Budak 11 tahun tembak mati penceroboh
http://www.hmetro.com.my/node/75241
St Louis: Seorang remaja lelaki 16 tahun mati ditembak budak 11 tahun ketika dia cuba memecah masuk rumah keluarga itu di sini, hari ini.
Menurut polis, selepas beberapa kali rumahnya cuba dipecah masuk, ibu budak itu membeli pistol sebagai langkah berjaga-jaga.
Wanita itu tiada di rumah ketika anak lelakinya yang berusia 11 tahun melepaskan tembakan terhadap dua orang yang memasuki rumah pada jam 2.30 petang. Rakan mangsa yang mati itu melarikan diri.
Ketika kejadian hanya budak lelaki 11 tahun itu dan adik perempuannya yang berusia empat tahun berada di rumah. - nydailynews.com
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 September 2015 @ 8:36 PM
Polis membawa mayat remaja 16 tahun yang mati ditembak budak 11 tahun ketika dia memecah masuk rumah keluarga budak itu. - nydailynews.com
|