CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1354|Reply: 6

Kontrak Sosial dan Perlembagaan Malaysia

[Copy link]
Post time 1-9-2015 06:10 PM | Show all posts |Read mode
Edited by uniq61 at 1-9-2015 06:12 PM

Kontrak Sosial dan Perlembagaan Malaysia
Hari ni saya cuma nak kongsikan sedikit tentang apa yang saya tahu. Semua yang akan saya catatkan disini adalah mengikut pemahaman saya, jadi sekiranya ada yang tidak betul pada pandangan anda, anda berhak untuk memberitahu saya. Tetapi sila gunakan bahasa yang sesuai ya. Jika tidak, saya akan padamkan saja komen tersebut.. Hehehehe..

Kontrak Sosial

Ini adalah perjanjian, lebih sesuai dikatakan sefahaman yang dipersetujui bersama antara tiga kaum utama di Tanah Melayu sewaktu usaha menuntut kemerdekaan daripada British. Tiga kaum tersebut adalah Melayu, Cina dan India.

Seperti yang kita tahu, Melayu memang telah berada di Tanah Melayu sejak berzaman lamanya. Saya tidak mahu membincangkan tentang sejarah, bukti-bukti kewujudan Melayu.. But hey, that’s why this place was named Tanah Melayu..
Sewaktu orang Melayu menuntut kemerdekaan daripada British, British telah mengarahkan supaya orang Melayu menerima orang Cina dan India (yang dibawa masuk oleh British) sebagai rakyat dengan hak yang sama di Tanah Melayu. Sudah tentu sajalah orang Melayu ketika itu tidak bersetuju.. Oleh kerana tidak bersetuju, British enggan memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu..

Adakalanya kita kena bertolak ansur.. Kemerdekaan adalah perkara terpenting pada masa itu.. Oleh itu, demi mendapatkan kemerdekaan untuk Tanah Melayu, orang Melayu bersetuju menyerahkan hak kerakyatan Tanah Melayu secara bersyarat.
Disitulah datangnya Kontrak Sosial ini.. 5 hak orang Melayu, tetapi orang Melayu bersedia berkongsi satu hak tersebut dengan orang Cina dan India..

5 hak orang Melayu itu adalah:
1. Raja berpelembagaan
2. Agama Islam
3. Bahasa Melayu
4. Hak istimewa orang Melayu
5. Kerakyatan

Kerakyatan Secara Jus Soli

Dan daripada 5 itu, orang Melayu kongsikan yang ke-5 dengan orang China dan India, iaitu
1. Kerakyatan diberi secara prinsip Jus Soli kepada orang China dan India yang tinggal di Tanah Melayu sebelum tahun 1957 dan kepada orang Cina dan India yang lahir di Tanah Melayu selepas tahun 1957.
Sebab itulah, bila akhir-akhir ada beberapa kumpulan yang cuba menuntut supaya hak istimewa orang Melayu dihapuskan, maka mereka kena ingat bahawa apabila mereka berbicara tentang hak istimewa orang Melayu, itu bermakna secara tidak langsung mereka sedang berbicara tentang kerakyatan mereka. Kerana semua 5 perkara di atas datang secara pakej. Pakej 5 dalam 1.

Kaitan Dengan Perlembagaan Malaysia
Dan perlembagaan Malaysia digubal berasaskan kepada kontrak sosial yang 5 itu. Sebab itulah juga, seandainya kita bercakap tentang menghapuskan hak istimewa orang Melayu, bermakna kita juga kena menukar Perlembagaan Malaysia. Kerana hak istimewa orang Melayu adalah salah satu asas yang membentuk Perlembagaan Malaysia.

Semasa kontrak sosial ini dibincangkan antara Melayu, Cina dan India sebelum merdeka, British telah menawarkan kepada orang Cina dan India – sekiranya mereka tidak bersetuju untuk menerima syarat yang ditetapkan ini, British memberi mereka 2 pilihan:

1. Pulang ke negara asal mereka
2. Berpindah ke negara-negara Asia di bawah jajahan takluk British
Pada masa itulah, beratus ribu (mungkin berjuta?) orang Cina dan India keluar dari Tanah Melayu kerana mereka tidak percaya orang Melayu mampu mentadbir Tanah Melayu secara bersendirian. Maksudnya mereka lebih percayakan British.

Tapi itu tak apa kan.. Jadinya, orang Cina dan India yang mendapat kerakyatan pada hari ini, nenek moyang mereka telah bersetuju dengan kontrak sosial tersebut. Kecualilah jika sebenarnya nenek moyang mereka adalah pendatang secara haram.. Hehehe.. Jika nenek moyang mereka tinggal sebelum merdeka, pasti mereka lebih arif dengan hal ini..
Baiklah, itulah serba sedikit yang saya faham tentang Kontrak Sosial ini..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2015 11:47 AM | Show all posts
pegang lah hak istimewa wk org sampai lah mati
mundur x nk usaha, kaki goyang2 x nk kerja...
anak korang dah mula jadi pencuri, perompak, pelacur....
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2015 10:17 AM | Show all posts
DontStupid replied at 2-9-2015 11:47 AM
pegang lah hak istimewa wk org sampai lah mati
mundur x nk usaha, kaki goyang2 x nk kerja...
anak  ...

berusahalah merampas hak istimewa itu sampai mati.
berfikiran sempit, nampak pada buruk sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2015 10:39 AM | Show all posts
Emperor95 replied at 5-9-2015 10:17 AM
berusahalah merampas hak istimewa itu sampai mati.
berfikiran sempit, nampak pada buruk sahaja.{: ...

saya x kisah hak istimewa itu,
hak istimewa tu buat melayu mundur, malas, oku, wk suka silakan.

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2015 10:51 AM | Show all posts
DontStupid replied at 5-9-2015 10:39 AM
saya x kisah hak istimewa itu,
hak istimewa tu buat melayu mundur, malas, oku, wk suka silakan.
...

kalau tidak kisah janganlah menyerang hak istimewa itu kerana akan ada yang menglindunginya.
Semua yang awak katakan itu adalah kelemahan yang wujud dalam segelintir rakyat Malaysia (semua bangsa). Ianya adalah kelemahan individu.
Bukan puncanya disebabkan hak istimewa itu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2015 11:45 AM | Show all posts
Edited by DontStupid at 5-9-2015 11:46 AM
Emperor95 replied at 5-9-2015 10:51 AM
kalau tidak kisah janganlah menyerang hak istimewa itu kerana akan ada yang menglindunginya.
Semu ...


saya xnk hak istimewa,
tapi hak istimewa tu kayakan org indon
dan bebankan rakyat malaysia

dan hak istimewa malayu mengikut rancangan patut dihapuskan pada 15 thn lepas merdeka.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-9-2015 09:41 PM | Show all posts
kesianya melayu asyik pentingkan "hak istimewa"
adakah melayu x boleh hidup tanpa "hak istimewa"
Ramai kami org melayu masih hidup dgn berfikiran sempit

Mcm mana lagi hidup melayu???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:56 PM GMT+8 , Processed in 0.061780 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list