ke pisang hahaha

Soalan yang sama gak aku tanya cam ada forumer tu tanya

Lepat ni kartunis tu ker..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak2 lepat tu comey n cerdik. Apa yg lepat ajar depa salu praktikkkan cumaaa aku tak berkenan lsg dgn lepat ni. Cepat sentap, suka cakap ikot mulut dia ja n rasa dia je betul. Org tego sikit, punyalah sentap sampai dok sindir2 org
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 12:31 PM | Show all posts
lazim replied at 24-8-2015 12:12 PM
tapi nak salahkan jane macam mn. lepat cakap je lebih pasai agama. tgk rambut pon mcm 40 thn xmndi w ...

dia dah menopos, jadi segala air dah tak kuar kecuali air kencing je...so x yah mandi wajib
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 12:32 PM | Show all posts
lazim replied at 24-8-2015 04:12 AM
tapi nak salahkan jane macam mn. lepat cakap je lebih pasai agama. tgk rambut pon mcm 40 thn xmndi w ...

iols pun rasa rambut dreadlock ni macam busuk jah.  ye tak?
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 12:33 PM | Show all posts
mn pic ex dia tuh
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepat pisang sedap lama x mkn
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 12:37 PM | Show all posts
by the way, sekarang ni kan zaman FB, twitter, IG bagai..
ko contact je la Sunni pakai medium-medium nih Lepat..
Hopefully, Sunni akan still ingat kau as his father..
Toksah la nak kenang benda-benda yang dah lepas..
Doakan Sunni masih lagi Islam, atau kembali pada Islam..
Tu je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2015 12:41 PM | Show all posts
baik sunni tu duk je kat UK sana tuh
blk malaysia pun kang hidup ko melarat mcm bapak ko si lepat tu
dulu2 kisah depa ni ada masuk mjlh mastika (nmpk benau aku dah kertu)
yg aku ingat, si aisyah ni mmg kata kalo lepat mengamuk, dia jerit2 mcm org sakai gila
aisyah bawak lari sunni ni melalui bukit kayu hitam - bangkok - UK
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 01:07 PM | Show all posts
ni bukan lepat kartunis la. ni mamu penang yg kawen dgn org putih. berebut anak. lepat asyik ckp ex dia x amalkn islam nnt anak dia murtad. yg ex bini dia plk ckp lepat fitnah dia sdgkn dia ttp islam walopon dh tggalkn bumi malaysia.

yg lagi haru lepat ni mcm ada ajaran x kena blh plk ckp takyah semayang sbb dh capai level2 makrifat apa jadah tah
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 01:07 PM | Show all posts
krustykrab replied at 24-8-2015 12:31 PM
dia dah menopos, jadi segala air dah tak kuar kecuali air kencing je...so x yah mandi wajib

abes yg ank kecik2 cute2 tu  klr dri air kencing je ke
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 01:08 PM | Show all posts
kan anak dia ada join program menari2 omputeh tu. tgk fb ada ja drg follow memasing
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.563815 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list