CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1973|Reply: 9

Nasib Khir Toyo Ditentukan Selasa

[Copy link]
Post time 29-9-2015 08:17 AM | Show all posts |Read mode
[size=0.75em]Dr Mohamad Khir Toyo.

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]PUTRAJAYA: Adakah bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo akan lepaskan dan diperintahkan supaya menjalani program khidmat masyarakat sebagai menggantikan hukuman penjara?
[size=0.98em]Persoalan ini akan terjawab pada Selasa apabila Mahkamah Persekutuan menjatuhi hukuman ke atas Dr Mohamad Khir, 50. Mahkamah dijangka membuat keputusan itu pada 1.30 tengah hari.
[size=0.98em]Pada 22 September, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin mengekalkan sabitan terhadap Dr Mohamad Khir tetapi menangguhkan keputusannya berkaitan hukuman kepada 29 September.
[size=0.98em]Dr Mohamad Khir, bapa enam anak, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapatinya bersalah dan menjatuhi hukuman penjara 12 bulan atas pertuduhan menggunakan kuasanya untuk memperoleh tanah dan sebuah banglo di Shah Alam pada 2007.



[size=0.98em]Mahkamah Persekutuan turut mengekalkan perintah Mahkamah Tinggi supaya hartanah terbabit dilucuthak dan diserahkan kepada kerajaan.
[size=0.98em]Doktor gigi itu membawa kesnya ke Mahkamah Persekutuan selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuannya pada 30 Mei 2013.
[size=0.98em]Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati Dr Mohamad Khir bersalah kerana memperoleh untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya, Datuk Shamsuddin Hayroni.
[size=0.98em]Hartanah itu dibeli pada harga RM3.5 juta sedangkan Ditamas membayar RM6.5 juta untuk hartanah itu pada 23 Disember 2004.
[size=0.98em]Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Panjang itu didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.
[size=0.98em]Dr Mohamad Khir, yang merupakan menteri besar dari Ogos 2000 hingga Februari 2008, didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
[size=0.98em]Selasa lepas, semasa merayu agar hukuman diringankan, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Dr Mohamad Khir, memohon mahkamah supaya tidak menjatuhi hukuman penjara terhadap anak guamnya, sebaliknya mengenakan denda atau memerintahkannya supaya melaksanakan program khidmat masyarakat.
[size=0.98em]Muhammad Shafee memperjelaskan bahawa anak guamnya memberi jaminan bahawa beliau bersedia untuk melaksanakan khidmat masyarakat bagi tempoh yang ditetapkan oleh mahkamah dengan memberi perkhidmatan pergigian percuma kepada penduduk miskin.
[size=0.98em]Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Dusuki Mokhtar pula berkata, program khidmat masyarakat tidak sesuai bagi kesalahan seperti itu.
[size=0.98em]Ini kali pertama program khidmat masyarakat dicadangkan sebagai menggantikan hukuman penjara bagi kesalahan seperti itu. - Bernama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2015 09:55 AM | Show all posts
cepat sikit umum. nak jugak tau apa hukumannya dan apa yg bakal terjadi pada harta2 yg dia dah kebas tu. pulangkan pada temapt asal atau masuk dana kerajaan?
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2015 10:55 AM | Show all posts
suap la skit
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
cuma satu thn?
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2015 11:53 PM | Show all posts


apa khabar khair
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 04:43 PM | Show all posts

errmm..
dok dlm dok baca Quran yer..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2016 02:19 PM | Show all posts
who says crime does not pay?
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2016 04:09 PM | Show all posts
Salam.. benda dah terjadi pa bole buat.. doakan pesalah mendaat etunjuk dariNya..setiap yang berlaku ada hikmahnya.. setiap yang berlaku ada rancangan Allah.. kita ambil iktibar dari kejadian ini dimana untuk mendaat sesuautu yang dinigin erlu dengan cara dan saluran yang betul.. carilah rezeki yang halal... dengan kuasa yang kita jangan salah gunakannya dengan memaniulasi kuasa kita dengan benda2 yang tidak baik..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2016 05:26 PM | Show all posts
Apapun salah beliau, tp jasa Khir Toyo lah yg membangunkan daerah kelahiran beliau, SabaK Bernam dari pekan koboi mati ke Bandar yg hidup dan makin sibuk.
Betul org cakap..buatlah seratus kebaikan..tp bila satu je yg buruk...yg buruk tu lah akan dikenang-kenang.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 08:40 AM | Show all posts
Taik mamat nie..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.463826 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list