CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1274|Reply: 8

Melayu Akan Jadi Bangsat Bukan Omong Kosong.

[Copy link]
Post time 1-9-2015 06:16 PM | Show all posts |Read mode
Melayu Akan Jadi Bangsat Bukan Omong Kosong.
“Tiada UMNO berkuasa terbangsatlah bangsa Melayu di bumi ini. Saya sebagai presiden akan lakukan supaya UMNO dan Barisan Nasional terus berkuasa di bumi bertuah ini.” ini lah ungkapan Dato’ Seri Najib Najib ketika berucap pada majlis perasmian berkelompok persidangan perwakilan UMNO Bahagian Padang Besar, Kangar dan Arau di Dewan Wawasan 2020.
Maka berduyunglah komentar dan cemuhan serta menidakkan apa yang telah di ungkapkan itu, terutama puak seteru yang sering menidakkan kebaikkan yang telah di lakukan oleh UMNO.
Mereka kaitkan dengan keujudan UMNO yang hanya baru berusia sekitar hampir 70 tahun sedangkan ‘Bangsa Melayu’ telah ujud sejak ratusan tahun dahulu dengan terbinanya ketamadunan ‘Bangsa Melayu’ dari rupa bentuk seni bina bangunan, teknologi pelayaran, kesusasteraan, kebudayaan dan sebagainya sebelum lahirnya UMNO.
Ya memang ‘Bangsa Melayu’ telah ujud sejak sekian lama, Tetapi yang mengharumkan ‘Bangsa Melayu’ adalah UMNO perkara yang tidak boleh di ketepikan dan di nafi sahingga hari ini, kerana UMNO lah melalui Barisan Nasional yang menjadi kerajaan sejak di ujudkan Perlembagaannya setelah berhasil menuntut kemerdekaan oleh Tuanku Abdul Rahman dari British dan di isytiharkan pada 1975.
Semenjak dari itu negara ini yang rakyatnya terdiri dari pelbilang kaum hidup aman makmur dan sejahtera berkongsi kenikmatan aman damai serta bersama merasai pembanggunan yang dapat di lihat sahingga ke hari ini. Tidak timbul isu ‘siapa bangsat’ atau pendatang didalam negara ini.
Tetapi kini, kita sudah boleh melihat perkara kejadian ‘Melayu Bangsat’ ini melalui contoh yang sedang berlaku di depan mata kita secara kecil kecilan di beberapa negeri selainnya, kerana UMNO masih lagi pemegang tampok pemerintahan utama, bayangkan apa akan jadi jika UMNO hilang terus kuasanya, Maka kenyataan Perdana Menteri ‘Melayu akan menjadi Bangsat’ pasti ada kebenarannya.
Apa sudah jadi di Kelantan yang rakyatnya hampir 95% Melayu, ‘Berdehem’ seorang sahaja dari kaum pendatang, itu pun dari jauh, Sudah cukup celaru di buatnya walaupun di tadbir oleh ‘Bangsa Melayu’ atas nama ikatan didalam ‘Pakatan Rakyat’.
Apa jadi di Selangor sudah terbelakah nasib bangsa Melayu di Selangor sebaik sahaja di ambil alih oleh puak pakatan ini.
Bagaimana pula negeri Pulau Pinang dimanakah ‘Bangsa Melayu’ Pulau Pinang terutamanya di bahagian Pulau, sudah terbela atau makin terhapus pada masa kini. Ini lah contoh paling ketara maksud “Melayu akan jadi Bangsat” yang di ungkapkan oleh Dato Seri Najib Tun Razak.
Selama UMNO mentadbir tidak pernah berlaku penghapusan ektenik dan pemisahan kaum, malah setiap rakyat dapat merasakan bertapa kerajaan Barisan Nasional dan UMNO sentiasa cuba merapatkan jurang perbezaan diantara kaum, serta setiap dari mereka akan mendapat hak-hak mereka saperti mana yang telah termaktup di dalam Perlembagaan Malaysia.
Lihat sahaja bagaimana pemusnahan 66 buah rumah yang menempatkan lebih 1000 keluarga Melayu adalah bukti sebenar kepada kenyataan “Melayu Bangsat” tersebut. Juga sebelum ini pengusiran ‘Bangsa Melayu’ Pulau Pinang di buat sedikit demi sedikit dan amat halus agar kehilangan ‘Bangsa Melayu’ Pulau Pinang tidak di rasai.
Dari penghalangan syiar Islam sahingga penghapusan ‘Bangsa Melayu’ Pulau Pinang yang terang dan jelas di bangsatkan oleh kaum pendatang dengan bantuan ‘bangsa Melayu’ yang redha diri di bangsatkan. ‘Bangsa Melayu’ Pulau Pinang dipaksa menjadi bangsat apabila rumah dan kediaman mereka dirobohkan tanpa sebarang pampasan, tanpa sebarang bantuan dan tanpa sebarang rumah ganti.
Ini lah maksudnya Melayu akan menjadi bangsat jika UMNO hilang kuasanya, Bagi yang tidak faham istilah dan pengertian “Bangsat”, Melihat apa yang berlaku di Pulau Pinang hari ini adalah gambaran maksud sebenar perkataan “Bangsa Bangsat” yang di ungkapkan.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2015 07:20 PM | Show all posts
Ketika penyokong Pakatan Rakyat (PR) sibuk dengan kes mahkamah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, satu-satunya rumah di Kampung Chubadak, Sentul yang masih bertahan dirobohkan hari ini dan puingnya dibakar hangus.

Dua penuntut universiti yang cuba mempertahankan rumah itu daripada dirobohkan, ditahan polis dan dibawa ke Balai Polis Sentul.

