CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9929|Reply: 58

Isteri Arwah Harun Salim Bachik Dedah Kebaikan Afdlin Shauki

[Copy link]
Post time 8-9-2015 12:27 PM | Show all posts |Read mode
Isteri Allahyarham Harun Salim Bachik Dedah Kebaikan Afdlin Shauki

Pemergian Harun Salim Bachik buat selama-lamanya baru-baru ini bukan sahaja mengejutkan peminat hiburan tanah air tetapi turut sama memberikan tempias yang amat besar kepada keluarga Allahyarham. Iyerlah, selama ini Allahyarham adalah ‘bread and butter’ buat keluarga. Apabila Allahyarham sudah tiada, sudah tentu banyak impak terutama dari segi kewangan untuk keluarga beliau meneruskan kelangsungan hidup.



Seperti yang kita ketahui, sahabat baik Allahyarham Harun Salim Bachik tidak lain tidak bukan ialah Afdlin Shauki. Abang Nara serius terharu mendengar kata-kata isteri Allahyarham menerusi program Melodi tentang kebaikan Afdlin Shauki membantu keluarganya selepas pemergian Allahyarham. Inilah yang dikatakan sahabat sejati. Respek, kipidap, dongkibab buat Afdlin. Kata isteri Allahyarham Harun Salim Bachik:-

Kehidupan saya pada saat ini sangat sukar, pemergian arwah itu adalah secara tiba-tiba membuatkan diri saya terasa begitu kekosongan. Untuk memastikan kehidupan anak-anak tidak terabai saya telah menjual barangan di rumah sikit demi sikit.
Saya memang bercadang untuk pulang ke Kedah tapi anak saya duduki UPSR tahun ini. Apa-apa pun saya memang terhutang budi dan nak ucap terima kasih banyak kepada Afdlin yang banyak bantu saya sekeluarga.
Tanpa bantuan dia, saya tak mungkin beraya. Anak-anak pun tiada baju baru untuk dipakai, saat itu perasaaan sukar untuk digambarkan. Saya buat masa sekarang adalah buat perniagaan secara kecil-kecilan di online, di masa akan datang saya teruskan perniagaan yang pernah dicadangkan oleh arwah suami saya.
Idea itu sebenarnya hasil perkongsian arwah dan Afdlin. Sekali lagi saya nak ucap terima kasih tak terhingga kepada Afdlin. Walaupun saya tak berapa rapat dengannya, apa yang dia lakukan benar-benar membuktikan erti persahabatan yang sebenar antara dia dan arwah



Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik Afdlin Shauki. Bukan senang mahu mencari seorang sahabat sebegini di zaman serba moden ini. Apa pun, Abang Nara tertanya-tanya juga di manakah usaha dan tanggungjawab persatuan-persatuan artis untuk membantu keluarga Allahyarham selepas pemergiannya. Jangan bila dah ‘kantoi’ sebegini baru kelam kabut nak muncul buat sumbangan bagai. Sebelum ini haram batang hidung pun tak nampak. Kepada Afdlin, you are awesome bro!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2015 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Arwah takde saving ke? Ampunn la nak tanya pun mcm tak sampai ati
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
yg ni bini yg mana satu?
hat tadi org komen kata bini yg baru yg nangis2 kt melodi tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 01:05 PM | Show all posts
....berapa bini?
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga kebaikan yg dilakukan Afdlin mendapat ganjaran yg sewajarnya dari Tuhan. Amin.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 01:12 PM | Show all posts
Persatuan artis2 tak ada yang tolong?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2015 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Normally, persatuan artis seperti Seniman & YA1M memberi bantuan one-off ketika sakit & kematian.

