CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5424|Reply: 62

[Tempatan] {Edisi Gundu Hansuang}Muhkriz Perlu Undur Diri Secara Terhormat-Adun Bkt Lada

[Copy link]
Post time 2-9-2015 09:44 AM | Show all posts |Read mode
Mukhriz perlu undur diri secara terhormat, kata Adun Umno



Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dituduh Menteri Besar yang gagal kerana tidak melaksanakan janji-janjinya kepada rakyat di negeri Kedah.

Perkara itu ditegaskan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin yang dipetik menerusi rakaman video yang disiarkan di SuaraTV.

Menurut Ahmad, selama tiga tahun Mukhriz menjadi Menteri Besar, tidak ada pembaharuan dilakukan, malah, segala apa yang dikatakan kepada rakyat di Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) lalu hanya sekadar janji-janji kosong.

“Tidak ada apa-apa pembangunan yang dilakukan di Kedah. Semuanya tidak dapat dilaksanakan. Kedah jumud dari segi pembangunannya.

“Malah peruntukan bagi kerajaan negeri tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Saya difahamkan kontraktor-kontraktor yang membuat kerja- kerja di Kedah, sedang ditangguhkan pembayaran mereka. Malah, hubungannya dengan rakyat jelata sendiri tidak berlaku dengan baik.

“Cuma yang ada hanyalah `selfie- selfie’ yang dilakukannya apabila mereka turun bersama masyarakat,” katanya yang mendakwa Mukhriz hanya tahu berselfie untuk meraih populariti.

Ahmad berkata, tiada sebarang pembinaan dilakukan oleh Mukhriz termasuklah janjinya untuk membina litar lumba, lapangan terbang yang tidak menampakkan hasil sekali gus membuktikan bahawa beliau belum mampu menggalas tanggungjawab sebagai seorang menteri besar.

Katanya, beliau yakin jika tiada tindakan diambil, Barisan Nasional akan gagal mengekalkan kuasanya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) nanti.

Selain itu, beliau turut mencadangkan supaya Mukhriz mengundur diri secara terhormat.

Ini kerana, katanya, bapa Mukhriz, Tun Dr Mahathir Mohamad dan ibunya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta kakaknya, Marina telah turun ke perhimpunan Bersih 4.0 untuk menentang kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. – FMT

[img=1,1][/img]


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2015 09:46 AM | Show all posts
pas sepatutnya kritik salahlaku bn/umno
bn/umno sepatutnya kritik salahlaku pas

sekarang

pas kritik pas
umno kritik umno

ini semua salah dap
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2015 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
So hari tu katanya nak buat international airport kat kulim bagai tu jadi ke tak?
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2015 09:49 AM | Show all posts
mohon jilat bung najib kaw2 supaya dapat jd MB pasni..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2015 09:51 AM | Show all posts
elok ler tu kutuk mengutuk antara satu sama lain
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2015 09:55 AM | Show all posts
Mukhriz undur boleh la aku jadi MB
Dari dulu lg berkehendak...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-9-2015 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
madey nk push anak ke parlimen jadi pm
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2015 10:04 AM | Show all posts
Bagus Mukhriz jadi MB...steady je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2015 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun suka mukriz undur diri....sbb kalau dia still jd mb penduduk Kedah ada higher probability pangkah umno lagi...kalau dia tak jd mb....mmg senang sangat nak pangkah pas....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2015 10:08 AM | Show all posts
scorpionkiki replied at 2-9-2015 02:04 AM
Aku pun suka mukriz undur diri....sbb kalau dia still jd mb penduduk Kedah ada higher probability pa ...

macamana lebai nak jadi mb bila bercakap dagu ke atas tunjuk lubang idung.orang kampung mau kaaa
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2015 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts

Dia ni mmg ada cita-cita nak jadi MB

Kebanyakan anak Kedah yang aku kenal ramai suka Mukhriz
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2015 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak dpt projek kot?
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2015 10:26 AM | Show all posts
zach2008 replied at 2-9-2015 09:55 AM
Mukhriz undur boleh la aku jadi MB
Dari dulu lg berkehendak...

'Saya mau tapi saya malu'...tapi sekarang mcm ada ruang mencari peluang, lurus telunjuk kelingking berkait.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2015 10:30 AM | Show all posts
Mukhriz kena jawab niiii................Apasai aku nak turun,
NAJIB pun tak undur walaupun satu Malaysia jerit mintak dia UNDURRRRR NAJIBBBBBB.......!
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2015 10:47 AM | Show all posts
baru 3 tahun, expect nak kena ada litar lumba dengan international airport. Dia ingat nak buat tu main bagi duit, terus buat kot. gila ka apa. projek besaq macam tu makan tahun planning. salah planning rugi kat rakyat jugak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2015 10:59 AM | Show all posts
kelapaq projek kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2015 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
GhostWalking replied at 2-9-2015 10:08 AM
macamana lebai nak jadi mb bila bercakap dagu ke atas tunjuk lubang idung.orang kampung mau kaaa
...

Dia ingat orang kwdah suka dia kot....kih kih kih
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2015 11:07 AM | Show all posts
scorpionkiki replied at 2-9-2015 10:04 AM
Aku pun suka mukriz undur diri....sbb kalau dia still jd mb penduduk Kedah ada higher probability pa ...

for the foreseeable future, PAS x akan ada peluang nak menang di Kedah, terutama apabila PAS dipimpin oleh org pantai timur (Hadi & the gang). Without the progressive faction, PAS akan menang 2 atau 3 state seats sahaja.

Dulu dpt peluang memerintah, they blew it. Perintah negeri mcm manage country club. Koyak lah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2015 11:13 AM | Show all posts
scorpionkiki replied at 2-9-2015 03:04 AM
Dia ingat orang kwdah suka dia kot....kih kih kih

dia ingat dia baik dengan ajib dan2 tu orang kedah boleh suka dia
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2015 11:25 AM | Show all posts
penari replied at 2-9-2015 09:46 AM
pas sepatutnya kritik salahlaku bn/umno
bn/umno sepatutnya kritik salahlaku pas

bukan salah Anwar?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:16 PM GMT+8 , Processed in 0.536986 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list