CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1743|Reply: 11

[Jenayah] Johor Baharu: Warga Singapore perolehi RM120K sebulan dgn memalsukan cop pasport

[Copy link]
Post time 5-9-2015 12:47 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki terlibat pemalsuan cop pasport ditahan

4 SEPTEMBER 2015
http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/lelaki-terlibat-pemalsuan-cop-pasport-ditahan-1.427223




JOHOR BAHRU - Seorang lelaki warga Singapura meraih pendapatan kira-kira RM120,000 sebulan dengan hanya memalsukan cop pasport dan dokumen perjalanan bagi mereka yang memerlukan khidmatnya di sini.

Namun kegiatan jenayahnya selama dua tahun berjaya dikesan Jabatan Imigresen yang menahannya ketika sedang memandu masuk ke perkarangan rumahnya di Taman Century, di sini kira-kira pukul 11 malam semalam.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Johor, Masri Adul berkata, suspek berusia 66 tahun yang berkahwin dengan rakyat tempatan itu, dipercayai aktif dengan kegiatan itu sejak dua tahun lepas.

Suspek dikatakan menerima sekurang-kurangnya 20 pelanggan sehari dengan bayaran purata RM200 atau lebih bagi setiap pemprosesan dokumen.

"Kaedah pemalsuan yang digunakan suspek tidak pernah sekali digunakan mana-mana sindiket. Apa yang dilakukannya ialah melekatkan cop kosong di dalam pasport, kemudian dia masukkan tarikh keluar masuk negara menggunakan sebatang lidi nipis yang sudah dilekatkan dengan getah dan nombor.

"Prosesnya nampak rumit tetapi hasilnya seakan sama seperti cop asli Imigresen yang amnya disertakan sekali dengan tarikh," kata beliau dalam sidang media, di sini hari ini.

Masri berkata, anggota Imigresen turut memeriksa kereta yang dipandunya dan menemui enam pasport milik warga Vietnam dan Indonesia serta dua pelekat palsu bagi pembaharuan pas lawatan kerja sementara (PLKS).

"Selesai penyitaan kereta, suspek dipaksa membawa anggota Imigresen masuk ke dalam rumahnya dan di situ kami menemui enam lagi pasport milik warga Singapura, Indonesia, Vietnam, Bangladesh, Nepal dan Thailand.

"Kami turut menemui 28 cop palsu membabitkan urusan keluar masuk Malaysia, Singapura, Thailand di bilik tidur utama rumahnya," katanya.

Masri berkata, seorang rakan wanita suspek berusia 40an yang kebetulan berada di rumah berkenaan, turut ditahan bagi membantu siasatan.

Wanita berkenaan dipercayai bertindak sebagai orang tengah untuk mempromosikan kegiatan pemalsuan itu. Kedua-dua suspek kini ditahan di Depot Tahanan Imigresen Setia Tropika.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 12(1)(f) Akta Passport 1966 dan Seksyen 55D Akta Imigresen 1959/63, yang masing-masing memperuntukkan denda RM10,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali dan denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga 10 tahun dengan sebatan tidak melebihi enam kali.

Masri berkata, ini merupakan kali ketiga pihaknya menumpaskan sindiket pemalsuan pasport dan dokumen di Johor tahun ini dan berharap orang ramai lebih peka dengan ejen yang memperbaharui atau menguruskan dokumen itu.

- Bernama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2015 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenakan hukuman penjara at least 10 tahun..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2015 12:56 PM | Show all posts
sepandai pandai tupai melompat...........
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2015 01:01 PM | Show all posts
syukorrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2015 03:12 PM | Show all posts
Kepijaksanaan yang mengkagumkan...
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2015 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Dapat 120k sebulan...denda hanya 10k atau....atau...nak heran apa...apek tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-9-2015 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
tah tah dia dh beli.rumah kt horizon hills sana.tu...
hahahaha
kasi hukum berat sket
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2015 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
bayar jerlah gst ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2015 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Di Malayland ni berduyun-duyun pati dari bangla, myanmar, indon yg buka bisness memalsukan dokumen perjalanan, siap dengan cop imigresen lagi. Yang dari aprika pulak buat bisness scam.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2015 08:14 PM | Show all posts
Betol kata menteri PAP..  Huntong jadi warga spore.. buleh wat jahat kat jiohor.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2015 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
perang_candu replied at 5-9-2015 08:14 PM
Betol kata menteri PAP..  Huntong jadi warga spore.. buleh wat jahat kat jiohor.

Ya betul tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2015 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Odyman replied at 5-9-2015 11:48 AM
Di Malayland ni berduyun-duyun pati dari bangla, myanmar, indon yg buka bisness memalsukan dokumen p ...

Betul uols.....

Ada market la katakan......customernya aka PATI kat Malaysia nih lagik ramai dari rakyat Singapore.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:27 PM GMT+8 , Processed in 0.206487 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list