CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2315|Reply: 10

Kejatuhan Nilai Ringgit

[Copy link]
Post time 1-9-2015 06:18 PM | Show all posts |Read mode
Kejatuhan Nilai Ringgit
Hari ini, nilai Ringgit adalah RM4.00 bagi satu dolar. Apabila saya membuka akaun Facebook dan Twitter, 9 daripada 10 status yang keluar di Facebook menghentam kerajaan berkenaan nilai mata wang Ringgit Malaysia.
Berdasarkan penelitian, mereka yang menghantar komen-komen di laman sosial tersebut kebanyakannya adalah daripada golongan belia yang seolah-olah menganggap Malaysia akan musnah esok.
Dalam masa sebulan yang lalu, saya melihat bagaimana rakyat Malaysia menjalani transformasi menjadi pakar perlembagaan, penganalisis dan kini pakar ekonomi pula.
Ada juga yang menyalahkan Najib dan UMNO. Terdapat satu kumpulan yang dinamakan Suara Rakyat yang gemar berkata ‘negara lain adalah lebih baik kerana UMNO tiada di Negara mereka’.
Sudah tentu, apabila anda mempunyai pandangan yang sempit, anda akan terlepas pandang fakta bahawa :
• Russian Roubles hilang 114 peratus berbanding dolar AS
• Indonesian Rupian hilang 51 peratus berbanding dolar AS
• Indian Rupees hilang 38 peratus berbanding dolar AS
• Norwegian Krone hilang 37 peratus berbanding dolar AS
• Australian Dollars hilang 24 peratus berbanding dolar AS
• Euro hilang 20 peratus berbanding dolar AS
• Thai Baht hilang 10 peratus berbanding dolar AS
Adakah saya perlu teruskan?
Salah satu faktor yang menyumbang kepada kejatuhan nilai mata wang negara-negara ini adalah kejatuhan harga minyak. Minyak mentah diniagakan pada US$70-80 setong. beberapa tahun yang lalu dan kini ianya jatuh kepada US$50 setong.
Bukan AS sahaja rakan niaga kita dan prestasi Ringgit kita tidak diukur berbanding dolar AS sahaja.
Apabila kita lihat pada Ringgit,
• kita lebih kukuh berbanding Dolar Kanada (2 peratus)
• kita lebih kukuh berbanding Rupiah India (10 peratus)
• kita lebih kukuh berbanding Yen Jepun (14 peratus)
• kita lebih kukuh berbanding Rupiah Indonesia (18 peratus)
Tidak perlulah saya senaraikan kesemuanya, memadai dengan menyebut beberapa contoh.
Adakah anda tahu bahawa nilai perdagangan kita dengan India, Jepun dan Indonesia hampir dengan 20 peratus?
Sesetengah dari kita cepat untuk memberi berita negatif dan cepat mengulas seperti seorang pakar dalam Facebook dan Twitter. Itulah hakikat sikap kita hari ini.
Malangnya, tiada di antara kita yang merujuk kepada tahun 1998.
Ramai yang lupa bahawa Ringgit pernah jatuh serendah RM4.725 untuk satu dolar pada 7 Januari 1998 (kadar menjual BNM, di kaunter adalah lebih daripada RM4.80-4.88).
Mungkin mereka yang rancak menghentam mengenai keadaan ekonomi kita di Facebook kini masih di bangku sekolah ketika itu. Sudah pasti mereka tidak tahu apa yang berlaku pada tahun 1998, zaman Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan.
Dulu
Orang kehilangan pekerjaan atau mempunyai kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan
Isi rumah yang membebankan
Kadar bunga pinjaman purata adalah 12.16 peratus
Kadar inflasi hampir kepada 3 peratus tanpa penarikan subsidi.
Sesiapa yang meragui bahawa kadar inflasi 2-3 peratus hari ini adalah benar dan merasakan ia sebenarnya yang lebih tinggi, cuba terapkan pemikiran yang sama untuk tahun 1998-1999.
Ya pasti anda terkejut, kadar bunga pinjaman purata adalah lebih 12 peratus. Itulah yang berlaku pada masa itu.
Anda boleh mengatakan ia adalah sejarah lalu dan anda boleh terus menyalahkan Perdana Menteri, Bank Negara Malaysia dan Kerajaan untuk kejatuhan hari ini.
Tetapi dimasa akan datang, sebelum anda berkongsi kemarahan anda di Facebook atau Twitter, tanya diri sendiri, adakah penurunan nilai Ringgit memberi kesan kepada anda?
Adakah anda membeli-belah dalam talian daripada laman web Amerika Syarikat?
Adakah anda merancang untuk terbang ke Amerika Syarikat untuk bercuti?
Adakah anda seorang rakyat Malaysia yang belajar di Amerika Syarikat?
Adakah anda mengimport barang yang akan dijual semula di Malaysia?
Adakah anda membeli barang keperluan dan makanan dari Amerika Syarikat untuk digunakan di sini?
Adakah anda sama sekali menggunakan dolar AS dalam kehidupan harian anda?
Kerana, hanya jika anda menjawab ya kepada perkara di atas, barulah anda akan terjejas. Jika tidak, apa yang membimbangkan anda? Gaji anda masih dalam Ringgit Malaysia dan anda tidak membeli barang keperluan dengan dolar Amerika.
Pastinya, tiada siapa yang boleh menafikan bahawa ia memberi sedikit kesan kepada beberapa segmen terutama import dan jika merancang untuk melakukan perjalanan ke Amerika Syarikat, United Kingdom dan beberapa destinasi lain.
Dari aspek penarafan antarabangsa oleh beberapa agensi penarafan, kita wajar menarik nafas lega kerana Fitch, Moody dan S&P kesemuanya memberikan penarafan “Stabil” kepada Malaysia.
Hakikat sebenar, tiada seorangoun ahli ekonomi di luar sana yang mengatakan bahawa ekonomi Malaysia akan runtuh, hanya ahli politik yang mereka tahayul ini. ( kongsi dgn rakan lain tadi dan kita kongsi di sini pulak sebab di sini banyak Pakar-Pakar..)


