|
Edited by FanTasyCreaTioN at 31-8-2015 08:06 PM
UPDATE
Four Soldiers Killed As Military Truck Rams Tree
Sibu: Empat anggota tentera maut dan 13 anggota lagi cedera apabila trak yang mereka naiki terbabas dan merempuh pokok di bahu jalan di Kilometer (KM) 9, Jalan Tunku Abdul Rahman di sini, malam tadi.
Dua daripada mereka yang maut di tempat kejadian dikenali sebagai prebet Wan Farhan Wan Azizan yang berasal dari Perlis dan prebet Ismail Borhan dari Perak.
Kedua-duanya yang berusia 23 tahun dilapor baru berkhidmat di sini, awal Julai lalu, kata sumber polis.
Dua lagi yang maut di wad kecemasan Hospital Sibu ialah prebet Freedleeboy George, 27, dari Sabah dan prebet Mohd Radzi Abdul Razak, 23, dari Perlis.
Anggota yang cedera parah ialah prebet Mohd Azizi Abdullah, Surickson Dolblx Benjamin dan Mohd Taqiuddin Hasli
sementara yang cedera ringan prebet Abu Huzaifah Che Mohd Rozi, Nuriman Abdul Samad, Barie Saprie Aziz, Hazrin Midin, Azzery Andaun, Azman Osman, Saiful Madli, Habibain Julsali, Zaidil Faisa Zahari serta Sarjan Usin Samada.
Sumber itu berkata, pemandu trak berkenaan yang berpangkat Lans Koperal tidak cedera.
Kejadian berlaku kira-kira 8.30 malam ketika trak tersebut yang membawa peralatan tentera sedang dalam perjalanan dari arah Kanowit menuju Rejimen 510 Askar Wataniah di Kem Sri Rejang, Jalan Kampung Nangka di sini.
Trak tersebut dilapor hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan sebelum merempuh pokok di bahu jalan.
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Mohd Kamal Kordi berkata, mayat mangsa kini ditempatkan di Hospital Sibu untuk dibedah siasat.
Pihak polis telah menjalankan siasatan dan mengambil kenyataan daripada pemandu tersebut yang kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis, katanya.
Bernama
******************************************************************
Belum ada berita rasmi setakat ni.
Kes Kemalangan yang melibatkan truck askar di Batu 6 Sibu. (30/08/15)
Diberitakan melibatkan 18 orang. Dua mati di tempat kejadian yang lainnya masih dalam rawatan.
Salam takziah kepada ahli keluarga mangsa yang terkorban.
Laporan Awal Kes Kemalangan Jalanraya Kenderaan Tentera/ Awam melibatkan Anggota Tentera
a. 30 2030H Ogos 2015
b. Rej 510 AW
c. Pemandu 1163596 LKpl Jimo al Bah Jan Gad
d. Status Bujang/Umur 25 Tahun.
e. Kemalangan Berlaku Semasa Dlm Tugas Pergerakan dr Kanowit ke Sibu.
f. Track 3 Ton Mercedes ZB 1323
g. Kemalangan Tidak Melibatkan Kenderaan lain.
h. Penumpang 18 x anggota. (1 x sjn, 1 x kpl, 16 x Perajurit Muda)
i. Lokasi: Batu 6, Jalan Oya, Sibu Sarawak.
j. Kenderaan terbabas semasa mengelakkan dari bertembung dgn Hilux dan melanggar dahan pokok.
Faktor Kejadian
(1) Punca Kemalangan - Kenderaan terbabas melanggar dahan pokok.
(2) Keadaan Lokasi- Jalan Biasa dan Lurus
(3) Keadan Cuaca - Baik tidak hujan.
l. 2 x Perajurit Muda meninggal, 9 x pbt cedera.
Meninggal
(1) X
(2) X
Kerosakan kenderaan. Kenderaan rosak teruk bumbung dan bhgn kanopi.
n. Tempat Rawatan: Hospital Sibu
o. Tarikh Tamat Lesen Memandu Pemandu - 3 Apr 2016
p. Pengalaman Memandu - 7 Tahun.
t. Laporan lain akan menyusul.
Credit : Avatar's Nakata
Credit gambar : Geng SJ
Credit Berita : KMS dan Kmk Org Cbo
UPDATE :
masih belum ada berita dari media rasmi
dapat info ni :
Mior Fizry 2 orang yang maut tersebut adalah anak perlis!! Sahabat karib sy..Ya Allah!!
17 · 5 hrs
Abu Bakar Ahmad Orang negeri aku Kpg mana
3 hrs
Hasina Abdul Hamid tmn rpa beseri paya
2 hrs
Milla Shukor Salah sorg anak buah adik. G kursus skali.. Nanny Adam
Just now
|
|