CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 960|Reply: 0

BERSIH 4 Tidak Capai Sebarang Matlamat.

[Copy link]
Post time 1-9-2015 06:13 PM | Show all posts |Read mode
BERSIH 4 Tidak Capai Sebarang Matlamat.



*kesaorangan

Selain dari kehadiran Tun Mahathir pada petang semalam, selainnya sekadar kelabu asap sahaja, Tiada satu pun pembentangan tuntutan mereka yang di sahut oleh kerajaan malah Bersih di pandang sepi sahaja.
Jelas keresahan di raut wajah Marina Chin selaku penganjur program haram ini yang megambarkan bahawa penganjuran himpunan haram Bersih 4 ini yang telah berlansung selama 36 jam gagal mencapai sebarang perkara yang termaktup dalam tuntutan Bersih tetapi lebih kepada pesta sukaria sahaja atau ‘Fun Fair’.
Tiada ada satu pun dari 5 tuntutan Bersih, seperti isu Pilihan raya bebas dan adil, isu kerajaan yang telus, kebebasan berdemonstrasi, Mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen, serta isu menyelamatkan ekonomi negara yang menjadi perbincangan sepanjang mereka mengadakan perhimpunan haram itu.
Sedangkan peserta himpunan di beri masa tanpa gangguan oleh pihak berkuasa termasuk Dewan Bandaray, Polis dan sebagainya, Kebebasan di beri sepenuh kecuali pengunaan Padang Dataran Merdeka kerana di situ sedang disiapkan kelengkapan dan peralatan bagi menyambut perayaan hari kemerdekaan yang telah di susun lebih awal.
Tetapi mereka di beri kawasan berhampiran dengan pintu masuk ke padang dataran, juga di benarkan mengunakan sistem pembesar suara yang di tempatkan di atas dua buah lori sahinggakan mereka tidak menghormat laungan azan dari Masjid berdekatan ia itu Masjid Jamik Sultan Abdul Samad serta Masjid India.
Penganjur sedar bahawa mereka gagal untuk menyampaikan maksud dan gagal menuntut kerajaan agar tuntuk kepada desakan mereka, Desakan mereka saperti hembusan angin bayu sahaja tidak lebih dari itu.
Harapan mereka untuk membuat provokasi juga gagal kerana pihak yang memantau pehimpunan haram ini telah memahami dan tahu tektik siapa, bila dan dimana mereka akan melakukan provokasi. Ini satu kejayaan kepada pihak polis dan mereka yang terlibat dengan pemantauan.
Jika sebelum ini pihak penganjur sering membuat tuduhan bahawa pihak polis yang membuat atau memulakan provokasi malahan ada juga tuduhan mereka yang membuat rusuhan atau provokasi adalah telah di bayar oleh kerajaan.
Oleh kerana tidak adanya kejadian yang tidak di ingini berlaku maka perhimpunan haram ini semakin tidak memberi apa-apa makna selain menyusahkan orang awam dari berhujung minggu bersama keluarga.
Keluarga Anwar Ibrahim juga kurang kelibat mereka di sepanjang perhimpunan haram ini, mungkin mereka sudah letih atau mereka merasakan himpunan kali ini bukan untuk ‘ayah’ mereka, Atau masalah keluarga mereka telah di ketepikan dan tidak lagi di pedulikan jika di bandingkan dengan himpunan-himpunan haram sebelum ini isu Anwar lah yang paling hebat di raikan.
Selain dari itu turut mencemaskan penganjur dan keadaan ialah bila kurangnya sambutan dari peserta Melayu, Tidak seperti himpunan haram sebelum ini paling ramai menyertai himpunan haram ini adalah terdiri dari orang Melayu, Yang terkinja-kinja, Yang menyerang anggota polis, Yang bertindak liar dan yang merusuh adalah orang Melayu.
Mungkin pada himpunan kali ini Melayu-melayu tersebut telah menjadi cerdik sedikit, tidak lagi mahu menjadi kaldai untuk di pertunggang-langgangkan.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:56 AM GMT+8 , Processed in 0.052290 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list