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2015 04:50 PM | Show all posts
katanya bagus duit jatuhnya. x paham apa bagusnya. tapi katanya bagus untuk pelancongan. pound sterling tinggi melangit pon ramai ja simpan cita2 ke London. ni ada ka yg simpan cita2 ke kelumpo?
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 10:50 AM | Show all posts
globally, buat masa ni, dollar jadi save heaven utk majoriti pelabur2 besar.
so, diorng jual mata wang lain & beli dollar.
ni capital flow. semua dump mata wang lain & beli dollar.
cuma kesan pada tiap2 matawang berbeza.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2015 07:13 PM | Show all posts
Bodoh la siapa kata kejatuhan ringgit bagus
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2015 10:55 AM | Show all posts
BUKAN RINGGIT JE JATUH..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2015 09:54 AM | Show all posts
mata wang lain jatuh aku tak kisah sgt. ni mata wang Malaysia yg jatuh!!!!. aku kesah sbb aku pengguna mata wang ini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-10-2015 12:44 PM | Show all posts
ya semua mata wang jatuh tapi ringgit jatuh paling teruk dlm market...top of list...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2015 04:23 PM | Show all posts
mata wang lain jatuh aku tak kisah sgt. ni mata wang Malaysia yg jatuh!!!!. aku kesah sbb aku pengguna mata wang ini


GUNA DALAM MALAYSIA JE LAH...DAN YANG MENYEBABKANNYA IALAH BAPA TIRI MAK ANGKAT LU PUNYA ATOK YANG BUAT HAL NAK JATUHKAN MALAYSIA..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2015 02:29 AM | Show all posts
ramai pencacai & macai PR tak tau......... atau spesis munafik  

Ramai yang lupa bahawa Ringgit pernah jatuh serendah RM4.725 untuk satu dolar pada 7 Januari 1998 (kadar menjual BNM, di kaunter adalah lebih daripada RM4.80-4.88).


Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2015 09:54 PM | Show all posts
uniq61 replied at 2-10-2015 04:23 PM
GUNA DALAM MALAYSIA JE LAH...DAN YANG MENYEBABKANNYA IALAH BAPA TIRI MAK ANGKAT LU PUNYA ATOK YA ...

org kata ringgit jatuh telah menyebabkan harga petrol naik walaupun harga minyak pasaran jatuh
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 08:28 AM | Show all posts
antara kebaikan yg kita dpt bila duit jatuh..adalah minyak..
kita dpt keuntungan yg byk bila kita jual minyak kita..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:58 PM GMT+8 , Processed in 0.248411 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list