Semoga kita semua mendapat iktibar daripada kejadian ni.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 01:36 PM | Show all posts
Suchi replied at 8-9-2015 01:00 PM
yg ni bini yg mana satu?
hat tadi org komen kata bini yg baru yg nangis2 kt melodi tu ke?

masa kat melodi, akak ni ckp dia kahwin dengan arwah masa arwah dah menduda 5tahun..
dia kata, anak2 dia mmg semua anak2 dia dgn arwah.. dia cakap kenapa masa arwah ada takde orang pertikai, bila dah takde, baru nak bangkitkan isu ni..

sedih jugak tengok dia.. tak silap dia cakap, buat masa skrg afdlin yg tanggung sekolah anak dia..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2015 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
anarina replied at 8-9-2015 12:53 PM
Arwah takde saving ke? Ampunn la nak tanya pun mcm tak sampai ati

Ai pun nak tny macam tu tp macam x sampai hati.. bukan apa tengok arwah bnyk juga berlakon kan esp kalau filem dgn afdlin..
Yelah tu salah satu juga contoh beringat utk semua org.. x kira la kerja apa sekalipun.. kalau dah bekeluarga mmg kena ada saving or at least insurance. Kalau bnyk duit boleh la beli rumah ke apa.. untuk anak2 atau isteri yg ditinggalkan kelak..
Nasib org memang tak sma.. apa pun takziah n salute kat afdlin bantu utk yg memerlukan.. banyak pahala dia tolong anak yatim..
Rzeeki yang kita dpt kat dunia ni sbnrnya bukan milik kita sorang.. kalau kita kaya raya, kongsi dgn org yang memerlukan..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by anarina at 8-9-2015 01:44 PM
cendawanbonyok replied at 8-9-2015 01:37 PM
Ai pun nak tny macam tu tp macam x sampai hati.. bukan apa tengok arwah bnyk juga berlakon kan esp ...


Kann mcm tak tele pulak lps arwah meninggal wife dia mcm susah2 nak meniaga etc sampai anak2 takde baju raya takkan la kot kannnn i mean kalau arwah takde pun maybe la susah skit but not to this extent imho
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 03:02 PM | Show all posts
SYARIKAT PINJAMAN WANG BERLESEN
BERDAFTAR DI BAWAH KPKT

SPECIAL OFFER UNTUK BULAN SEPTEMBER
INTEREST BULAN SERENDAH 1.5%SAHAJA
2 MINGGU BAYAR BALIK TANPA FAEDAH
KELULUSAN DALAM MASA 30 MINIT SAHAJA
SEMUA URUSAN DALAM PEJABAT SAHAJA
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI LAMAN WED KAMI: http://saravanavel2612.wix.com/pinjaman-peribadi-2u
SIAPA YANG LAYAK MEMOHON ?
SWASTA
KERAJAAN
BLACKLIST
CCRIS
CTOS

HUBUNGI SAYA HARI INI CALL/SMS/WHATSAPPS/WECHAT: 011-25482889
EMAIL:saravanavel2612@gmail.com
PINJAMAN
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 03:22 PM | Show all posts
Dia x beraya tu sbb duk sedih lg la kut ...

untung nasib ada kwn mcm aflin..kalau x....kwn masa susah mana nak dapat ...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg aku xfhm..xkn xde saving atau royalti ke apa2.ni br bbrpa bulan mcm dh susah Sgt je.arwah rasa byk jg show.dgn afdlin lagi.xkn xlebat kot..at least utk 2,3 thn..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 03:41 PM | Show all posts
suka baca cerita orang baik hati cani
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 04:21 PM | Show all posts
kesiannya.. salute dgn afdlin..mmg sahabat sejati..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat ingatan diri sendiri, dlm rezeki kita ada rezeki org lain jgk. Biar sikit janji sama merasa. Insyaallah, x akan sempit malah mencurah2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2015 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kebaikan afdlin shauki telah terdedah
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 04:48 PM | Show all posts
semoga bertabah ..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampaknya pu afdlin tu mmg muka sahabat sejati.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 05:52 PM | Show all posts
bagus lah afdlin ni, sebab dia pun bapak, ada family jadi dia faham.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 08:50 AM GMT+8 , Processed in 0.094159 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list