View: 63871|Reply: 220
|
Selebriti-selebriti yang meninggal di Usia Muda..yang akhir sgt mengejutkan....
[Copy link]
|
|
Edited by zaraaqilah at 25-8-2015 10:51 AM
Berikut adalah selebriti-selibriti yang meninggal di usia muda....
Al-Fatihah pd mereka yang telah pergi...
1. Izwan Pilus
2. Bob Kuman
3. Acik Spin
4. Din Beramboi
5. Faizal Yusof
6. Yanie Mentor
7. Along Spoon
Boleh tambah lg...
Asyik nak gossip jer..haruslah ada citer sikit hal-hal berkaitan kematian....supaya kita pon insaf dan berfikir sejenak, kita pula bila....
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by susukambingbest at 25-8-2015 10:42 AM
Allahyarham hani mohsen, izi yahya, shamrin fotograf : kategori muda ke ni
mjoriti yg mninggl muda....dsbbkn sakit jntung kn |
|
|
|
|
|
|
|
Ape yg mngejutkan? Mmg satu Msia da tau ... Btw its Along Spoon bkn Acik |
|
|
|
|
|
|
|
Aku terbaca bob lokman tadi. Astaghfirullahalazim |
|
|
|
|
|
|
|
teruk beno tt ni... ada nama2 yg salah... xcited bukak benang... |
|
|
|
|
|
|
|
..
Azwan Pilus
Bob Lokman
Acik Spin
Yanie mentor
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Adoi..byknya salah nama...& ada yg bukan muda belia lg semasa meninggal
Apa2 pon Al fatihah utk mereka semua |
|
|
|
|
|
|
|
Yer.... Along Spoon n Yanie Mentor..sorry...ampunnn |
|
|
|
|
|
|
|
yatie mentor?? acik spoon?? |
|
|
|
|
|
|
|
so bukak thread, list down org dah meninggal, tepek gambo sekeping dua..
tujuan nk bg keinsafan?bole terangkan sket? |
|
|
|
|
|
|
|
KISAH IZWAN PILUS
Dunia hiburan pada Jumaat telah dikejutkan dengan kematian penyanyi popular Izwan Pilus, akibat jangkitan kuman dalam darah dan jangkitan kencing tikus yang serius.
Izwan, 32, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Ampang dekat sini beberapa jam selepas dimasukkan ke wad.
Pengurusnya, Shaiful Shazwan yang dihubungi mStar Online di sini mengesahkan berita sedih ini.
Katanya, Izwan meninggal dunia kira-kira pukul 6.15 petang.
Allahyarham yang popular dengan lagu Kembali Senyum telah dimasukkan ke hospital tersebut pada kira-kira pukul 12.30 tengah malam Jumaat selepas mengadu sesak nafas dan keadaannya semakin kritikal menjelang petang.
"Allahyarham sempat bercakap dengan saya pagi tadi (Jumaat) dan dia kata dia sihat. Tidak sangka pula lain yang berlaku. Saya amat sedih," kata Shaiful lagi.
Jenazah Allahyarham dijangka dibawa pulang ke kampungnya di Jalan Taman Nyalas 2, Taman Nyalas Permai, Jasin, Melaka untuk dikebumikan pada pukul 11 pagi Sabtu.
Pada awal Disember lalu, Allahyarham bersama adiknya, penyanyi Aril yang merupakan finalis Akademi Fantasia 7, pernah dimasukkan ke Hospital Pusrawi dekat sini akibat demam panas yang berpanjangan.
Anak kedua daripada empat adik-beradik ini bagaimanapun dibenarkan keluar dari hospital sebelum sakit semula sejak dua minggu lalu. -mstar |
|
|
|
|
|
|
|
KISAH BOB KUMAN
Pelakon dan pelawak Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi, 40, meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 11 di sini, pada 3.5. 2012, 4.38 petang tadi.
Jururawat peribadi Allahyarham Mohd Farid Hamzah berkata, dia menerima panggilan daripada isteri arwah, Normah pada 3.50 petang memberitahu bahawa Bob tidak sedarkan diri selepas beberapa kali cuba dikejutkan.
"Saya bergegas ke rumah selepas melihat keadaannya saya segera mendapatkan bantuan hospital dan pemeriksaan paramedik kemudiannya mengesahkan Bob sudah pun meninggal dunia,” katanya.
Menurutnya, sebelum itu Bob kelihatan tidak bermaya dan hanya mampu baring serta beberapa kali rebah.
Difahamkan Bob sebelum ini pernah mendapatkan rawatan di Hospital Tawakal kerana sakit jantung, darah tinggi dan paru-paru berair serta mengalami masalah obesiti.
KISAH ACIK SPIN
Dua minggu selepas kehilangan Din Beramboi, Acik Spin (Abdillah Murad Md Shari) pula terlibat dengan kemalangan jalanraya di KM 14 Lebuhraya Kajang Seremban dengan kereta Toyota Estima yang di pandu oleh sahabatnya terbabas. Allahyarham neninggal dalam usia 28 tahun pada 17hb April 2010.
|
|
|
|
|
|
|
|
berapa kali nk bukak thread gini tah.. udah2 ler |
|
|
|
|
|
|
|
KISAH YANIE MENTOR
KOTA KINABALU: Jenazah pemenang tempat ketiga musim pertama rancangan realiti Mentor terbitan TV3, Sitti Surianie Jul Karim atau lebih dikenali sebagai Yanie, 25, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas, di sini, kira-kira jam 11.30 pagi semalam.
Suami Allahyarham, Irfin Abdul Manan, 30, ketika ditemui Berita Harian selepas majlis pengebumian berkata, Yanie menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.30 pagi semalam di Hospital Keningau, berikutan ketumbuhan dalam paru-paru yang dihidapi sejak November lalu.
“Penyakitnya bertambah kronik sejak dua bulan lalu dan kerap menerima rawatan di Hospital Keningau. “Yanie meninggal di pangkuan saya. Anak kami, Iris Sofia, yang baru berusia dua tahun turut berada di sisi,” katanya semalam.
Irfin yang bertugas di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Sabah di sini berkata, isterinya sempat berpesan beberapa hari lalu supaya anak tunggal mereka dijaga dengan penuh kasih sayang. Malah, katanya, Allahyarham tidak putus-putus mengingatkan Iris Sofia diberi didikan sempurna supaya menjadi insan berguna. “Insya-Allah, akan saya tunaikan wasiatnya itu. Saya terima ketentuan Ilahi kerana sudah tiba masanya untuk kami berpisah di dunia,” katanya.
Hadir sama ibu bapa Allahyarham, Jul Karim Maring, 49, dan Seriah Osman, 43, serta mentuanya, Abdul Manan Mohd Noor, 57, dan Manisah Abdullah, 52. Bagaimanapun, Iris Sofia tidak kelihatan di tanah perkuburan. Bacaan talkin disempurnakan Penolong Imam Masyid Kariah Kampung Sembulan, Kota Kinabalu, Mahmud Sana.
Allahyarham adalah anak sulung daripada lima beradik, menyertai Mentor pada 2005, selaku protege Ning Baizura. Yanie mendirikan rumah tangga dengan Irfin pada 23 November 2007
|
|
|
|
|
|
|
|
Xpayah la siarkan gambar arwah yg x sempurna tutup auratnye tu.. kesian die nnti.. buang la gambar tu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|