View: 4176|Reply: 19
|
Asfan Shah Ditumbuk Oleh Adik Iparnya Iaitu Pelakon Bil Azali
[Copy link]
|
|
Anda masih kenal dengan penyanyi Asfan Shah yang mula-mula terkenal denga lagu Terhenti Disini? Walaupun agak lama kita tidak mendengar lagu beliau yang betul-betul melekat di hati kita, baru-baru ini namanya menjadi berita hangat selepas didakwa telah dipukul oleh adik iparnya iaitu aktor Bil Azali.
Asfan menerusi portal mStar Online mengesahkan perkara tersebut dan menjelaskan kejadian itu berlaku ketika beliau sedang menunggu isterinya, kakak kepada Bil pulang bercuti dari Peracis di KLIA.
Benar, saya dipukul ketika menunggu isteri di balai ketibaan KLIA. Bagaimanapun saya tidak boleh mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu kerana ia terlalu peribadi untuk saya kongsikan.
Buat masa ini Asfan masih belum membuat sebarang keputusan untuk melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.
Bil yang mula dikenali menerusi drama Cinta Jangan Pergi didakwa telah menumbuk Asfan di bahagian muka dan badan beberapa kali. Menurut beberapa sumber, ia berpunca daripada rasa tidak puas hati Bil terhadap Asfan yang dikatakan tidak dapat menjaga hati isterinya dengan baik.
Saya tidak pasti nak buat laporan polis atau tidak. Tengok dahulu situasinya bagaimana. Biar saya selesaikan beberapa urusan penting dahulu.
Pada pendapat kami, tiada orang yang akan tiba-tiba mengamuk dan menumbuk seseorang itu di khalayak ramai jika tiada sebarang perkara serius yang terjadi. Apa-apapun harapnya Asfan akan menjelaskan perkara itu dengan lebih lanjut bila beliau sudah bersedia nanti.
Sumber Berita: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Sendu sangat nih..tak kenal aku sapa korang nih! |
|
|
|
|
|
|
|
saper berdua ni???? x kenal pun |
|
|
|
|
|
|
|
Ada baca pagi tadi dalam Mstar. Tunggu berita lanjut lah nampaknya |
|
|
|
|
|
|
|
Harammm aku kenal sapa depa ni..
dah mula berjangkit dah aksi tumbuk menumbuk ni |
|
|
|
|
|
|
|
Tadi terbaca kat fb beautifulnara ada pengomen kuar ayat "bangkai mana blh simpan lama2" . Mungkin si pengomen sedara mara dgn Asfan or Bill ni kot.
Actually, Asfan tu i pernah dgr nama dia, si Bill tu langsung x kenal. |
|
|
|
|
|
|
|
search dulu TT oiii
dah ada thread ni |
|
|
|
|
|
|
|
Kutip kacang seketui.. |
|
|
|
|
|
|
|
tt ni dgn duplicate thread berpisah tiada, tau bukak benang je
|
|
|
|
|
|
|
|
tak kenal...dan tacang +1 |
|
|
|
|
|
|
|
masalah keluarga sampai ke public |
|
|
|
|
|
|
|
Hareee x kenal..+1 |
|
|
|
|
|
|
|
tt buka la lg thread byk2..i sukeww sgt taw.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|