CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7813|Reply: 13

Restoran Menarik Dan Unik Bertema Lokap di Johor Bahru

[Copy link]
Post time 22-9-2015 07:03 PM | Show all posts |Read mode
Restoran Paling Menarik Dan Unik Untuk Anda Singgah Sekiranya Ke Johor Bahru


Pertama kali kami melihat dan merasa suasana premis ini, ternyata ianya memang mempunyai ke unikan tersendiri, apabila melangkah masuk ke dalamnya terasa seperti berada di dalam kawasan penjara yang mungkin dipenuhi dengan banduan.

Di satu sudut, kelihatan pemuda mengenakan pakaian bewarna hitam, mundar-mandir di sebalik deretan tiang besi di satu penjuru bagunan.

Itu adalah hanya sekadar perasaan, mana tidaknya restoran yang terletak di Jalan Dhobi, Johor Bahru ini yang menggunakan pendekatan menarik dalam menarik pelanggan ke restoran mereka apabila menggunakan konsep tirai besi yang ternyata menghadirkan suasana yang sungguh mengujakan.





Apabila anda melangkah masuk, pertama sekali anda akan disambut dengan sapaan penuh mesra, “Selamat datang ke Lokap Cafe.” ternyata sangkaan yang terdetik di dalam hati sebelum ini terus berubah.

Anda akan melihat suasana susunan perabut yang menarik, tersusun baik dan tiada seorang 'banduan' pun di dalamnya melainkan kehadiran pengunjung-pengunjung yang sedang asyik menjamu selera.

Sesuai dengan konsep tirai besi yang di bawa, Cafe Lokap dikatakan telah berjaya menarik ramai pelanggan untuk berkunjung ke restoran mereka.

Disebalik suasana yang unik, makanan  yang dihidangkan pula amat lazat dan harga yang ditawarkannya agak berpatutan.

Makanan yang menarik perhatian kami sudah pasti Char kuew tiaw ketam dan "meat in bread" di mana roti ini apabila di potong dengan pisau mengalirkan telur separuh masak yang membuatkan hati ini tidak sabar menjamahnya.









Selain itu, menurut pemilik kafe ini, Mohd. Shah Erwan, 28, makanan lain yang menjadi pilihan pelanggan mereka adalah Mee asam pedas yang sungguh menggiurkan.

Menu lain juga ditawarkan seperti Murder Burger, Chiken Chop,Pasta, Meatloaf, Lobster Tom Yam dan banyak lagi yang sudah pasti sesuai dengan kehendak pengunjung kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Menarikkan, dari segi hiasan kafe sehingga ke makanan ia mempunyai keunikan yang tersendiri, dimana menurut  Erwan, selain menamakan beberapa jenis makanan di dalam kafe tersebut dengan penggunaan perkataan ‘lokap’, mereka turut menggunakan dulang aluminium sebagai penggalas makanan.

“Jika di dalam penjara kita lihat kebanyakan mereka memegang dulang besi ketika berada di kantin.
“Jadi untuk menambahkan lagi suasana tersebut, kami cuba menggunakan dulang aluminium untuk hidangan makanan di kafe kerana ia bukan sahaja mencetuskan kelainan, malahan memberi peluang kepada pelanggan untuk mencuba sesuatu yang baharu,” ujarnya.



Menceritakan mengenai kafe ini, baliau yang memegang ijazah Bachelor of Engineering Technology (Hons.) in Networking dari Universiti Kuala Lumpur (UNIKL MIIT) ini dan dua adik beradiknya iaitu Mohd. Shah Erhan, 31, dan Muhamad Shah Erzan Shadan, 22, memperolehi idea ini melalui babak sebuah filem.

