TAIPEI - TAIWAN. Seorang budak lelaki secara tidak sengaja merosakkan lukisan yang berharga AS$1.5 juta (RM6.3 juta) dalam sebuah pameran di sini.
Insiden yang dirakam melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kanak-kanak tersebut tidak dapat mengimbangi badannya ketika sedang berjalan melalui lukisan minyak abad ke-20 oleh Paola Porpora yang bertajuk 'Flowers' sehingga menyebabkan lukisan tersebut berlubang.
Memetik laporan Focus Taiwan, Andrea Rossi yang bertanggungjawab mengendalikan pameran tersebut berkata, dia pada mulanya agak terkejut dengan insiden tersebut namun tidak menyalahkan budak lelaki itu malah keluarganya juga tidak perlu untuk membayar ganti rugi kerosakan.
Sebaliknya, penganjur akan meminta syarikat insurans menampung kos untuk memulihkan lukisan tersebut.
Andrea kini berusaha untuk membaik pulih kerosakan sebelum menghantar kembali lukisan tersebut ke ke Itali.
Lukisan tersebut dipamerkan di 'The Face of Leonardo, Images of a Genius' Leonardo da Vincci di Huashan 1914 Creative Park, Ahad lalu.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
hahahah...geli ati plk aku baca brita ni...mesti biru pucat muka budak tu masa tgk gambo tu berlubang...mujur ko xjadi mcm mr bean g repair sendiri gambo tu