CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22773|Reply: 116

Edisi Retis Baru Nak Up : Janna Nick semakin meningkat naik!

[Copy link]
Post time 28-8-2015 04:48 PM | Show all posts |Read mode

Janna terpaksa serius


Pelakon baru yang makin dikenali, Janna Nick, 20, tidak pernah sekali-kali lupa diri malah jauh sekali hendak bersikap sombong dengan orang sekeliling.

Biarpun kini ada yang menganggap namanya kian meniti di bibir peminat selepas drama bersiri lakonannya, Syurga Nur mendapat sambutan, hakikatnya, kata Janna, dia masih seperti dulu. Malah dia akui masih banyak yang perlu dipelajari dalam seni lakonan.

Janna yang dikenali dengan perangai gila-gila dan peramah dengan semua orang, terkejut apabila dikatakan mula bersikap sombong dan berlagak dengan kru produksi serta pelakon terbabit dengannya.

Dalam nada kesal, Janna akui tidak tahu dari mana isu itu boleh timbul. Katanya, dia tidak mampu menutup mulut orang bagi berkata apa saja yang mereka tidak suka mengenai dirinya.

“Mungkin apa yang berlaku adalah salah faham. Sejujurnya, sejak mula aktif berlakon saya menjadi lebih fokus setiap kali berada di lokasi penggambaran.

“Apabila berehat, saya akan ramah seperti biasa. Berbeza sebelum ini saya lebih banyak bergelak ketawa dengan kru dan pelakon lain. Mungkin apa yang berlaku tidak saya sengajakan,” katanya mengulas mengenai ruangan Cik Pang, minggu lalu.

Janna akui, pada awal berlakon dia banyak diberi watak komedi dan bagi mendapatkan mood lawak itu, dia sering bergelak ketawa dengan semua orang.

“Baru-baru ini saja saya diberikan watak serius dan drama bersiri Syurga Nur adalah watak pertama saya menjadi seorang yang serius. Apabila memegang watak serius, pastinya saya perlu lebih fokus bagi mendapatkan mood serius.

“Apabila perkara itu terjadi, orang mula salah faham dan menuduh saya sombong dan enggan bercakap dengan orang lain. Sedangkan saya rasa masih ramah seperti dulu,” katanya.

Kata Janna, andai ada yang terasa keadaan seperti itu, dia akan berusaha memperbaiki dirinya. Sebagai manusia, Janna akui dia tidak mampu memuaskan hati semua orang dan akan berusaha memperbaikinya jika melakukan kesalahan.

“Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak yang cuba mencari kesalahan saya kerana sedar pada saat nama sedang naik ada saja cara manusia lakukan untuk menjatuhkan saya.

“Saya juga tidak tahu apa niat sebenar orang yang menyebarkan cerita dan bagaimana cerita ini boleh timbul. Rasa kelakar pun ada. Apa yang saya boleh katakan, kenapa baru sekarang isu seperti ini ditimbulkan. Kenapa tidak dari awal saya mula berlakon. Adakah kerana dulu saya tidak popular?

“Kadangkala rasa pelik juga, isu begini timbul pada saat orang s mula kenal saya seolah-olah mereka yang mengadakan cerita sebegini sengaja ingin merosakkan reputasi kerjaya seni saya.

“Apa pun, saya tidak akan melatah kerana yakin saya masih sama seperti dulu. Mereka yang kenal saya tahu saya masih peramah dan gila-gila.

“Mungkin juga orang menyebarkan cerita itu ada rasa kecil hati dengan sikap saya yang mula serius berbanding dulu. Apa yang berlaku bukan niat saya untuk mengecilkan hati mana-mana pihak.

“Diharap mereka faham penjelasan saya. Setakat ini saya masih bertegur sapa dengan semua kru dan pelakon terbabit. Malah saya sangat rapat dengan mana-mana kru produksi yang saya sertai,” katanya.

Janna bersyukur namanya semakin dikenali selepas drama Syurga Nur disiarkan. Katanya, dia tidak menyangka peluang diberikan Sheila Rusly menjayakan drama itu memberi ruang untuknya lebih dikenali.

Malah wataknya yang serius dalam drama berkenaan benar-benar mengkagumkan peminat kerana selama ini dia lebih terdedah dengan watak komedi.

“Walaupun ada yang lebih suka saya dengan watak komedi, mereka juga gembira kerana saya boleh bawa watak serius.

“Mereka tidak sangka saya boleh membawa watak serius. Sebelum ini hampir semua drama saya lakonkan watak komedi.

