CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2604|Reply: 9

[Tempatan] Hobi bela kucing dan ayam sebagai terapi rawat sakit

[Copy link]
Post time 1-9-2015 03:42 PM | Show all posts |Read mode
Hobi terapi rawat sakit


Roslan dibantu isteri, Zainun bersama sebahagian 20 ekor kucing peliharaannya.


Alor Gajah: Pelakon veteren Roslan Salleh, 58, menganggap hobi membela kucing dan menternak ayam kampung umpama terapi bagi merawat dirinya yang menghidap penyakit kencing manis, tekanan darah rendah dan batuk kering.

Selain itu, Roslan yang dibantu isteri, Zainun Majid, 52, turut mengusahakan tanah miliknya seluas 1.5 hektar untuk bercucuk tanam sekali gus menjana pendapatan selepas dia terpaksa berehat sejak tiga tahun lalu berikutan masalah kesihatan dihadapinya.

Roslan berkata, dia dan isteri membela 20 kucing tempatan yang pada asalnya dibuang oleh pemilik asal di rumahnya selain kucing terbiar dipungut dari tepi jalan atau pasar awam.

“Melayan gelagat kucing yang manja dan mahu dibelai menjadikan saya lupa seketika mengenai kesakitan yang melanda sehingga saya sanggup bina kandang untuk keselesaan haiwan itu. Selain itu, kucing juga haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Rantau Panjang, Masjid Tanah, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 September 2015 @ 9:45 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/74420
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2015 03:52 PM | Show all posts
perasan jgn pokcik ni makin kurus. takpa la pokcik, ada tucen dgn ayam,blh tlg pokcik wat terapi.

semoga pokcik cpt sembuh.jgn stress ye pokcik
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2015 03:57 PM | Show all posts
xde anak ke....?
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2015 04:10 PM | Show all posts
sihat2 blaka tengok tucen dalam gambo tu..
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2015 04:17 PM | Show all posts
patut le pkcik ni lma xde kat TV.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2015 04:20 PM | Show all posts
Pintu Taubat.....

Suko aku tgk cite nih.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-9-2015 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
die berlakon jadk ape ngan aman graseka tu.best gak.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2015 04:26 PM | Show all posts
semoga dia tabah menghadapi semua itu............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2015 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
kucing mmg diakui boleh mengurangkan stress..
tp klau dia berak merata2 boleh jd stress lak
tp bagusnya haiwan yg kita bela akn mndoakn tuannya..smg kesihatan pakcik bertambah baik ye
suke tgk manusia yg sygkn haiwa
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2015 04:50 PM | Show all posts
bela kucing ada best and ada tak best. mana lah ada makhluk yang perfect. even bela anak manusia pon ada cabarannya. if we can take the bad with the good, then we'll be alright.

aku dah tersangkut dengan bela kucing. start daripada kesian lah. tapi bila dah lama ada kucing ni.. i realised that each cat is different. the more we get to know them, the more interesting they become. kalau ada orang mintak sekor daripada aku at this point, mmg aku takkan boleh nak bagi yang mana2 pun, sbb each is special.

mak aku bela ayam n angsa - ntah, aku tak berapa kenal perangai ayam.

ayah aku bela lembu - aku tak tau apa2.. cuma kadang2 drive gi kilang angkutkan dedak untuk makanan tambahan.

Pakcik lan.. all the best yea
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:12 AM GMT+8 , Processed in 0.058263 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list