CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3664|Reply: 8

UMNO Pecat Anina Yang Bertindak Menyaman Najib

[Copy link]
Post time 2-9-2015 10:40 AM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO

sumber foto : www.freemalaysiatoday



Ahli Wanita UMNO, Anina Saadudin dipecat daripada UMNO berkuatkuasa serta merta kerana tindakannya memfailkan saman terhadap Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Surat pemecatan Anina, Ahli UMNO Kampung Padang Mat Sirat, Langkawi itu dikeluarkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor.


Malaysiakini melaporkan Tengku Adnan mengesahkan perkara itu.


Dalam surat itu, Tengku Adnan memaklumkan bahawa Ibu Pejabat UMNO memutuskan keahlian Anina sebagai ahli telah gugur dengan sendirinya berkuatkuasa serta merta di bawah Fasal 20.7 Perlembagaan UMNO kerana tindakannya membawa parti ke mahkamah.


Jumaat lalu, Anina, 40, memfailkan saman terhadap Najib di Mahkamah Tinggi berhubung dana RM2.6 bilion yang didakwa didermakan oleh pemimpin negara Arab.


Anina berkata dia mewakili ahli UMNO memfailkan saman itu kerana mendakwa Najib telah menipu ahli parti.


Anina menjadi popular selepas rakaman video dia menuduh Najib sebagai penipu dalam mesyuarat UMNO Bahagian Langkawi menjadi viral. - CARI Infonet





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2015 11:35 AM | Show all posts
KESIAN....adakah ini hukuman yg dikenakan ke atas penuntut keadilan?
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2015 11:49 AM | Show all posts
jadi waktu dia ahli wanita umno, dia ada hak nak saman pemimpin umno..
sebab sebagai ahli umno, dia rasa dia kena tipu.
Jadi sekarang ni, saman tu boleh diteruskan ke.....?
sebab boleh ke rasa kena tipu?...dia bukan ahli umno lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2015 11:49 AM | Show all posts
Pompuan ni la yang dimaksudkan dalam status fb Dr MAZA hari tu...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2015 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Bravo.. Knp geng2 akak2 je yg nmpk berani sekrg ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2015 02:51 PM | Show all posts
MUNGKIN INI TIMBUL IDEA PM..MELAYU BANGSAT BILA MENYAMAN PRESIDEN PARTI...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2015 04:47 PM | Show all posts
as expected right?
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2015 07:17 PM | Show all posts
Padan muka Ainina bahalol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2015 10:33 PM | Show all posts


comel juga anina ini..
ahakss
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.316485 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list