“Saya berharap akan terus diberi peluang berlakon watak serius sekurang-kurangnya penonton mempunyai pilihan untuk menyaksikan lakonan saya.

“Bukan tidak selesa dengan watak komedi tetapi saya mahu keluar daripada zon itu dan perlu melakukan sesuatu yang berlainan daripada biasa yang saya lakukan,” katanya.

Kata Janna, dia kini sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri 13 episod, Kau Aku Kita berganding dengan Syarul Ridzuan.

Janna juga gembira berpeluang menyertai program jelajah bas#dramabus bertemu peminat di utara tanah air, minggu lalu.

Drama Syurga Nur bersiaran menerusi slot Akasia, TV3 sejak 1 Julai lalu, berakhir Selasa lalu dan digantikan drama baru, Mencintaimu bermula Rabu lalu
.



Sumber : hmetro.com.my

p/s up retis baru nak naik!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2015 04:50 PM | Show all posts
comeiiii...
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2015 04:54 PM | Show all posts
pakai tudung laaaagi comey..cantik2 tudung dia dlm syurga nur
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2015 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
gossip2 kekwat, sombong, xlayan peminat dikalangan retis ni biasanya betul
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2015 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku ingt dia dh brtudung..start suka dr sori jofoh siro1
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2015 05:00 PM | Show all posts
ellejo replied at 28-8-2015 04:56 PM
gossip2 kekwat, sombong, xlayan peminat dikalangan retis ni biasanya betul

Kaann..ayols pecaya jah..yg puji memuji kata baik pun ayols pecaya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-8-2015 05:01 PM | Show all posts
sappa ni ....
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2015 05:02 PM | Show all posts
harap janna akan ngorat SR, hahahhahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2015 05:03 PM | Show all posts
lor..nama dia janna nick ker?..suka jugak tgk dia berlakon..lg2 dalam jodoh 1..serius sengal gila watak dia dlm cerita tue..
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2015 05:04 PM | Show all posts
dia berlakon so far nampak ok..sweet
tapi hope betul2 pertaruhkan bakat la kan.........
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2015 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
dia nih islam eh ke ye?sori sbb nama dia cam lain skit.
pestime tgk dia berlakon jd cikgu sengal n gedik berlakon ngn mawar rashid kt astro ceria. cerita puasa oh puasa
masa tu igtkn dia nih cainis ke apa sbb muka tak nmpk melayu sgt dah tu nama dia pun ade nick pulak huhu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2015 05:13 PM | Show all posts
jam dia sme lah ng  kite
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2015 05:15 PM | Show all posts

pelakon tv3suku syurga nur tu. . ak tak berkenan cite tu. .
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2015 05:18 PM | Show all posts
Meols dah tgk dah ulangan jodoh s1. Kelakor dia ni blakon, ala sengal2 ubi. Dalam syurga nur lakonan mantoppp

Anak emas sheila rusly ni. Nnt dah glemer jangan lupa jasa org yg dah menaikkan nama awak jd femes eh
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2015 05:19 PM | Show all posts
ooo...lagi comei bertudung
bukan sbb bertudung tu comei
tp,..siyess...dia bertudung lagi comei

paham dok...???...hahaha

*x layan syurga Nur... masa puasa dulu je tgok...sbb nak dgr azan...lepas azan, x tgok dah...
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2015 05:25 PM | Show all posts
bertudung lg comel
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2015 05:27 PM | Show all posts
nononcrux replied at 28-8-2015 05:15 PM
pelakon tv3suku syurga nur tu. . ak tak berkenan cite tu. .

aku tgk masa kejadian dia kecik2 kena dera, sgt2 sedih tawww....lps tu asik nk bercinta je trus aku tutup

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2015 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Yup, better bertudung sis. Lagi terserlah inner beauty sheols
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2015 05:36 PM | Show all posts
Suchi replied at 28-8-2015 05:07 PM
dia nih islam eh ke ye?sori sbb nama dia cam lain skit.
pestime tgk dia berlakon jd cikgu sengal n  ...

dia islam tapi bukan melayu

dia siam mix cina dan pakistan

tapi yg pelik camna boleh masuk mrsm

nama janna nick tu nama samaran je rasanya

tapi nama bunyi macam nama jenna rink watak dari filem 13 going 30 je

dia peminat filem tu agaknya




Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2015 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Berganda better lg dia dari Mia Kayu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:43 AM GMT+8 , Processed in 0.466060 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list