CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1401|Reply: 0

7 Tabiat Harus Dihentikan Untuk Sihat

[Copy link]
Post time 4-9-2015 08:13 PM | Show all posts |Read mode


Mungkin anda tidak sedar, apa yang anda lakukan seharian boleh membahayakan kesihatan. Memakai seluar jeans yang terlalu ketat, menyilangkan kaki ketika duduk atau mendengar ‘walkman’ semasa tidur. Kebiasaan inilah yang boleh meningkatkan risiko terkena penyakit tertentu.
       
        SILANG KAKI
        • Duduk dengan menyilang kaki boleh meningkatkan tekanan darah systolic (tekanan ketika jantung berdenyut sambil mengepam darah) sehingga 7% dan tekanan darah dialostic sehingga 2%. Sebaiknya, elakkan menyilang kaki lebih daripada 15 minit dan jangan duduk dengan posisi dan tempat yang sama lebih dari 45 minit.
       
        TIDUR MENIARAP SEPANJANG MALAM
        • Posisi ini memang membuatkan anda lebih mudah untuk tertidur. Namun, elakkan dari tidur terlalu lama dalam posisi ini kerana leher anda boleh mengganggu peraliran darah. Posisi tidur yang baik adalah terlentang atau mengiring sambil memeluk bantal di antara kaki.
       
        MENGENAKAN TALI PINGGANG TERLALU KETAT
        • Mengikat tali pinggang terlalu ketat juga boleh mengganggu sistem penghadaman anda dan akan menekan perut serta organ dalaman. Kesannya, proses penghadaman tidak berjalan dengan baik. Pastikan anda mengenakan tali pinggang dengan ukuran yang normal. Duduk dengan selesa, tidak membongkok dan bernafas dengan normal.
       
        BEG TANGAN DI SISI
        • Kebanyakan anda membawa beg tangan yang disangkut di bahu pada sisi yang sama. Kebiasaan inilah yang mengakibatkan ketidakseimbangan otot dan menyebabkan rasa sengal. Sebaiknya, jangan membawa barang terlalu banyak dalam beg dan keraplah berganti antara bahu kiri dan kanan.
       
        TERUS LAKUKAN REGANGAN SELEPAS BANGUN TIDUR
        • Ketika bangun tidur, anda biasa melakukan regangan badan. Jangan begitu, kerana kebiasaan ini boleh merosakkan sendi pada tulang belakang. Kesannya anda sakit pada bahagian punggung dan leher. Disarankan selepas bangun tidur, lebih baik anda terus bangun, berjalan di sekeliling rumah, minum air putih atau menggosok gigi.
       
        KERAP MEMBONGKOK
        • Dengan membongkok, ia boleh menyebabkan rasa sakit pada bahagian bahu dan member tekanan kepada tulang belikat anda.
       
        MEMAKAI JEANS TERLALU KETAT
        • Skinny jeans atau jeans terlalu ketat memang menjadi trend sekarang ini. Namun, jika dipakai setiap hari, ia boleh menyebabkan masalah kesihatan kerana ia menghadkan gerakan badan anda dan merasa kurang selesa dengan aktiviti yang anda lakukan. Malah, jeans terlalu ketat juga berpotensi menekan pengaliran darah.

rapi



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:37 PM GMT+8 , Processed in 0.283981 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list