Mereka ialah Abdul Muqit Mohamad, mahasiswa Universiti Malaya, dan Ahmad Fahmi Mokhtar, mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia cawangan Darul Quran.

Sehingga kini, mereka yang ditahan ketika bergelut dengan pekerja pihak pemaju yang cuba merobohkan rumah itu, masih dalam tahanan polis.

Menurut Presiden Gabungan Pelajar Islam Malaysia (Gamis) Abdul Malek Abdul Razak, kira-kira 30 pelajar yang aktif dalam Gamis dikerah ke kawasan itu apabila mendapat tahu pihak pemaju mahu merobohkan satu-satunya rumah penduduk yang masih bertahan di atas tanah itu.

"Kami diberitahu pengerusi Persatuan Penduduk di situ, dikenali sebagai Pak Ramli, yang rumah Makcik Wahidah mahu dirobohkan hari ini.

"Kami cuba mempertahankan rumah beliau, namun pekerja pihak pemaju memukul kami dan polis yang campur tangan akhirnya menangkap dua rakan kami," kata Malek kepada The Malaysian Insider.

Makcik Wahidah sayu melihat rumahnya diroboh dan kemudiannya dibakar hari ini. – Gambar The Malaysian Insider, 28 Oktober, 2014. Makcik Wahidah sayu melihat rumahnya diroboh dan kemudiannya dibakar hari ini. – Gambar The Malaysian Insider, 28 Oktober, 2014. Awal pagi tadi, pihak pemaju tiba bagi merobohkan rumah Wahidah Mat Salleh, 73, yang dibina semula oleh aktivis pelajar dan masyarakat dengan bantuan derma orang ramai selepas semua rumah di kampung itu dirobohkan pada Jun lalu.

Ketika itu, Wahidah bertegas tidak akan meninggalkan kampung dan rumahnya itu.

Turut serta membantu pekerja pemaju dalam operasi hari ini ialah pihak polis Light Strike Force (LSF), Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan pihak penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Situasi menyedihkan berlaku apabila warga emas itu yang sudah 45 tahun tinggal di situ berusaha cuba mempertahankan rumahnya.

Antaranya, beliau melaungkan azan dan berdoa di depan rumahnya.

Kampung Chubadak, Sentul mula dibuka sejak 50 tahun lalu oleh peneroka bandar yang masuk ke Kuala Lumpur serentak dengan Kampung Chubadak Tambahan, Kampung Pasir, Kampung Chubadak Indah, Chubadak Hulu dan Chubadak Hilir.

Kira-kira 160 keluarga tinggal di kampung itu yang terletak hanya 5km dari pusat bandar dan sedang dihimpit arus pembangunan.

Sejak 12 tahun lalu, masalah mula timbul apabila pihak pemaju mahu membangunkan kampung itu selepas kawasan sekelilingnya sudah pesat membangun.

Menurut Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1998, pihak yang ingin memajukan kampung itu perlu membayar pampasan sewajarnya kerana mereka bukan setinggan tetapi peneroka bandar.

Pada 1996, kampung itu dikejutkan dengan berita DBKL membenarkan pihak pemaju membina blok apartmen di kawasan kampung mereka.

Natijahnya, apabila bantahan dibuat, ramai antara mereka terpaksa bermalam di lokap polis kerana cuba mempertahankan kampung dan tapak rumah mereka.

Yang menjadi persoalan ialah, bilakah tanah mereka dijual kepada pemaju oleh DBKL?

Sebahagian mereka diberikan pampasan RM7,000 oleh pemaju dan satu unit rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda. – 28 Oktober, 2014.



celaka betullah DBKL Dapig ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2015 07:08 AM | Show all posts
Kalau dah pemimpin BANGSAT, sanggup mencuri duit rakyat,
pastilah rakyat akan bangsat juga akhirnya. Segala-galanya
berpunca dari pemimpin. Pemimpin kuat, amah dan jujur,
rakyat pun hidup bahagia aman dan makmor.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2015 09:41 AM | Show all posts
Kalau dah pemimpin BANGSAT, sanggup mencuri duit rakyat,
pastilah rakyat akan bangsat juga akhirnya. Segala-galanya
berpunca dari pemimpin. Pemimpin kuat, amah dan jujur,
rakyat pun hidup bahagia aman dan makmor.


DUIT RAKYAT..BUKAN DUIT KO BANGSAT!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2015 09:42 AM | Show all posts
Kalau dah pemimpin BANGSAT, sanggup mencuri duit rakyat,
pastilah rakyat akan bangsat juga akhirnya. Segala-galanya
berpunca dari pemimpin. Pemimpin kuat, amah dan jujur,
rakyat pun hidup bahagia aman dan makmor.


DUIT RAKYAT..BUKAN DUIT KO BANGSAT!!
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2015 09:46 AM | Show all posts
Semuanya adalah dasar pemimpin.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-9-2015 12:44 PM | Show all posts
Semuanya adalah dasar pemimpin.

DAN RAKYAT YANG PILIH...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 01:54 AM | Show all posts
uniq61 replied at 2-9-2015 09:41 AM
DUIT RAKYAT..BUKAN DUIT KO BANGSAT!!

Pok Niq, Ingat ni forum rakyat Vietnam ke.
Pok Niq dah tua.
Elakkan lah perkataan yg macam tu.
dah, repair keyboard tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-9-2015 05:32 PM | Show all posts
Pok Niq, Ingat ni forum rakyat Vietnam ke.
Pok Niq dah tua.
Elakkan lah perkataan yg macam tu.
dah, repair keyboard tu.


TUA TAPI BUKAN BANGSAT MACAM KORANG..
BERTAUBAT LAH KORANG...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:50 PM GMT+8 , Processed in 0.068278 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list