“Pada waktu itu kami memang mempunyai perancangan untuk membuka kafe memandangkan saya,  abang dan adik sudah lama mengintai peluang untuk membuka perniagaan makanan."
“Namun, pada waktu itu kami masih belum menemui konsep untuk diketengahkan pada kedai. Kebetulan pada waktu itu, salah satu babak di dalam di filem tersebut memaparkan aksi di dalam penjara.
“Setelah perbincangan dijalankan, kami bersepakat untuk mengetengahkan konsep penjara. Bukan sahaja unik, konsep ini juga tidak pernah digunakan oleh mana-mana pemilik kafe lagi,” ujarnya.







Menurut beliau lagi, pelanggan yang datang ke sini boleh memahat nama mereka di dinding kafe ini seperti di penjara.

“Selalunya kita dapat lihat di penjara kebanyakan dinding mereka diconteng dengan kapur, darah dan sebagainya.
“Jadi untuk menambahkan lagi suasana berada di dalam penjara, kami mengambil langkah untuk membekalkan pelanggan yang bertandang ke kafe ini dengan sebatang kapur supaya mereka berpeluang untuk membuat contengan di dinding kafe.
“Bukan sahaja sebagai kenang-kenangan, mereka secara tidak langsung dapat merasai sendiri pengalaman berada di tirai besi,” jelasnya.

Bagaimanapun bagi tujuan kekemasan dan mengelakkan ruang kelihatan terlalu sarat, Erwan dan adik-beradiknya itu menyelaraskan penggunaan kapur berwarna putih sahaja.

“Disebabkan pemilihan konsep penjara dipilih, jadi kami mengambil keputusan untuk bermain dengan efek cahaya supaya ia dapat mewujudkan suasana sebenar di sebalik tirai besi,” ujarnya.









Bagi satu-satu masa, kafe ini boleh memuatkan lebih 100 orang pada satu-satu masa.

Bagi mereka yang ingin merasakan kelainan dan keenakkan makanan di restoran ini bolehlah berkunjung ke Lokap Cafe di:

Alamat: 11, Jalan Dhoby, 80000 Johor Bahru, Johor
Waktu operasi: Selasa - Ahad = 5pm-12am.(dalam perancangan buka tengahari)
Tutup pada Isnin.
Telefon: +6012-7970 440

Facebook: Lokap Cafe
Instagram: Lokap Cafe

GPS Coordinates
Dropped Pin
http://goo.gl/maps/QET6k
1.4570600, 103.7639080

Apapun tahniah kepada tiga orang adik beradik ini, semoga perniagaan kalian bertiga terus berkembang maju dengan membuka cawangan baru nanti dan juga berjaya menambat hati lebih ramai pelanggan. - Siakapkeli.my




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2015 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Hrp bisnes2 org melayu ni berjaya
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Dekat bazar karat kan??
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Baguih kipidapp
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 07:15 PM | Show all posts
Suka la budak2 hipster berinsta kat sini.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
makin inovatif minda melayu.. Kipidap
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-9-2015 08:37 PM | Show all posts
errrkkk..tgk suasana tu aku x tertarik pon nk pegi..tgk makanan tu baru tertarik sikit
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Berangan nk jadi banduan ker
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2015 09:04 PM | Show all posts
Unik jer la. Tak hebat pun idea nih
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 09:37 PM | Show all posts
wana89 replied at 22-9-2015 07:07 PM
Dekat bazar karat kan??

Kena tanya lejen sorang tu. Dia kalau belah belah selatan ni meme arif sesangat.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Owner die tringin dok dlam lokap ke
Ke nak mengimbau kenangan penah dok lokap
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2015 10:18 PM | Show all posts
Kreatif ya ..tapi tak nampak menarik sebab contengan didinding tu tak nampak mcm art sgt
nampak kotor pulak
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 10:59 PM | Show all posts
Nak rasa meatloaf...  
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 11:02 PM | Show all posts
kenapalah suka bukak lewat ptg ke mlm... mlm malas nak keluar lah.. org nak makan masa tengahari..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:38 PM GMT+8 , Processed in 0.069183 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list