CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4485|Reply: 29

Adira AF Akui Terasa Sunyi, Sukar Terima Insan Baru

[Copy link]
Post time 14-9-2015 12:15 PM | Show all posts |Read mode


Mengakui menerima suratan takdir dengan hati yang redha, Adira AF menjelaskan bahawa perasaan sunyi turut singgah di dalam kehidupannya malah dalam masa yang sama belum bersedia menerima sesiapa selepas putus tunang baru-baru ini.

“Sepatutnya kami berkahwin pada tarikh hari jadi saya iaitu 19 September ini. Siapa yang tidak sedih sebab semua­nya sudah dirancang. Nak buat macam mana tidak ada jodoh. Tidak ada guna saya salahkan sesiapa dalam situasi yang sudah berlaku”
“Sebagai manusia, bagi saya bercinta dan putus itu sesuatu yang normal. Saya terima suratan takdir yang tertulis. Kita cuma boleh merancang dan berusaha tetapi Tuhan yang menentukan semuanya”

“Perasaan sunyi itu memang ada tetapi bergantung macam mana kita me­nangani situasi tersebut. Mungkin saya akan sibukkan diri dengan bermain gitar untuk tidak memikirkan tentang apa yang sudah berlaku,” jelas Adira kepada Kosmo!
Turut menyatakan ada juga lelaki yang mencuba untuk mengisi kekosongan di hatinya, Adira mempunyai alasan sendiri untuk menolak setiap cubaan yang datang kepadanya.

“Memang ada yang ingin mencuba (mengurat) tetapi saya masih lagi menghormati perasaan keluarga dia. Saya tidak mahu dilabelkan perempuan yang bukan-bukan. Hati ibu saya juga kena jaga. Biarlah saya memilih untuk hidup solo ketika ini”
“Pada masa sama, saya akui, hati saya belum terbuka lagi untuk sesiapa. Susah untuk terima orang lain dalam hidup selepas dia,” kata Adira. Sedih juga jika diikutkan apa yang dilalui Adira. Semoga semuanya akan beransur pulih dan dipermudahkan segala urusan hendaknya.

rotikaya

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2015 12:24 PM | Show all posts
bertabahlah adira...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu la..jgn show off sgt dlm ig mckan berlaki dah..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 12:37 PM | Show all posts
bertabahlah Adira ...  ada jodoh tak kemana.. pokes pada kerjaya dan ingatkan orang yang awak penyanyi wanita popular ABPBH ... sebab ramai yg dah lupa dan tatau...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Bertabahlah hati..moga bertemu jodoh yg lebih baik
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 12:40 PM | Show all posts
luka dihati spe la faham melainkan diri sendiri... bertabah lah wahai adira ku... ehhh?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2015 12:42 PM | Show all posts
alahai kesian juga.. bertabah adira oii.. kumbang bukan seekor..insyallah, ada lah tu jodoh satu hari nnti..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 12:46 PM | Show all posts
kumbang bukan sekor dek... improve kan diri dulu. muda lagi nak settle down... shahir ada apa? hahaha... shahiratics ada lagi ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2015 12:46 PM | Show all posts
bertabah laa moga Allah temukan dengan yg lebih baik aaamiiiin
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 01:08 PM | Show all posts
lepas ni raya baru nampak rumah sendiri ye
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 01:49 PM | Show all posts
kdg2 sian aku tgk adira ni.
ramai gak koleksi bf dia kan.
lepas ni jgn mnonjol sgt yer.
kecoh ms kawen je cukup.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 02:04 PM | Show all posts
so, bekas tunang sheols dgn sapa skrg ni?
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
talapia replied at 14-9-2015 12:46 PM
kumbang bukan sekor dek... improve kan diri dulu. muda lagi nak settle down... shahir ada apa? hahah ...

Shahir dah ada hakak erra....: lol:
Lau x bole kenenkan blik, sesuai gak diorg... hehe
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 02:44 PM | Show all posts
bertabah la dek..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 03:01 PM | Show all posts
cahayahati replied at 14-9-2015 02:42 PM
Shahir dah ada hakak erra....: lol:
Lau x bole kenenkan blik, sesuai gak diorg... hehe

ala... hakak erra pon sunyi... tu pasal la ngendeng shahir. bole je kenenkan balik dengan si Shahir. better Adira kot dari hakak Erra. tapi klau bak kira masyuk...  takyahla. haha

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 03:35 PM | Show all posts
Biasa la dah resam hidup zaman skang

yg dah kawen bleh bercerai ni kan lg baru bertunang

time2 ko galak mcm belangkas dulu ke hulur ke hilir bedua bkn main lagi

mcm ko sorang jer bercouple kat dunia nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2015 03:47 PM | Show all posts
tggu la sbln dua lg dik
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 08:18 PM | Show all posts
Allah kan ada.  Carilah Dia sebagai peneman jiwa.  Banyakkan baca surah Yassin atau surah2 al-Quran, lebih mujarab dan cepat sembuhnya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 09:28 PM | Show all posts
ex-tunang adira ni siapa?
shahrul ke?
hurm..kalo shahrul..kerabat2 Lofa jugak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 09:51 PM | Show all posts
pinkzara replied at 14-9-2015 09:28 PM
ex-tunang adira ni siapa?
shahrul ke?
hurm..kalo shahrul..kerabat2 Lofa jugak tu.

rasenyer bukan kerabat lofa..cuma dia ade kawan baik ngan cousin lofa..idham
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 09:19 PM GMT+8 , Processed in 0.075856 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list